• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, May 31, 2010

MAAFKAN ABI...

Posted by Abu Huzaifah On 9:20 PM 3 comments


Ahmad Huzaifah dan Iman Nusaibah

Anakanda 'Aisyah pada hari anugerah kecemerlangan SK Tunku Munawir tahun 2009

Assalamu 'alaikum warahmatullah

Segala pujian ke hadrat Allah Azza wa Jalla Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w,guru kepada bani insan yang mengajar umatnya agar sentiasa berkasih sayang dan berbelas kasihan.

Pada minggu ini dan minggu lepas,murid-murid sekolah rendah dan menengah menghadapi peperiksaan penggal 1 sesi 2010 ,termasuklah puteri-putera hamba.Kali ini anak-anak Abu Huzaifah menghadapi peperiksaan tanpa bimbingan dan pemantauan dari abinya.Sejak Abu Huzaifah berpindah tempat kerja pada 26 Mac lalu ke IPG Sultan Mizan Besut ,tugas menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah semuanya dilakukan oleh Ummu Huzaifah.Rutin Ummu Huzaifah setiap hari kerja ,keluar pagi seawal 7.15 pagi,menghantar Ilham Sumayyah ke rumah pengasuh kemudian menghantar 'Aisyah,Asmaa dan Huzaifah ke sekolah SK Tunku Munawir tidak jauh dari tempat kerja zaujah hamba.Mujurlah anak keempat kami'Iman Nusaibah' dihantar oleh jiran kami 'Pak Abbas' ke Pasti Az-Zakiy,beliau banyak membantu kami sekeluarga.

Minggu ini,anak-anak hadapi imtihan penggal 1 tanpa abi disisi mereka.Kepulangan Abu Huzaifah pada hujung minggu hanya sempat mengajar mereka al-Quran dan bawa anak-anak berjalan ke Seremban di samping ada temujanji dengan doktor perubatan.

Lautan terima kasih kepada zaujah tersayang; Ummu Huzaifah kerana sentiasa bersama anak-anak kami;membimbing dan mentarbiyah mereka.Kepada anak-anak abi buatlah yang terbaik untuk imtihan kali ini.Huzaifah tahun 1 sudah merebut tempat pertama dalam ujian yang lalu ,moga dapat kekalkan prestasi .'Aisyah dan Asmaa' perbaiki lagi kelemahan yang lalu.Abi tidak mengharapkan anak-anak mendapat semua 'A'dalam semua subjek, yang penting mampu meningkat dan melonjakkan pencapaian setiap kali ujian atau imtihan .Akhlak dan peribadi perlu diutamakan kerana pendidikan bukan hanya untuk mengejar 'A',tetapi membina jatidiri muslim sejati yang sentiasa taat dan patuh kepada Penciptanya.

Doa dan harapan abi semoga anak-anak abi dapat melakukan yang terbaik.Kemaafan dipohon kerana abi tidak dapat menemani Aisyah,Asmaa,Huzaifah mentelaah pelajaran setiap malam .Khas buat ummi Huzaifah terima kasih tidak terhingga yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kepada Ummu Huzaifah yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam mentarbiyah anak-anak.Moga terus tabah dan sabar meniti hari-hari mendatang.

3 comments:

terharu....tahniah untuk Anah

na'am ya akhi!Hamba mula berpindah tempat kerja pada akhir mac 2010.Akhi boleh baca entri Abu Huzaifah 'Dari SMKAM ke IPG Sultan Mizan.