• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Friday, March 18, 2011

Adakah pemandu-pemandu bas awam di Malaysia beretika dan berakhlak?

Posted by Abu Huzaifah On 8:29 PM No comments

Subuh! Subuh! Subuh! Ini bukan suara warden asrama sekolah yang mengejutkan pelajar dari mimpi dinihari  pada waktu solat Subuh. Bukan juga suara pak bilal. Itulah suara pemandu bas Ekspress Mutiara  perjalanan dari KB ke Putrajaya-Kajang yang mengejutkan penumpang saat tiba di Putrajaya lewat 6 pagi. Syabas kepada syarikat  bas E-Mutiara yang berpengkalan pejabatnya di Pengkalan Chepa Kelantan. Kalau nak cari pemandu bas memiliki sikap prihatin  sedemikian 20 tahun dahulu memang payah.. Ini cerita positif..

Abu Huzaifah kerap menggunakan pengangkutan awam sejak belajar di MPI Bangi..payah nak jumpa pemandu bas yang cakna dengan solat  Subuh ...pernah satu ketika saya bertekak dengan pemandu bas (tahun 2000) kerna memintanya berhenti seketika untuk solat Subuh di dalam perjalanan KB-Hentian Putra. masa tu dah hampir pukul tujuh..waktu solat Fajar dah nak habis...

Minggu lalu hamba menaiki bas Hentian Kajang-UKM...jumpa pemandu (Melayu)yang memakai subang , pakaiannya juga tak terurus...penumpang pula terdiri dari pelajar-pelajar asing Timur Tengah,  Indonesia,India dan negara-negara lain. Pemandu tersebut juga memasang lagu  dengan sound yang membingitkan seolah-olah semua penumpang dalam bas itu meminati lagu tersebut atau penumpang sudah berumur 70 tahun yang bermasalah dalam pendengaran.

Tulisan ini bukan untuk menyekat kebebasan berpakaian tetapi kalau pemandu teksi boleh pakai uniform yang seragam..pekerja kilang ada pakaian seragam kenapa tiada etika berpakian yang sesuai untuk pemandu bas awam.? Sedangkan kakitangan kerajaan pula akur memakai  baju batik pada hari Khamis?

Merokok dalam pengangkutan awam 
Mantan PM Malaysia Tun Abdullah A.Badawi dah lama mengajak rakyat Malaysia berfikir sebagai masyarakat dunia kelas pertama...Tapi seruan tinggal seruan...kerap kali saya naiki bas dari Seremban ke daerah XX  pemandu bas sendiri merokok sekalipun dalam bas ber aircond...fikiran entah kelas berapa? Saya tidak beranggapan mereka tidak tahu kerana jelas terpampang MEROKOK dan MELUDAH tidak dibenarkan dalam bas..atau larangan tersebut hanya untuk penumpang sahaja???

Hamba tidak salahkan pemandu seratus peratus sesuai dengan tahap pendidikan mereka. Persoalannya apakah tiada kursus atau taklimat dari pihak JPJ atau mana-mana jabatan berkaitan atau syarikat sendiri   kepada pemandu-pemandu bas akan etika dan akhlak yang perlu mereka ikuti sebelum berkhidmat sebagai pemandu?Ingat pemandu bas dan teksi juga memberi imej kepada negara..





0 comments: