• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Showing posts with label Ziarah sahabat. Show all posts
Showing posts with label Ziarah sahabat. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Kenangan: Iedul Fitri 1432H

Posted by Abu Huzaifah On 7:34 PM

menziarahi Ust Muzaha@Abu Wildan di rumah barunya di SM Sains Setiu
kunjungan ke rumah sahabat yang hampir 10 tahun tidak bertemu; 
Sabri Zakaria di Bangi, Selangor


Sunday, May 9, 2010

Peluang ziarah Tok Guruku

Posted by Abu Huzaifah On 3:17 AM

Foto kenangan bersama murabbiku al-Fadhil Syaikh Dr.Abdul Qadir al-Sa'di; pensyarah bagi maddah Nahu 1,2 dan 3 semasa Abu Huzaifah menuntut di Universiti al-Bayt,Jordan

Assalamualaikum warahmatullah…

Alhamdulillah , segala puji dan puja kepada Allah Azza wa Jalla yang mengurniakan ni’mat iman dan Islam.Selawat dan salam yang berterusan kepada Rasul Junjungan SAW dan ahli keluarga baginda.

Pada hari Jumaat ,7 Mei .. Abu Huzaifah tidak pulang ke Negeri Sembilan sebagaimana rutin mingguan kerana demam sejak hari Rabu lagi. Namun pada pagi Rabu itu, hamba kuatkan juga semangat untuk ke tempat kerja memandangkan ada kuliah maddah Ulum al-Quran –interaksi terakhir bagi semester ini bersama pelajar-pelajarku.Hari Khamis masih demam lalu abaikan nawaitu untuk pulang ke Kuala Pilah.

Tiga hari di desa tanpa anak-anak dan isteri bersama memberi kesempatan kepada hamba menjaga bonda dan mengambil kesempatan menziarahi tuanguru hamba sewaktu remaja . Lebih kurang pukul 11.00 pagi Jumaat lepas Abu Huzaifah tiba di rumah tuan guru hamba di Kg Lubuk Jambu Kedai Mulong .Sudah hampir tiga atau empat tahun Abu Huzaifah tidak menziarahi beliau; kali terakhir bulan November 2006 semasa walimah anakanda beliau yang masuk surat khabar kerana menjadi rakyat Kelantan terawal menggunakan emas dinar sebagai mas kahwin.

Abu Huzaifah bukan sahaja terhutang budi kepada Ustaz Abdullah Mujahid;tuan guru yang hamba maksudkan (juga bekas penyarah APIUM Nilam Puri) kerana hamba belajar tafsir al-Quran dari beliau,bahkan hamba sempat belajar Balaghah ketika di tingkatan empat MML (untuk persediaan SMU)di madrasah sebelah rumah sewa beliau di Lubuk Jambu. Alhamdulillah ketika SMU hamba sangat meminati subjek Balaghah dan Mahfuzat mungkin natijah dari penyampaian guru subjek yang berkesan di tambah dengan bimbingan dari Ust Abdullah Mujahid.

Sebenarnya semasa di peringkat menengah hamba sering menadah al-Quran mengaji Tafsir di Masjid Mukim Mulong,Nilam Puri antara Maghrib dan Isyak dengan al-Fadhil Ust Abdullah saban minggu.Hamba amat berterima kasih hari ini kerana ayahanda sentiasa membawa bersama mengikuti kuliah maghrib di masjid-masjid dan surau di sekitar Nilam Puri, Kedai Mulong dan Lubuk Jambu. Agaknya jika ayahanada tidak biasakan diri dengan menadah kitab-kitab jawi dengan guru-guru yang ikhlas (ustaz-ustaz dulu tidak mengharapkan imbuhan) mungkin hamba tak jadi seperti Abu Huzaifah sekarang. Terima kasih ayah .Syukur padaMu Ya Allah.


Ustaz Abdullah Mujahid seorang ulama yang berasal dari Patani.Beliau dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Falah,Makkah,Arab Saudi.Pernah menuntut di Maahad al-Bu'uth al-Islamiyyah Mesir pada tahun 1963.Pada 1966 beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana Muda di al-Azhar .Selepas menamatkan pengajian beliau merantau ke Kelantan dan beliau berpengalaman mengajar di beberapa buah sekolah agama di negeri Serambi Mekah .Seingat hamba yang terakhir beliau mengajar di Institut al-Imam , Kubang Kerian dan pensyarah sambilan di AIUM,Nilam Puri. Beliau aktif berdakwah di sekitar Nilam Puri , Mulong dan Kubang Kerian( sekarang Bandar Baru KK). Beliau agak lantang dalam menyampaikan kuliah , penuh bersemangat dan sering mengaitkan dengan peristiwa semasa umat. Hamba sempat berguru dengan beliau dalam bidang tafsir al-Quran dalam kuliah mingguan dan sekali sekala menadah kitab tasauf di madrasah sebelah rumah beliau.

Lama juga beliau menabur budi kepada masyarakat Islam di sekitar Mulong dan Kg. Lubok Jambu dan hampir sepuluh tahun kebelakang beliau tidak aktif kerana mengidap sakit buah pinggang.Namun hamba kagum dalam keadaan uzur beliau berjaya mendirikan madrasah di sebelah rumahnya untuk kelas al-Quran untuk anak-anak masyarakat kampung.Syabas ustazku!


Seperti biasa sebelum pulang beliau menghadiahkan beberapa buah buku kecil antologi sajak ciptaan beliau sendiri.Inilah kehebatan beliau yang tidak diketahui oleh orang Mulong dan Lubok Jambu .Beliau banyak dan mampu mencipta sajak-sajak berkaitan perjuangan Umat Islam Pattani ,sajak berunsur kerohanian dan lain-lain yang tidak dicetak .Pagi itu..tak semena-mena pula hamba disuruh membacakan beberapa sajak beliau dan beliau pun sempat deklamasikan sajaknya dihadapanku.Nampak biasa sahaja liqa' mahabbah dengan tuanguruku hari itu...namun masih adakah peluang sebegitu pada hari esok? Beliau menyantuni hamba sebagai tetamu ..berbual seperti biasa seolah-olah beliau tidak sakit.Pesanan tuanguruku supaya berusaha untuk menulis buku..Abu Huzaifah menyatakan memang nawaitu itu ada...namun keazaman itu belum menjadi..

Setelah lebih sejam Abu Huzaifah melunaskan rindu bertemu seorang murabbi masa remaja lalu ..jam di tangan menghampiri azan Jumaat,hamba mohon mengundurkan diri.Lalu buku tafsir Surah Yassin catatan kuliah TGHH hamba hadiahkan menjadi saksi liqa' itu.Semoga ada rezeki untuk Abu Huzaifah bertandang kembali pada detik lain membawa usrahku bersama mengenali dan menghargai personaliti seorang tokguru abi kepada zuriatku.Amiin Ya Rabb al-'Alamin.Sebelum melabuhkan tirai catatan kali ini Abu Huzaifah menukilkan sebuah sajak Ust Abdullah Mujahid tokguru hamba dari himpunan sajak ;"Di Gapura Taqwa" dibawah maudhuk " Teduhan Taqwa"


Di bawah gemerlapan cahaya
di sudut bayangan cinta
di saat menjalini kata
kau pun berbunga

di tengah ayunan sukma
di malam perjalanan ria
di puncak getaran deria
kau pun bertapa

di permukaan fajar mulia
di hujung takbir bergema
kau pun bersuara

kini matamu pandai bertanya
senyumanmu menyegar mama
gamitanmu memanggil baba
kau pun bermanja

maka di celahan buaian mesra
di tengah-tengah taman bahagia
membesarlah dalam sempurna
berbuah di bawah teduhan taqwa.

tanggal 27 Mei 1985
Darul Ansor,Kelantan.

Tuesday, December 8, 2009

KEM CELIK DAN HAFAL AL-QURAN di KIAS,Nilam Puri

Posted by Abu Huzaifah On 7:10 AM


Asmaa'(paling kiri)dan Huzaifah bersama anak-anak ust Zamri Rajab
ketika menziarahi kelurga beliau.

Assalamu 'alaikum warahmatullah

Kepada sahabat2 ziarah yang mempunyai anak-anak berumur dari 7-17 tahun yang tinggal dalam jajahan Kota Bharu ,anda boleh manfaatkan masa cuti anak-anak anda dengan menghantar mereka ke Kem Celik & Hafaz al-Quran di KIAS Nilam Puri.Program tersebut anjuran Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam ,Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) .Kursus telahpun bermula pada 6 -24 Dis 2009.(kepada yang baru mendapat maklumat ini..rasanya belum terlewat) Kursus diadakan setiap hari bermula 8.30-4.30 petang..makan tengahhari disediakan oleh pihak penganjur.

Alhamdulillah,Abu Huzaifah sendiri telah menghantar anakanda Aisyah al-Humaira' disana.Antara penekanan dalam kursus tersebut ialah memahami kaedah tajwid dan hafazan beberapa surah.Peserta kursus dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kemampuan (tahap )pelajar.Abu Huzaifah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak KIAS di atas usaha murni ini.

Abu Huzaifah juga mengambil peluang pada cuti sekolah kali ini dengan menghantar anakanda Asmaa dan Huzaifah ke program Halaqah Ilmu yang dianjurkan pihak AJK surau Pasar Mulong.Alhamdulillah, hamba rasa teruja dengan usaha pelbagai golongan dalam komuniti Nilam Puri dan Kedai Mulong yang mengambil inisiatif mengadakan program kepada anak-anak remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang cukup membimbangkan para ibubapa.Sekalumg tahniah dan penghargaan kepada pihak penganjur dan jazakumullahu khairan khatira atas usaha bakti kalian.