• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Friday, March 11, 2011

Rabi'ul Awwal : Mempertautkan Kembali Ukhuwah

Posted by Abu Huzaifah On 5:02 PM No comments

Bulan Rabi’ul Awwal telah melabuhkan tirainya hampir seminggu yang lalu.Rasanya tidak lengkap catatan bulan ini ; bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw pemimpin terbilang sepanjang zaman tanpa menukilkan detik-detik gembira ke blog ‘bicara seorang hamba’.

Sengaja Abu Huzaifah rakamkan entri seperti ini sebagai manefestasi kesyukuran dan kegembiraan atas kurniaNya. Ada apa pada bulan Rabi’ul Awwal  tahun ini pada diri Abu Huzaifah.?

Alhamdulillah, dengan izinNya  14 Rabi’ul Awwal bersamaan 16 Feb telah mempertemukan Abu Huzaifah dengan sahabat seperjuangan (di Al-Bayt University, Jordan) Ust Kasyfullah dan Ust. Mubarak. Kesempatan Abu Huzaifah berkursus 3 hari di IPGKDRI  Kuala Terengganu  memberi sedikit ruang bertemu mata dan berbual mesra mengembalikan nostalgia Urdun 11 tahun lalu. Pertemuan santai petang tersebut dengan menu roti nan dan kari kambing di Gong Badak mengubat rindu akan keenakan syawarma Arabiy di Mafraq suatu ketika dahulu.Alhamdulillah ...hal-hal keluarga, masa depan umat Islam dan peluang menyambung pengajian di peringkat dirasah ulya menjadi menu minda petang bertuah itu.

Usai kursus tiga hari dua malam di KT, Abu Huzaifah berkejar  pulang ke IPGKSM menanti dua sahabat yang akan bersama sebagai panelis dalam forum sempena mengingati kelahiran insan mulia dengan maudhuk “Jejak Sirah : Rasulullah SAW Pemimpin Unggul”. Ust Awang Hat sahabat Al-Bayt, yang sudah bergelar guru cemerlang(GC) dan Ust.Suratemi, Qadi jajahan Kota Bharu ( sama MML) menjadi teman bual bicara menerjah minda anak-anak remaja guru pelatih dan warga IPGKSM dalam forum yang menjentik sejauhmana kecintaan kita terhadap utusan Allah Azza Wajalla. Ust Suratemi sahabat sekelas di MML 17 tahun dahulu yang kali terakhir kami bertemu Mei 2005 di Makkah al-Mukarramah pun tidak sangka kami bertemu dipentas yang sama  pada petang itu.

Seminggu memasuki bulan ini pula sahabat dan jiran semasa di Mafraq;  ust Zamri Rajab dari Rajang Sarawak dapat pindah ke Besut dan bertugas satu jabatan dengan Abu Huzaifah memberi semangat baru dan motivasi untuk memartabatkan bahasa al-Quran.

Pagi Ahad 17 Feb, mendapat panggilan dari Ust Bakri dari IPG Cyberjaya. Beliau maklumkan berada di Besut dan hari tersebut akan berkunjung ke  IPGKSM untuk sesi taklimat ’ The New IPG’... Alhamdulillah seorang lagi sahabat akrab yang hamba dan Ust Zamri dapat bertemu mata dalam bulan Rabiul Awwal ini.

Dalam bulan ini juga, tanpa dirancang awal Abu Huzaifah ke Bangi. Sahabat seperjuangan di bumi Kenyalang yang sudah tiga tahun kami dipisahkan Laut China Selatan bertemu di bumi ilmu UKM. Usai makan tengah hari bersama Ust Solahuddin di UNIKEB; bertemu pula Ust Abdullah Hamzah disana dan kami solat Jumaat di Masjid IPG Kampus Pendidikan Islam (MPI Bangi).

Mengakhiri bulan ini, hamba menziarahi Ust Hatta (zaujah beliau usth.Musfirah sahabat  Ummu Huzaifah)  di negeri Hang Tuah dan bertamu dirumah beliau seharian.Terima kasih diatas layanan mesra ust Hatta sekeluarga ..jazakumullahu khairan jaza’.

Alhamdulillah ’ala kulli hal...8 sahabat dapat hamba temui dalam tempoh sebulan(Rabi’ul Awwal) yang sekarang bertebaran berkhidmat dalam bidang pendidikan dan dakwah. Syabas khirijjin Urdun yang sedang menabur ilmu dan budi dari Perlis sampai ke Sabah, pasakkan ikhlas dan istiqamah moga ganjaran Allah bakal diraih  pada yaumil qiamah.

Catatan ini sekadar menyatakan kesyukuran kepada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang mempertemukan kami dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah. Semoga keakraban ini berterusan...pertemuan yang seketika cuma yang disulami perasaan kasih sayang. BERTEMU dan BERPISAH kerana ALLAH.

0 comments: