• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, July 13, 2010

Jutaan terima kasih guru-guru SK Tunku Munawir

Posted by Abu Huzaifah On 12:48 AM No comments

Huzaifah di hari Konvokesyen Pasti negeri NSDK pada tahun 2008

Setelah lebih tiga bulan Abu Huzaifah berpindah ke Besut,Terengganu akhirnya hamba dan zaujah mengambil keputusan anak sulong kami ‘Aisyah dan Ahmad Huzaifah turut sama bertukar sekolah dari SK Tunku Munawir Kuala Pilah ke sebuah sekolah di daerah bersempadan dengan Kelantan iaitu Besut. .Kalau ikutkan keselesaan anak-anak , mahu sahaja hamba biarkan mereka terus belajar di Kuala Pilah,Negeri Sembilan . Pada Abu Huzaifah jelas, ‘Aisyah dan Huzaifah sudah selesa dan serasi dengan kawan-kawannya di SK Tunku Munawir . Guru-guru juga baik hati dan sentiasa mengambil berat terhadap murid-murid..dan hamba sendiri pernah terlibat sebagai AJK PIBG pada sesi 2009/2010.

Bagi anakanda ‘Aisyah, sekolah baru di Besut adalah sekolah ketiga beliau setelah pernah menadah ilmu dan kasih sayang dari guru-guru di SK Agama Miri,Sarawak pada tahun 2007. Ketika Abu Huzaifah mengambil keputusan untuk menghantar mereka ke SKTM, saya sedar SKTM bukan pilihan ramai ibubapa di daerah ini…hambapun tidak pasti kenapa? Bilangan muridnya tidak sampai tiga ratus orang…namun hamba dan ummu Huzaifah nekad bilangan murid tidak ramai membolehkan guru-guru fokus kepada P&P dan senang untuk mengenali kebolehan dan karenah setiap murid. Pada kebiasaannya Ummu Huzaifah yang hantar setiap pagi kerana jalan menuju ke SKTM sama dengan jalan ke SMS Tuanku Jaafar.

Alhamdulillah , ‘Aisyah yang teruk bersaing semasa di SKA Miri kerana semua murid yang diterima masuk ke sekolah tersebut telah melalui ujian semasa pra sekolah . Hamba masih ingat dalam ujian penggal pertama 2007 , walaupun banyak subjek dapat ‘A’ tetapi hanya mendapat tempat ‘ belasan’ dalam kelasnya. Pada penggal pertama berteduh di SKTM Kuala Pilah , ‘Aisyah berjaya mendapat tempat pertama…ujian bulanan dan penggal-penggal berikutnya walaupun tidak mendapat nombor wahid, namun kekal lima terbaik dalam kalangan kelas tahun empat di SKTM.

Apabila program JQAF diperkenalkan , Abu Huzaifah sendiri teruja apabila ‘Aisyah mampu membaca al-Quran sehingga juzuk ketiga ketika di tahun satu. Pada tahun 2008 , bermula diari baharu di SKTM, setelah beberapa bulan disini dengan bimbingan guru-gurunya dia berpeluang membantu guru-guru dalam ‘mentasmik’ murid lain. Syabas anakku! Tahun 2009 , ‘Aisyah dipilih sebagai peserta hafazan mewakili SKTM dalam suatu aktiviti Pendidikan Islam.

Tahun 2010 Huzaifah putera kesayangan kami melangkah kaki ke SKTM dengan penuh bersemangat . Asuhan di Taski ABIM Miri seawal usia empat tahun dan dua tahun mendapat didikan Islami di Pasti Imtiyaz Kuala Pilah menjadi taruhan kepercayaan gurunya membolehkan Huzaifah belajar memimpin rakan-rakan sekelasnya sebagai ketua kelas .
Anakanda 'Aisyah dan Asmaa' amat akrab sejak kecil lagi ;sejak lahir mereka tidak pernah berjauhan.

Akhir bicara terima kasih kepada guru-guru Taski ABIM al-Hikmah Miri dan Pasti Imtiyaz yang mengenalkan mereka alif ba ta dan dan doa-doa harian. Alhamdulillah hasil sentuhan guru-guru di Taski , Pasti dan di SKTM Huzaifah berupaya meletakkan dirinya ditangga teratas dalam kedua-kedua ujian lalu.Rakaman jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami.Teristemewa guru-guru PI khususnya ust.Fuad yang selalu membawa Huzaifah ke masjid pada hari Jumaat.Jazakumullahu khairan khatira.

Semoga anak-anak Abi ; Aisyah dan Huzaifah melangkah ke sekolah baharu dengan motivasi yang tinggi, biarpun jauh dari ummi, kak Asmaa’ , Iman dan dan Ilham.Itulah sebahagian dari cabaran dan ujian duniawi.Kepada anakanda kedua kami; Asmaa' Sofiyyah perpisahan sementara ini moga tidak merudumkan semangat untuk belajar kerana Abi dan Ummi sedar 'Aisyah dan Asmaa' amat akrab tidak pernah berpisah walaupun sehari sejak dilahirkan.Ya Allah kepadaMu kami pasrah semoga doa hambaMu dimaqbulkan ...Amin Ya Raab al-'Alamin.

0 comments: