• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, June 21, 2010

BULAN JUN...MENGINGATI SAHABAT-SAHABATKU YANG TELAH PERGI TAK KEMBALI

Posted by Abu Huzaifah On 10:43 PM No comments

>Dua sahabat yang telah kembali ke rahmatuLLah;duduk paling kiri Ust Zairul Aman (Jun 1995) dan dua dari kiri Ust Azamiruddin Awang (Jun 2005)..mereka berdua pernah seusrah dengan Abu Huzaifah


Assalamualaikum warahmatullah…
Alhamdulillahi Rabb al-'Alamin , lautan kesyukuran hamba panjatkan kepada Allah Subhanahu wa Taala. Dengan izin dan inayahNya dalam tempoh cuti sekolah dua minggu lalu dua sahabat lama semasa bermukim di bumi Mafraq Jordan akhirnya dapat Abu Huzaifah bersua dan melepaskan rindu setelah tidak bertemu hampir sepuluh tahun.Dua sahabat yang hamba maksudkan ialah Ust Ayub Hussin (asal Besut, Terengganu) dan Ust Mursyid Mustafa ( Kedah).

Semasa Abu Huzaifah masih berkhidmat di Sarawak dua tahun lepas, lokasi KLIA Sepang biasanya menjadi tempat hamba bertemu sahabat-sahabat lama yang berkhidmat di Sarawak,Sabah dan Labuan pada setiap hujung tahun …almaklumlah bila menaiki pesawat Air Asia hamba dan Ummu Huzaifah terpaksa menunggu lama di lapangan terbang sebelum meneruskan perjalanan dari KL ke KB. Kali terakhir Abu Huzaifah bertemu Ust.Nazri Dollah beberapa bulan sebelum beliau ditahan ISA ialah di KLIA .Sehingga ke hari ini hamba belum dapat bersua dengan beliau, walau bagaimanapun sempat bertanya khabar melalui telefon beberapa bulan yang lalu.


Hamba selalu mengimpikan, ukhuwah yang terbina bersama sahabat-sahabat sepengajian terutamanya nostalgia dan zikrayat di Jordan akan berterusan bukan sekadar hingga akhir hayat bahkan persahabatan yang membawa ke syurga. Sebenarnya ramai juga sahabat yang sudah lama tidak bertemu (ada yang lebih 10 tahun) ; antaranya mantan naqib hamba Ust Mohd Isa Daud( Universiti Yarmouk) ,Ust.Yunus, Ust Sabri Zakaria (Univ.al-Bayt) dan ramai lagi.

Alhamdulillah setelah sekian lama ingin bertemu Ust Ayub yang kini menetap di Gombak , hasrat hamba dimakbulkan Allah pada hari Khamis yang lalu apabila secara tidak dirancang bertemu beliau di bandar Jerteh,Besut .Manakala Ust Mursyid pula hamba temui beliau di Pengkalan Chepa pada hari jumaat lalu setelah lama berpisah. Ust.Ayub adalah individu yang berjasa dalam hidup hamba kerana Abu Huzaifah sempat berguru dengan beliau ketika mengikuti Program Tahfiz al-Quran pada musim Soifi 1997 anjuran Biro Dakwah dan Tarbiyah PRISMA. Selain dari beliau , hamba turut mendapat bimbingan dari al-fadhil Ust Mohd Farid Ravi (sekarang pensyarah KUIS). Dalam bidang al-Quran Abu Huzaifah juga sempat bertalaqqi al-Quran dari Allahyarham Ust Hafiz Kamil ,walaupun usianya lebih muda namun hamba mengambil kesempatan dari ilmu Allahyarham dengan menjemput beliau datang ke rumah di Hayyu Dhubbat ( setelah hamba berkahwin)untuk belajar.Hasil dari berguru dengan Ust. Hafiz Kamil hubungan kami agak mesra. Apabila menerima kematian beliau dua tahun lepas , Abu Huzaifah rasa terkilan kerana selepas pulang ke Malaysia hamba tidak pernah menziarahi almarhum.

bersama sahabat-sahabat perintis/generasi pertama Universiti al-Bayt dalam pertemuan khirrijin lewat 2003

Bagi Abu Huzaifah , sebenarnya apabila mengingatkan bulan Jun setiap tahun pasti mengingati akan ukhuwah yang terjalin dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah kembali mengadap Ilahi. Mereka adalah penuntut-penuntut ilmu yang telah melaksanakan jihad ilmu dalam hidup mereka dan mati dalam keadaan mulia. Sekadar menyebut beberapa nama sahabat Abu Huzaifah yang telah pergi tak kembali

1. Allahyarham Rasyimi, Zairul Aman,Surzaidy (Kelantan) Fakhrun Nizam(Johor)dan Zikri(Selangor) meninggal dunia selepas berlaku kemalangan jalanraya di Aqabah , Jordan pada hari Khamis 9 Jun 1995. (Kisah panjang peristiwa ini boleh dirujuk dalam blog Ust Hasrizal di Saifulislam.com ).Ketiga-tiga sahabat iaitu Allahyarham Rasyimi, Zairul Aman dan Fakhrun Nizam adalah sahabat seusrah Abu Huzaifah,selain dari al-marhum Ust Azamiruddin Awang yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Jun 2005.

2. Allahyarham Ust Jamnul Azmin Mulkan (Perak) meninggal dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2002 (kalau tak silap). Selepas berkahwin , hamba dan zaujah menjadi muraqib dalam satu program rehlah akhawat PRISMA.Dalam perjalanan ke Aqabah kami transit dan bermalamnya di Mu’tah .Hamba dan zaujah bertamu dirumah Allahyarham dan itulah kali terakhir berbicara dengan beliau.Selang tiga tahun hamba mengenali kekanda Allahyarham dengan dekat iaitu Dr.Jamnul Azhar Mulkan apabila beliau berkunjung ke Miri, Sarawak dalam misi dakwahnya.

3. Allahyarham Abdul Karim ( Selangor) bekas penuntut Universiti .Mu’tah,Jordan . Abu Huzaifah mengenali beliau ketika sama-sama mengikuti KPLI di Makatab Perguruan Islam ,Bangi. Beliau meninggal selepas beberapa bulan posting ke sekolah di negeri Selangor.Abu Huzaifah tidak mengenali beliau semasa di bumi Anbia’ namun berkawan rapat apabila bersama dalam kuliah Dar al-Syifa di MPI.

4. Allahyarham Azamiruddin Awang ( Kelantan) meninggal pada 3 Jun 2005,meninggal dalam keadaan mengejut.Ketika menerima berita kematian beliau, Abu Huzaifah berada di Makkah mengerjakan umrah bersama al-Quds Travel.Khabar sedih ini hamba terima usai solat Jumaat di Masjidil Haram dari Ust .Wan Zamri pemilik al-Quds yang merupakan senior kami semasa di Jordan.Almarhum ust.Azamiruddin adalah sahabat rapat hamba sejak kami saling mengenali apabila sama-sama mengikuti kursus Intensif Bahasa Arab di IKIP Pahang sebelum ke Jordan pada malam 31 Ogos 1995. Abu Huzaifah,Allahyarham Rasyimi, Zairul Aman, Fakhrun,Azamiruddin dan Abu Wildan adalah sahabat seusrah sekitar tahun 1994/1995 dan murabbi atau naqib kami ialah Ust.Ismi pemilik sebuah syarikat pelancongan di Perak.


5. Allahyarham Hafiz Kamil ( Terengganu) meninggal akibat penyakit leukemia. Abu Huzaifah rasa terkilan kepada diri sendiri kerana walaupun sudah mengetahui beliau mengidap penyakit tersebut gagal menziarahi Allahyarham.Peluang untuk ziarah beliau agak terbatas kerana hanya hujung tahun sahaja kami berada di Semenanjung. Ummu Huzaifah sempat bertanya khabar zaujah beliau setelah mendapat maklumat dari ust.Zamri Rejab.

Setiap kali mengingatkan sahabat-sahabat yang telah pergi mengadap Ilahi,maka diri ini rasa insaf bahawa bila-bila masa sahaja Tuhan Yang Maha Agung boleh memanggil kita mengadapNya tanpa mengira kita bersedia atau sebaliknya. Hkikatnya beberapa orang sahabat seperjuangan semasa di Dataran Syam telahpun pulang menemui pemilik cinta abadi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selain dari mereka sahabat lain ialah Ust Fauzi ( mantan YDP Kedah) yang tinggal berjiran dengan hamba di Hayyu Dhubbat ,Mafraq. Maka tinggallah kita meneruskan perjuangan hidup, mencari sebaik-baik bekalan sebelum mengadap Tuhan Rabb al-Jalil .Mereka telah pergi ….. kita yang hidup pastinya mengiringi. Hamba memohon maaf andainya terdapat sahabat ziarah yang tidak suka membaca catatan berbentuk nostalgia…moga ada faedah dan manfaat walau sekecil manapun untuk hamba dan pembaca.

Akhir bicara , Abu Huzaifah ingin memetik kalam Ust.Hasrizal (Saifulislam.com) dari catatan beliau menerusi entri “Kehendaknya mereka Pergi” yang beliau tujukan kepada kelima-lima arwah ;
"Anak-anak dihantar ke Bumi Anbiya’ dengan seribu harapan agar pulang dengan segulung ijazah, namun yang kembali hanyalah sekujur jenazah..

“14 tahun sudah berlalu. Tarikh 9 Jun 1995 tetap saya kenang dalam lipatan kenangan.
Allahumma… mereka pemuda yang baik. Mereka istiqamah solat Jamaah di masjid. Mereka amat ghairah pada ilmu agama-Mu ya Allah. Engkau ambil mereka dari keletihan dunia, pada kerehatan di sisi-Mu di alam sana.. cucurkan rahmat-Mu dan maghfirah-Mu ke atas roh Almarhum Fakhrun Nizam, Zainul Aman, Suzaidy, Rashimi Azru dan Zikri…. Bergembiralah wahai syabab… matimu di jalan menuntut ilmu, adalah syahid fi sabilillah…"

Ya Allah Tuhan Pemilik Sekalian Alam, hambaMu ini mendoakan semua sahabatku yang telah kembali ke pangkuanMu ; kelima-lima sahabat yang meninggal dunia semasa menuntut ilmu dan , Almarhum ust Azamiruddin dan Ust Hafiz Kamil ditempatkan bersama para Anbia’ , Solehin dan Siddiqin…moga persahabatan dengan sahabat-sahabatku yang telah pergi tak kembali memberi penuh makna di dunia dan ukhuwah yang telah terjalin kekal abadi serta membuahkan nik’mat syurga Allah di akhirat nanti.

0 comments: