• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, July 13, 2010

Hilangnya sebutir permata di bumi Sabah

Posted by Abu Huzaifah On 7:37 PM No comments


Almarhum Ust.Nahar Mantamin ; seorang daie yang terkenal di Sabah yang sentiasa berusaha melebarkan gerakkerja dakwah di Bumi Di bawah Bayu tanpa jemu.

..."Hujan lebat beberapa jam petang itu di sekitar Kota Kinabalu telah menenggelamkan beberapa lokasi. Demikian kami dimaklumkan. Namun jenazah Ustaz Nahar tidak putus dikunjungi orang. Rakan-rakan sekerja dari JHEAINS, guru agama, pengawai tinggi kerajaan, orang-orang politik hadir silih berganti. Asalnya kami dimaklumkan jenazah mahu diselenggarakan secepat mungkin, namun hujan lebat itu menjadi salah satu halangannya. Tambahan lagi pihak waris masih menanti beberapa ahli keluarga yang hanya tiba ke Kota Kinabalu lewat petang.

Hampir 10 malam, kami mula meminta diri untuk pulang. Saya bersalam erat dengan Nasyraf, 17 tahun, anak sulung Ustaz Nahar. Saya menyabarkan beliau dan mengatakan bahawa kini amanah ketua keluarga berada di pundaknya. Kami sebagai rakan-rakan seusrah babahnya bersedia membantu sekadar yang termampu.

Rupanya Kak Shida ada permintaan lanjut. “Bolehkah ahli usrah bermalam di sini malam ni?” “Ya”, jawab saya. Kami berunding dengan rakan-rakan akan datang semula pada tengah malam. Saya juga balik sebentar untuk menghantar isteri dan anak.

Jam 1 pagi kami datang berkumpul. Ketika itu, keadaan sudah sunyi sepi kecuali suara bacaan al-Quran. Yang lain sudah mulai melelapkan mata. Banyak cerita kenang-kenangan bersama Allahyarham kami luahkan. Kisah saat-saat akhir hayatnya juga kami kongsikan bersama. Saudara Amir, pembantu Ustaz Nahar banyak bercerita tentang detik pemergian ustaz. “Ustaz Nahar sempat mengucap dua kalimah syahadah”, katanya, sebelum Allahyarham terlentok di bahunya.

Di rumah, anak-anak dari SMKA Tun Ahmadshah Inanam membacakan al-Quran sejak tengah malam sehingga ke jam 4.30 pagi. Kami pula mengambil saat akhir sebelum subuh untuk membacakan Yasin dan doa untuk Allahyarham. Sebelum berangkat ke masjid, saya buka lagi kain yang menutup wajahnya. Demi Allah, kami melihat wajah beliau dengan bibirnya yang tersenyum."(petikan dari catatan ABU NUHA CORNER)

"Ustaz sentiasa memberi ruang dan bantuan kepada sesiapa juga dalam urusan program dakwah di Sabah selama 'berkuasa' di Masjid Negeri Sabah. Program pengimarahan Masjid Negeri Sabah di zamannya jelas menyerlah! Begitu ramai kenalan dan sahabat ustaz yang sempat berkerjasama dengan ustaz dalam banyak program , seminar, forum ,ceramah, kuliah dan pelbagai khidmat masyarakat lagi. Yang pastinya bumi Sabah telah kehilangan sebutir permata anak jati Sabah bagi menyemarakkan program da'wah yang sangat diperlukan oleh masyrakat Sabah. Kepada rakan taulan sahabat ustaz sekalian, ustaz berpesan teruskan usaha murni kalian. Hadapi setiap halangan, cemuhan, kejian dan pelbagai lagi sebagai dorongan kuat bagi menyebarluaskan kebenaran urusan Agama ini.."(Dipetik dari http://hjnahar.blogspot.com)

Sudah dua minggu Abu Huzaifah tidak membuat sebarang catatan di blog peribadi ini kerana kesibukan dengan rutin harian.Pemusafiran ke Kuching bermula tanggal 30 Jun; selama empat hari tidak sempat dicatat untuk dijadikan bahan yang mungkin akan hilang sebahagiannya dari memori hamba yang mudah lupa.Masa berlalu begitu cepat..
Sepanjang bulan Jun lalu entah kenapa hamba ingin kekalkan entri tunggal bermaudhuk "mengingati sahabat-sahabat yang telah pergi tak kembali" hingga hilang minat untuk menulis..

Pada kali ini dua catatan yang hamba petik di atas,Abu Huzaifah menganggap ianya suatu luahan hati luhur seorang sahabat almarhum yang amat merasai kehilangan seorang sahabat bernama Hj.Nahar.Catatan pertama dari 'Abu Nuha Corner'menjadikan saya hiba dan terharu bagaimana seorang dai'e yang penuh sabar dan tabah menghadapi halangan-halangan dakwah di bumi kelahirannya sendiri...hamba juga terharu dengan 'husnul khatimah' almarhum yang sempat mengucap dua kalimah syahadah sebagai kalimah terakhir saat meninggalkan alam dunia yang penuh mehnah ini.

Abu Huzaifah tidak mempunyai hubungan istemewa dengan almarhum..namun hamba mengenali beliau sejak mula menjejakkan kaki ke bumi Syam; Urdun.Almarhum ust. Nahar dikenali di Suwaileh dan Amman,Jordan.Beliau menjadi tempat rujukan adik-adik junior dan tempat mendapatkan nasihat dan pandangan.Kedudukan beliau sebagai 'pasangan pelajar mutazawwij'menjadikan beliau individu yang di hormati sepanjang masa.
Memang hamba tidak rapat dengan beliau pun ,namun sekali sekala bertemu mata apabila bertandang ke Suwaileh kerana menghadiri program atau ziarah sahabat-sahabat di Darul Ulum.

Pada tahun 2007 ketika hamba ke Kota Kinabalu,Alhamdulillah Abu Huzaifah sempat solat Asar di masjid negeri.Seusai solat hamba cuba-cuba mengintai bilik imam Masjid Negeri,nasib menyebelahi hamba almarhum ust Nahar ada di biliknya.Hampir setengah jam hamba berbual-bual tentang hal-hal semasa dan diri masing-masing.(sudah lupa isi perbualan).Kali terakhir bertemu mata dengan almarhum ialah di Shah Alam pada bulan Jun 2009 .Kami hanya sempat bertanya khabar sahaja kerana beliau mempunyai urusan lain...apa yang mengembirakan Abu huzaifah,sikap Ust Nahar yang masih seperti dahulu;bualan dan tuturkatanya seperti biasa walaupun ketika hamba bertemu beliau, Ust Haji Nahar memegang jawatan penting bertaraf pegawai peringkat negeri.Ramai sahabat-sahabat lama beliau bergurau,almarhum layak mendapat gelaran 'Datuk'setelah mengisi jawatan sebagai Imam Besar Masjid Negeri Sabah.

Tentang jasa dan sumbangan beliau;walaupun hamba tidak dengar dari mulutnya sendiri namun hasil dari interaksi dengan sahabat-sahabat di Sabah (antaranya Ust.Hafizullah)ternyata Ust Nahar seorang yang aktif melakukan usaha-usaha dakwah.Ramai dikalangan ustaz-ustaz yang berkhidmat disana dimanfaatkan tenaga mereka untuk menyemarakkan kerja dakwah dan kebajikan.

Al-Fatihah buat almarhum ust Nahar...semoga segala keringat,tenaga,masa,harta dan ijtihad beliau sepanjang hayatnya dikira sebagai amal soleh.Buat diri yang dhaif dan kurang ini,pemergian sahabat-sahabatku mengadap Ilahi adalah 'inzar' buatku yang suatu detik nanti akan menjejaki mereka.Abu Huzaifah sekeluarga merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga almarhum..semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran di atas apa yang berlaku.Allah lebih menyayangi beliau sekalipun kita semua amat mengasihi dan mengharapkan 'budi dan bicara' almarhum terus meneroka setiap ruang dan sudut dakwah khususnya di Sabah.

Ya Allah! Ya Rahman ! Ya Rahim!...Hidupkanlah kami dalam iman dan matikan kami dalam iman.Masukkan kami dalam kalangan hamba-hambaMu yang sentiasa beramal dan mendambakan SYURGAMU.

0 comments: