• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, January 18, 2010

Selesaikan masalah dengan mendekati Allah

Posted by Abu Huzaifah On 11:13 PM 3 comments


Alhamdulillahi Rabb al-Alamin wabihi nasta’in,

Alhamdulillah dengan izin Allah Azza wa Jalla ,Abu Huzaifah dikurniakan kesempatan untuk mempelajari ilmu pengubatan Islam mengikut kaedah“al-Ruqyah al-syariyyah”(menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa) dengan berguru kepada Syaikh Aa’ish Khalil al-Qar'aan di at-Tayyibah,muhafazah Irbid , semasa belajar di Jordan.Abu Huzaifah bersama Abu Wildan dan Ust Awang Hat serta beberapa orang sahabat lain berulang alik hampir setiap minggu ke rumah Syaikh Aa’isyh di Tayyibah untuk belajar cara merawat. Pada awalnya Syaikh memberi peluang belajar dengan beliau kepada pelajar-pelajar Malaysia yang sudah berkahwin dan belajar di peringakat sarjana dan phD. Namun , setelah diketahui oleh ramai pelajar Malaysia , termasuk hamba maka makin ramai yang bertandang ke rumah beliau untuk belajar terutama sekitar tahun 1999 dan 2000.

Setelah pulang ke Malaysia dan berpeluang ke Maktab Perguruan Islam Bangi ,sekali lagi Abu Huzaifah dan sahabat-sahabat pelatih KPLI mengambil kesempatan belajar kaedah rawatan melalui Darul Syifa . Kelas Darul Syifa' di MPI ,diajar oleh Dr.Amran Kasimin setiap minggu mengikut masa yang dipersetujui . Hamba menjadi pengerusi bagi kelas tersebut dan sering berhubung dengan Dr.Amran.Pada mulanya ramai juga yang mendaftar hampir 60 orang terdiri dari guru pelatih lelaki dan perempuan.


Untuk memperolehi 'ijazah’ dari Darul Syifa’ para pelajar perlu mematuhi syarat kehadiran yang ketat yang menjadi sebahagian dari syarat yang ditentukan oleh pihak persatuan Darul Syifa’. Semasa pengijazahan , Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din telah sudi mengijazahkan ilmu rawatan kepada hampir 45 orang pelatih.

Setelah belajar kaedah rawatan dari kedua-dua guru hamba sama ada di Tayyibah ,Irbid Jordan dan Dr.Amran Kasimin di MPI Bangi, hamba masih dahaga dan memerlukan pengalaman dan ilmu dari para perawat lain melalui kaedah“ al-Ruqyah al-syariyyah”. Pada bulan Disember lepas Abu Huzaifah berpeluang mengikuti Seminar Sihir dan rawatannya yang di anjurkan oleh Terapi Islam Al-Fatah(TIAF) di Balai Islam Lundang,Kota Bharu .Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang itu mendapat sambutan yang baik dari umat Islam bukan sahaja dari Kelantan bahkan terdapat peserta dari Kuala Lumpur dan Kedah, ceramah disampaikan oleh pengasas TIAF Ust Wan Asrul.

Itulah muqaddimah kepada catatan hamba kali ini.Alhamdulillah berbekalkan ilmu cara rawatan menggunakan “ al-Ruqyah al-syariyyah” banyak kali juga berhadapan dengan pesakit-pesakit dari usia kanak-kanak sehingga orang dewasa yang sedang nazak.Dan pengalaman paling berharga dalam merawat pesakit , bila suatu malam berhadapan dengan pelajar-pelajar di sebuah sekolah berasrama yang kena gangguan /hysteria lebih kurang 30 orang pada satu masa .Peristiwa tersebut berlaku pada waktu malam antara pukul 11.00 malam sehingga ke pukul 3 pagi.

Berbekalkan sedikit ilmu rawatan “ al-Ruqyah al-syariyyah” hamba memberanikan diri bersama beberapa orang warden asrama dan asatizah lain memulihkan pelajar-pelajar terbabit. Sejak daripada itulah apabila berlaku kes gangguan di sekolah ,pelajar-pelajar terus mencari hamba,walaupun kadang-kadang kes yang berlaku tak melibatkan gangguan pun.

Semasa di Miri juga Abu Huzaifah dengan bantuan Ust.Juned pernah merawat seorang wanita Arab yang kelakuannya agak pelik setelah beberapa bulan berkahwin. Kerana tiada saudara mara di Malaysia ,suami beliau sering meninggalkannya keseorangan ketika bekerja dan yang membimbangkan wanita tadi beberapa kali mencederakan diri sendiri dengan pisau.Warga Arab tadi juga bersikap dingin terhadap suaminya. Suami wanita Arab tadi ,asalnya mengenali Abu Huzaifah ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Lutong ,Miri.Setelah selesai solat Jumaat dia menyapa hamba dan terus menceritakan masalah isterinya.

Dua pengalaman tadi bagi hamba cukup menjadi catatan penting dalam minda.Tiada apa yang hendak dibanggakan melainkan ianya …mungkin itulah bakti yang boleh hamba berikan kepada masyarakat khususnya umat Islam.

Pengalaman lain ,pernah suatu ketika hamba cuba merawat seorang pesakit jiwa di sebuah hospital.Pada mulanya Abu Huzaifah enggan ke sana tetapi kerana orang tuanya amat berharap maka hamba pergilah ke hospital tersebut.Apa yang mendukacitakan persekitaran wad pesakit jiwa tidak banyak membantu pesakit pulih. Wad mereka ibarat satu sel yang di pagari dengan besi, tempat makan, tidur dan buang air adalah di tempat yang sama .Pada pemerhatian hamba ..tempat mereka memang tidak sesuai untuk pemulihan minda dan jiwa.Patutlah mereka jarang yang pulih dan kembali normal.

Mutakhir ini pula Abu Huzaifah menerima beberapa individu yang menghadapi masalah rumah tangga sama ada pasangan yang baru atau pasangan yang telah lama berkahwin.

Dalam catatan ini , antara masalah yang biasa dihadapi seperti berikut;
1.Masalah isteri yang tidak taat
2.Masalah isteri tidak hormat kepada suami
3.Masalah suami tidak bertanggung jawab terhadap rumah tangga
4.Masalah suami bersikap dingin setelah lama berumahtangga
5 Masalah hubungan dengan keluarga mertua
6.Masalah suami bersikap pemarah
7.Masalah orang ketika yang menganggu rumahtangga
8.Masalah mertua dengan menantu
9.Masalah ibubapa tidak mampu menasihati anak-anak.
10.Masalah anak-anak yang tidak membantu ibu bapa dalam kesusahan.

Sebenarnya banyak lagi isu rumahtangga , namun yang disenaraikan diatas hanya sebahagian yang saya pecahkan lebik kecil.Catatan ini tidak akan menghuraikan satu persatu cara penyelesaian kerana tidak mampu menyelesaikan masalah seratus peratus.Sebagai muaa’lij , hamba hanya melorongkan cara atau kaedah yang para pesakit boleh usahakan.

Abu Huzaifah sering mengingatkan pesakit bahawa perawat bukannya penyembuh kerana Yang Maha Penyembuh sebenarnya Allah Taala.Sehebat mana seseorang mu'aalij(perawat) sekalipun bertaraf tuan guru atau ustaz ,hakikatnya mereka bukan penyembuh tetapi Allah Rab al-‘Alamin yang menyembuh segala penyakit. Firman Allah : "Dan apabila aku sakit ,maka DIAlah yang menyembuhkan penyakitku".(surah al-Syu'ara': ayat 80)

Biasakan diri datang ke 'rumah Allah',carilah ketenangan dengan mendekati al-Rahman melalui al-Quran dan majlis-majlis ilmu para ulama'

Apa yang ingin dikongsi disini ini , apabila setiap kita menghadapi masalah hidup ; sama ada masalah rumahtangga ,masalah kewangan ,sakit demam , menghadapi saat kehilangan orang tersayang ,kegagalan dalam pembelajaran dan apa sahaja penderitaan hidup di dunia maka MARILAH kita selesaikan dengan mendekati ALLAH swt.

Yakinlah sesungguhnya setiap masalah , ada jalan penyelesaiannya. Hakikatnya setiap individu ada masalah; hatta bayi yang baru lahirpun mempunyai masalah.Kita jangan gelabah atau panik bila berhadapan dengan masalah hidup.Mengapa berkata demikian ? Kerana kita ada ALLAH yang sentiasa bersama kita .Bila berhadapan dengan masalah mengadu dan mohonlah pertolongan kepada Ilahi ,Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.


Apabila membicarakan masalah rumahtangga , kebanyakan yang teraniaya ialah kaum hawa atau si isteri.Umpamanya masalah suami yang bersikap dingin dan mengabaikan tanggung jawab memberi kasih sayang kepada anak-anak ,maka isteri memendam rasa ,anak-anak akan rasa terbiar.Bagi pihak suami tidak kisah hendak mencari isteri kedua tetapi isteri akan menanggung derita dan kesusahan dalam membesarkan anak-anak .Apa tidaknya jika sisuami telah dingin ,biasanya mereka akan jarang pulang ke rumah dan kalau pulangpun hubungan sudah tidak mesra lagi.

Jadi apa jalan penyelesaiannya? Dalam ruang catatan ini ingin memberi satu jalan penyelesaian iaitu MARI KITA SELESAIKAN MASALAH DENGAN MENDEKATI ALLAH! Apakah ini sahaja caranya ? Mengapa kepada Allah dan bagaimana pula caranya?

Pertama kerana Allah adalah pencipta setiap makhluk sama ada manusia atau makhluk lain.Kita pula datang dariNya dan kepadaNya kita akan kembali .Apabila kita menyedari bahawa kita datang dari Allah maka untuk menyelesaikan masalah hidup kita maka mengadulah kepada Maha Pencipta kita Yang Maha Bijaksana . Setiap pemasahan sudah pasti Allah lebih mengetahui segala hikmahnya .Contohnya apabila kita ditimpa ujian atau musibah ,maka hendaklah kita bersangkabaik bahawa ujian tersebut adalah untuk Allah swt menguji sejauhmana kesabaran dan keredaan kita terhadap ujiannya.

Demikian juga ,sesuatu masalah yang dihadapi itu adalah bagi Allah mengingatkan manusia bahawa segala nikmat yang dikurniakan wajib disyukuri. Seseorang yang memiliki suami, isteri dan anak-anak semuanya nikmat dari Allah.Apa yang kita perolehi adalah berupa pinjaman dari Tuhan Yang Maha Kuasa.Jika Allah ingin menarik semula nikmat yang dikurnia,itu dalah urusanNya dan hakNya .

Pendek kata setiap masalah atau musibah dalam kehidupan adalah ujian dari Allah sebagaimana terungkap dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : Dialah yang menjadikan adanya mati dan hidup (kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu ; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya.

Maka dalam merawat segala penyakit rohani dan masalah yang kita hadapi ; mengadu dan merayulah kepada Allah. Yakinlah Allah swt tempat terbaik untuk kita mengadu dan merayu.Firman Allah dalam surah al-Ikhlas : Katakanlah (wahai Muhammad ) Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa.(1) ALLAH Yang menjadi tumpuan segala makhluk (pergantungan). Maka yakinilah sahabat-sahabatku Allah SWT tempat terbaik untuk mengadu dan merayu. Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat terhadap segala doa hambanya .

Sayugialah juga diingatkan , rawatan fizikal ,nasihat dan tunjuk ajar , bimbingan kaunseling perlu diusahakan dalam proses merawat masalah atau penyakit ..Abu Huzaifah tidak bermaksud bahawa usaha –usaha lain diabaikan .Tidak ! Kaedah moden dan apa sahaja yang membantu menyelesaikan masalah dan penyakit perlu dilakukan.

Perkara kedua bagaimana pula kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah? Disinilah kita perlu meningkatkan ibadah kepada Allah Azza wa Jalla. Hamba lebih suka mengatakan bahawa masalah yang setiap orang hadapi, hikmahnya memberi peluang untuk seseorang mendekatkan diri kepada Allah.Umpamanya seorang isteri yang sering ditinggalkan suami kerana urusan kerja akan menyebabkan isteri menaruh kebimbangan dan sebagainya. Jika dilihat secara positif di atas kebimbangan isteri tadi menyebabkan dia akan mendekatkan diri kepada Allah dengan solat taubat, solat hajat dan bangun untuk bertahajjud mengadu dan meluahkan rasa hati kepada Allah Yang Maha Kuasa yang memiliki hati hamba-hambaNYA.Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang tentunya bersimpati kepada hambanya yang lemah.Maka mohonlah pertolongan dan gunakan senjata doa.

Contoh yang lain ,jika suami berhadapan dengan masalah isteri yang tidak taat..maka suami boleh bermuhasabah dan mengoreksi diri sendiri mengapa berlaku demikin.Apakah punca masalah berlaku..mungkin kesilapan adalah dari pihak suami kerana gagal mendidik isteri memiliki sifat terpuji seorang isteri solehah. Natijah dari muhasabah tadi ..maka suami boleh mencari seseorang yang boleh menasihatkan isteri.Namun perlu diingat pergantungan yang mutlak adalah kepada Allah Taala. Kepada Allah lah kita adukan masalah melalui doa munajat.

Semua yang dinyatakan tadi menyebabkan seseorang akan berusaha mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla .Ya! Sememangnya DIAlah tempat kita mengadu ..manusia yang bernama perawat atau doktor boleh mendengar masalah anda…tapi Yakinlah Allah adalah Maha Mendengar..Maha Melihat ,Maha Mengetahui akan masalah dan kesusahan yang anda hadapi.

Maka ,di akhir catatan sekali lagi hamba mengingatkan bergantunglah kita kepadaNYA.Marilah kita ringankan anggota dengan sentiasa berwuduk ,bangkitlah bangun diwaktu malam untuk menyembah Allah Yang Maha Esa diwaktu orang lain sedang tidur .Mengadu dan merayulah kepadaNya atas setiap dosa dan noda yang lalu …sebagai insan biasa, tentunya hari-hari yang berlalu banyak kesilapan dan kesalahan.Pohonlah keampunan dan bertaubatlah dengan taubat nasuha .Menangislah dihadapan Allah di atas dosa –dosa yang banyak. Menangislah demi ALLAH..menyesallah diatas kesilapan.

Dampingilah al-Quran setiap hari ,jika semasa senang dan gembira kemana-mana anda pergi bersama suami sehingga lupa untuk membaca ayat-ayat Ilahi. Bacalah al-Quran dengan tenang. Ruangkan masa untuk berzikir. Jika dahulu kita boleh habiskan masa di hadapan TV atau membeli belah ..hari ini carilah rumah Allah didalamnya ada rahmat dan majlis ilmu para ulama’.

Dan akhirnya berdoalah …Yakinlah Allah Maha Mendengar . Jangan berputus asa dengan pertolongan Allah.Husnu al-zhan (bersangka baiklah )kepada Allah ,Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang .Anggaplah bahawa setiap masalah yang tuan puan hadapi adalah hanya sedikit ujian dariNYA jika dibandingkan dengan ujian yang dihadapi para Nabi A.S . Firman Allah : Sesungguhnya setiap kesusahan itu disertai kesenangan. (ayat surah al-Syarh).

Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan banyak 'berkomunikasi' melalui solat sebagaimana firmanNya: "Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menolong orang-orang yang sabar."(ayat 153: surah al-Baqarah )


Wallahu ‘a’lam bissowab.

3 comments:

dah lama ana tak berubat dengan terapi al quran ni...kali terakhir ana cuba untuk merawat seorang peljar perempuan yang berkelakuan aneh pada thn lepas.

untuk dikongsikan dengan semua...
jika anda ada baby yang baru dapat berjalan atau merangkak kemudiannya selalu jatuh2 hingga menangis masa tiidur,,,,amalkanlah baca ayatul kursi dan hembuskan pada ubun kepala. Khair Insyaallah dan tiada menangis lagi

Baarakallahu fiik.Kalau ada ilmu ,jom kongsi sama-sama.