• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Wednesday, July 21, 2010

Parlimen Sepanyol Tolak Haramkan Purdah

Posted by Abu Huzaifah On 7:38 PM 2 comments


MADRID - Parlimen Sepanyol menolak cadangan mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam tetapi menyokong pengharamannya di bangunan kerajaan.

Sejumlah 183 orang menolak, 162 menyokong manakala dua tidak mengundi apabila cadangan itu dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat, kelmarin.Cadangan mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam dikemukakan wakil rakyat pembangkang dari Parti Popular dengan alasan pemakaian purdah bertentangan hak golongan wanita.

Parti Sosialis yang menguasai kerajaan membantah cadangan itu tetapi menyokong cadangan mengharamkan pemakaian purdah di bangunan kerajaan.Usul itu akan dibincangkan pada persidangan akan datang apabila Dewan rakyat membentangkan cadangan berhubung isu-isu agama.

Walaupun belum ada peraturan rasmi, pemakaian purdah sudah diharamkan di bangunan kerajaan di beberapa bandar utama seluruh Sepanyol, termasuk Barcelona, Lerida dan El Vendrell.

Hampir sejuta daripada 47 juta penduduk Sepanyol beragama Islam dan kebanyakan mereka berasal dari barat laut Afrika.Dewan Rakyat Belgium meluluskan usul pengharaman purdah pada April lalu, manakala Dewan Rakyat Perancis membuat keputusan sama, minggu lalu.

2 comments:

tahniha! Blog demo antara hits di blog kawe

Terima kasih ya akhi.Ana pun kerap juga ziarah blog anta.Sama-sama kita manfaatkan alam maya dengan tulisan yang berfaedah.Ila lliqa'