• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Showing posts with label Pendidikan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan anak-anak. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

TIDAK WAJAR MENJADIKAN SIN CHAN IKON KANAK-KANAK

Posted by Abu Huzaifah On 11:43 PM

JANGAN terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, “Punggung....” Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?

Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan. Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini.

Sebagai contoh rancangan Sin-Chan sendiri yang banyak dengan unsur lucah, siri Sponge Bob yang menjadikan 'Bikini Bottom' sebagai tempat tinggal mereka. Tidak kurang juga kebanyakan kartun yang menjadikan tema pergaduhan, perbalahan dan membalas dendam sebagai tema dan jalan cerita. Tidak kurang juga kartun yang mempromosi adegan seksual dan cara berpakaian yang tidak senonoh serta tidak mengatup aurat.

Tanpa menafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.

Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif. Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.

Di Indonesia sebagai contoh, ikon Upin dan Ipin digunakan semaksimum mungkin dengan melekatkan dan mengaitkan watak tersebut termasuk pada buku-buku agama.Ini tidak lain adalah bertujuan bagi menarik dan mendapatkan perhatian anak-anak dan secara tidak langsung terhadap bahan-bahan bacaan agama.

Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini. Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.
_______________________________________________________________________

Nota: Tulisan ini sudah diterbitkan oleh Malaysiakini (edisi BM).Abu Huzaifah memetik semula pandangan penulis asal sdr   Zahiruddin  Zabidi daripada blog beliau dihttp://kalamkhalifah.blogspot.com dengan izinnya.Jazakallahu khairal jaza'

Sunday, November 28, 2010

Apa pengisian dan dimana anak-anak anda berada semasa cuti sekolah?

Posted by Abu Huzaifah On 9:59 PM

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pujian dan kesyukuran kepada Allah Azza wa Jalla Yang Maha Penyayang di atas ni’mat  kesihatan dan kelapangan masa.Selawat dan salam kepada Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta para sahabat yang sentiasa istiqamah menjunjung sunnah baginda.

Sengaja Abu Huzaifah letakkan tajuk entri kali ini berkaitan aktiviti anak-anak kita semasa cuti akhir tahun. Cuti akhir tahun bagi murid dan pelajar sekolah sudah bermula selepas hari raya Eidil Adha yang jatuh pada 17 November lalu. Ini bermakna anak-anak kita sudah bercuti lebih 10 hari.  Apa+bagaimana+ dimana patut kita berikan pengisian yang bermakna kepada anak-anak dalam tempoh sebulan lebih sebelum bermula sesi persekolahan 2011?

Anda sebagai sang bapa atau ibu sudahkah merancang atau tengah ’berkira-kira’untuk menyediakan pengisian terbaik? Atau anak-anak kita yang masih mentah ’berguru’ dengan TV@ Astro setiap hari dengan rancangan kartun dari pagi hingga petang?...atau jika di kampung anak-anak kecil dan remaja menghabiskan masa begitu sahaja dengan bermain tanpa pulangan apa-apa makna selepas Disember melabuhkan tirai.

Pagi tadi..ketika Abu Huzaifah membasuh kereta di laman  rumah, kelihatan sekumpulan anak awal remaja menghabiskan masa mereka dengan bersembang dan mendengar lagu-lagu.Tidak terfikirkah penjaga mereka untuk membuat sesuatu agar masa anak-anak diisi dengan aktiviti yang lebih bermakna?

Abu Huzaifah ingin menyarankan kepada ibubapa dimana sahaja anda berada (di Malaysialah) sebenarnya banyak kursus atau kem remaja yang anjurkan oleh pelbagai pihak sama ada NGOs atau masjid dan surau.Manfaatkanlah masa cuti sebulan lebih ini dengan aktiviti bermanfaat untuk zuriat anda biarpun memerlukan 'pelaburan' sehingga RM300 hingga RM500.Bagi ibubapa yang mampu apalah sangat nilai RM500 setahun(untuk mendalami/menghafaz al-Quran) jika dibandingkan bayaran langganan astro selama setahun atau 30 kotak rokok sebulan..

Zaman dahulu pada era tahun 80-90an, keinginan menghantar anak-anak ke kem motivasi atau kem remaja mungkin hanya kepada golongan ibubapa yang berada dan berpendidikan sahaja.Namun pada hari ini..ibubapa perlu peka dan prihatin bahawa anak-anak remaja jika tidak diberi peluang dan ruang memperoleh ilmu dan pengalaman semasa remaja..masa muda mereka akan habis begitu sahaja...

Dalam kesempatan ini, Abu Huzaifah senaraikan beberapa  kursus atau program khas cuti sekolah untuk kanak-kanak dan remaja yang berada di Kelantan. Yuran kursus agak berbeza antara pihak penganjur mungkin disebabkan faktor tempat, aktiviti dan sebagainya.Abu Huzaifah tiada kepentingan dalam pemakluman ini,sekadar berkongsi maklumat bersama sahabat-sahabat ziarah.

  1. Program Pondok Intensif anjuran Pusat Kefahaman Islam AKI,Pasir Tumbuh. Program bermula dari 27 Nov- 11 Disember 2010 dengan yuran penyertaan RM205.00. Tempat program di Madrasah@ Pondok Tunjuniyyah, Tunjong, Jalan Kuala Krai.Antara pengisian program ialah hafalan al-Quran,tazkirah, hafalan wirid,kursus jenazah dll. Tel: 019-9388 902 (Ust Syairazi). 
  2. Pengajian Intensif Al-Quran anjuran Maahad Tahfiz Darul Quran,Repek Pasir Mas. Program bermula 1-31 Desember 2010.Penginapan dan makan minum disediakan. Hubungi no.tel 019-955 9856.
  1. Kem Celik dan Hafaz al-Quran  anjuran Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri Jalan Kuala Krai.Yuran penyertaan RM150 termasuk bahan-bahan kursus. Program bermula 5-23 Disember 2010.Tiada asrama disediakan.
  2. Program Intensif al-Quran di Maahad Tahfiz Darussalam,Telipot Kota Bharu.Peserta terbuka kepada pelajar berumur 7-17 tahun.Tarikh program bermula 27 Nov-17 Dis 2010.Hubungi no.tel: 017-3644 037 
  3. Qaryah Anak Soleh 2010 anjuran Syamsul Ma'arif Ex.Student Society bertempat di Lata Hujan, Gual Ipoh Tanah Merah.Program akan diadakan pada 5,6 dan 7 Disember 2010.Yuran hanya RM 70.00, keterangan lanjut sila hubungi Ust.Din di talian 014-5220 622. 

    aktiviti riadah yang terkawal menyeronokkan anak-anak terutama pada musim cuti sekolah.

    Insya Allah, Abu Huzaifah sendirikan sebagaimana tahun lepas akan menghantar 'permata hati' ke salah satu kursus .Hamba juga akan senaraikan kursus-kursus lain lagi jika berkelapangan dalam laman ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat ziarah.

    Tuesday, July 13, 2010

    Jutaan terima kasih guru-guru SK Tunku Munawir

    Posted by Abu Huzaifah On 12:48 AM

    Huzaifah di hari Konvokesyen Pasti negeri NSDK pada tahun 2008

    Setelah lebih tiga bulan Abu Huzaifah berpindah ke Besut,Terengganu akhirnya hamba dan zaujah mengambil keputusan anak sulong kami ‘Aisyah dan Ahmad Huzaifah turut sama bertukar sekolah dari SK Tunku Munawir Kuala Pilah ke sebuah sekolah di daerah bersempadan dengan Kelantan iaitu Besut. .Kalau ikutkan keselesaan anak-anak , mahu sahaja hamba biarkan mereka terus belajar di Kuala Pilah,Negeri Sembilan . Pada Abu Huzaifah jelas, ‘Aisyah dan Huzaifah sudah selesa dan serasi dengan kawan-kawannya di SK Tunku Munawir . Guru-guru juga baik hati dan sentiasa mengambil berat terhadap murid-murid..dan hamba sendiri pernah terlibat sebagai AJK PIBG pada sesi 2009/2010.

    Bagi anakanda ‘Aisyah, sekolah baru di Besut adalah sekolah ketiga beliau setelah pernah menadah ilmu dan kasih sayang dari guru-guru di SK Agama Miri,Sarawak pada tahun 2007. Ketika Abu Huzaifah mengambil keputusan untuk menghantar mereka ke SKTM, saya sedar SKTM bukan pilihan ramai ibubapa di daerah ini…hambapun tidak pasti kenapa? Bilangan muridnya tidak sampai tiga ratus orang…namun hamba dan ummu Huzaifah nekad bilangan murid tidak ramai membolehkan guru-guru fokus kepada P&P dan senang untuk mengenali kebolehan dan karenah setiap murid. Pada kebiasaannya Ummu Huzaifah yang hantar setiap pagi kerana jalan menuju ke SKTM sama dengan jalan ke SMS Tuanku Jaafar.

    Alhamdulillah , ‘Aisyah yang teruk bersaing semasa di SKA Miri kerana semua murid yang diterima masuk ke sekolah tersebut telah melalui ujian semasa pra sekolah . Hamba masih ingat dalam ujian penggal pertama 2007 , walaupun banyak subjek dapat ‘A’ tetapi hanya mendapat tempat ‘ belasan’ dalam kelasnya. Pada penggal pertama berteduh di SKTM Kuala Pilah , ‘Aisyah berjaya mendapat tempat pertama…ujian bulanan dan penggal-penggal berikutnya walaupun tidak mendapat nombor wahid, namun kekal lima terbaik dalam kalangan kelas tahun empat di SKTM.

    Apabila program JQAF diperkenalkan , Abu Huzaifah sendiri teruja apabila ‘Aisyah mampu membaca al-Quran sehingga juzuk ketiga ketika di tahun satu. Pada tahun 2008 , bermula diari baharu di SKTM, setelah beberapa bulan disini dengan bimbingan guru-gurunya dia berpeluang membantu guru-guru dalam ‘mentasmik’ murid lain. Syabas anakku! Tahun 2009 , ‘Aisyah dipilih sebagai peserta hafazan mewakili SKTM dalam suatu aktiviti Pendidikan Islam.

    Tahun 2010 Huzaifah putera kesayangan kami melangkah kaki ke SKTM dengan penuh bersemangat . Asuhan di Taski ABIM Miri seawal usia empat tahun dan dua tahun mendapat didikan Islami di Pasti Imtiyaz Kuala Pilah menjadi taruhan kepercayaan gurunya membolehkan Huzaifah belajar memimpin rakan-rakan sekelasnya sebagai ketua kelas .
    Anakanda 'Aisyah dan Asmaa' amat akrab sejak kecil lagi ;sejak lahir mereka tidak pernah berjauhan.

    Akhir bicara terima kasih kepada guru-guru Taski ABIM al-Hikmah Miri dan Pasti Imtiyaz yang mengenalkan mereka alif ba ta dan dan doa-doa harian. Alhamdulillah hasil sentuhan guru-guru di Taski , Pasti dan di SKTM Huzaifah berupaya meletakkan dirinya ditangga teratas dalam kedua-kedua ujian lalu.Rakaman jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami.Teristemewa guru-guru PI khususnya ust.Fuad yang selalu membawa Huzaifah ke masjid pada hari Jumaat.Jazakumullahu khairan khatira.

    Semoga anak-anak Abi ; Aisyah dan Huzaifah melangkah ke sekolah baharu dengan motivasi yang tinggi, biarpun jauh dari ummi, kak Asmaa’ , Iman dan dan Ilham.Itulah sebahagian dari cabaran dan ujian duniawi.Kepada anakanda kedua kami; Asmaa' Sofiyyah perpisahan sementara ini moga tidak merudumkan semangat untuk belajar kerana Abi dan Ummi sedar 'Aisyah dan Asmaa' amat akrab tidak pernah berpisah walaupun sehari sejak dilahirkan.Ya Allah kepadaMu kami pasrah semoga doa hambaMu dimaqbulkan ...Amin Ya Raab al-'Alamin.

    Sunday, November 15, 2009

    Pasti mempelopori pendidikan Bahasa Arab anak-anak seusia 4 tahun

    Posted by Abu Huzaifah On 1:10 AM


    kecemerlangan sahsiah dan akhlak penting dalam membentuk masa depan anak -anak


    Alhamdulillah, semalam 14 November hamba menghadiri Majlis Konvokesyen /Ihtifal Pasti peringkat kawasan.Huzaifah anakanda hamba ,hadir untuk menerima sijil dan hadiah.Pada tahun ini beliau tamat pendidikan Pasti setelah berusia enam tahun.Alhamdulillah ,Huzaifah mendapat tempat pertama di peringkat Pasti Imtiyaz dalam kalangan murid enam tahun,dan terbaik dalam beberapa mata pelajaran.

    Kali ini hamba ingin berkongsi pandangan tentang pendidikan di Pasti.Memang menjadi keutamaan di Pasti mengutamakan akademik ,sahsiah dan asas-asas ilmu agama.Kalau dalam catatan lepas ,hamba kemukakan cerita tentang anak-anak Pasti yang belajar dan transit (pada sesi petang ) sampai ke petang dilatih dan dibimbing untuk solat Zohor dan Asar menjadikan mereka tahu dan peka terhadap solat lima waktu.

    Huzaifah bersama Ahmad Tantawi(warga Mesir yang berasal dari Tanta)


    Satu kelebihan lagi kepada anak-anak di Pasti ialah mata pelajaran Bahasa Arab diajar selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Perkara ini bukan baru, bahkan Pasti telah mempelopori pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sejak 25 tahun yang lalu.Bayangkan tuan-tuan, anak-anak kita seusia 4,5 dan 6 tahun sudah mempelajari bahasa al-Quran seawal kanak-kanak.Bagi hamba sendiri,bahkan para sahabat ziarah yang memasuki sekolah menengah agama atau SMKApun mula belajar bahasa Arab pada usia 13 tahun.Bagaimana pula bagi yang tak pernah sekolah agama?

    Alangkah bertuahnya anak-anak kita hari ini dan sejuta tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pasti yang mengajar anak-anak kita tanpa mengharapkan imbuhan yang lumayan kecuali nilai keikhlasan yang menunggu upah lumayan di akhirat kelak.

    Dalam kesempatan ini ,saya mengajak kita berfikir terutama kepada orang -orang dewasa yang belum berminat atau tidak berusaha belajar bahasa al-Quran( Bahasa Arab ) yang menjadi sumber rujukan orang Islam.Adakah kita berpuas hati jika kita mati dalam keadaan jahil bahasa Al-Quran ?.. sedangkan bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi kita ketika berkomunikasi dengan Allah Taala dalam menunaikan solat , berdoa, berzikir ,bertalbiah dan sebagainya.

    Pada hari ini, boleh dikatakan setiap taman ,kampung atau kawasan perumahan ramai ustaz-ustazah atau lepasan sekolah agama yang boleh mengajar bahasa Arab.Kursus-kursus bahasa Arab wujud di bandar-bandar ,namun berapa ramai yang mengambil peluang mempelajari bahasa Arab? Oh! mungkin mereka kata sibuk dengan kerja..yuran belajar yang dikenakan mahal dan berbagai alasan mungkin.Peliknya dalam masa yang sama boleh pula mengadap tv atau bersembang kosong .Bagi yang kata yuran mahal pula tak sedar , bahawa boleh pula mereka membeli rokok berkotak-kotak dalam sebulan ...tidak pula rasa bakar wang!


    Akhir bicara ,maka sayugialah kepada para bapa dan ibu yang masih mempunyai anak-anak kecil memberi atau menyediakan asas pendidikan agama yang mantap bermula dari awal ."Tepuk dada ,tanya IMAN".Sekian.,wassalamu'alaikum.