• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Sunday, May 16, 2010

WAJAH -WAJAH KEHIDUPANKU SEORANG GURU

Posted by Abu Huzaifah On 10:04 PM No comments


Abu Huzaifah bersama Abu Wildan dan rakan-rakan guru ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 bahagian Miri.Kejayaan terhasil dari kerjasama rakan-rakan yang lain,tanpa bantuan mungkin sesuatu perancangan tidak dapat dilaksana dengan berkesan.

Bersama sahabat-sahabat seangkatan semasa belajar di Universiti al-Bayt,Jordan ; kini semua bergelar guru atau pensyarah IPG.


sahabat-sahabat seperjuangan yang dahulu sama-sama berbakti di Miri Sarawak kini terus menabur ilmu kepada umat Islam.Ust Afandi diBB Bangi,Ust Juned dan Ust Razi di Perak,manakala Abu Huzaifah ke IPG Sultan Mizan,Terengganu.

Alhamdulillah ,dengan izin dan iradahNya Abu Huzaifah telah melibatkan diri secara sengaja dan sedar dalam bidang pendidikan .Bermula pada tanggal 17 Januari 2002,hamba memulakan kerjaya sebagai guru,pendidik,pembimbing dan murabbi.Langkah hamba bukan sahaja terlibat dalam pendidikan formal di sekolah malah sering meluahkan segala ilmu yang ada di mana-mana sahaja mendidik diri dan masyarakat,membangun ummah ke arah mencapai keredaan Allah Azza wa Jalla di dunia dan akhirat.

Sempena hari guru tahun ini,hamba paparkan potret kenangan bersama sahabat-sahabat dan anak didik hamba sebagai memperbaharui ingatan ukhuwwah yang terbina sejak hamba bergelar seorang guru dari tahun 2002 hingga 2009 .Semoga gambar-gambar ini mengingatkan kembali tautan ukhuwah yang terjalin dan dapatlah kita suburkan supaya nilai ukhuwah kita memberi makna yang besar sama ada di dunia mahupun di akhirat sana. .Silakan kepada sahabat ziarah yang budiman...

menyampaikan ceramah bulanan di SMK Jelai, Kuala Pilah
="0" alt=""id="BLmenyampaikan ceramah motivasi kepada calon-calon UPSR SK Tunku Munawir,NSDK


menghadiri Jamuan Akhir Tahun Persatuan Bahasa Arab SMS Tuanku Jaafar,Kuala Pilah


memimpin majlis khatam al-Quran pada Ramadhan 1429H di SMK Tunku Khursiah,NSDK


menyampaikan tazkirah dan berkongsi pengalaman bersama anak-anak Kelantan di Kaherah
2009


anak-anak didik Abu Huzaifah dan zaujah hamba yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya.
bersama guru-guru Bahasa Arab SMKAM selepas satu seminar teknik menjawab peperiksaan PMR


anak-anak didik Abu Huzaifah dari tahun 2003-2007 ;hamba doakan kalian semua berjaya dalam menempuh ujian kehidupan.Semoga ilmu yang diterima dapat diamalkan buat bekalan ke negeri akhirat.

pelajar-pelajar SMKA Miri dalam suatu aktiviti Bahasa Arab

0 comments: