• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, February 1, 2011

Bawa Balik Pelajar di Mesir, bukan pindah : ILMAM

Posted by Abu Huzaifah On 11:35 PM No comments

kedudukan asrama dan rumah pelajar Malaysia berdekatan  bandar raya Qaherah 
agak terancam dengan para penjenayah yang mengambil kesempatan  dari situasi sekarang

KUALA LUMPUR : Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5,000 orang pelajar di Mesir kelmarin, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10,000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berdasarkan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan yang akan berlaku ke atas semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir, pendirian Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia menggesa Kerajaan  membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana, bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir.

“Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi di sana yang semakin bahaya,” kata Timbalan Presiden Ilmam, Mohd Farhan Madzlan.Katanya, kerajaan mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.“Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka,” katanya.

Menurutnya, maklumat boleh didapati secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Mohd Hazime di talian +20113771841.Katanya, pihaknya telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu itu untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan pelajar Malaysia di sana yang boleh menghubungi :

Mohd Farhan Madzlan (019-2103035)
Mohd Saifuddin, Pahang (013-9341730)
Mohd Azizul Hisham, Terengganu (019-9544780)
Abdul Fatah, Kelantan (013-9210960)
Syed Toriq, Perlis (013-5190501)
Mohd Nizam Mohd Noh, Kedah (019-5586401)
Ahmad Farizan Abd Hadi, Pulau Pinang (013-6650388)
Zawawi Hasan, Perak (013-5908377)
Syed Abdul Kadir, Selangor (017-7770282)
Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman, Kuala Lumpur (012-3484140)
Norazman Muhammad, Negeri Sembilan (019-6400062)
Zarul Salleh, Johor (019-6813876)

“Kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, wakil ILMAM Kelantan Hj.Abdul Fatah ketika dihubungi menjelaskan tiga kewajaran pelajar Malaysia dibawa pulang segera ; situasi politik di Mesir kelam kabut dan membahayakan nyawa dan situasi tersebut mungkin mengambil masa yang berpanjanagan.Oleh itu membawa pelajar ke negara lain tidak menyelesaikan masalah. Keduanya kebimbangan ibu bapa yang berterusan terhadap keselamatan anak yang mereka terutama bila anak-anak tidak dapat dihubungi.

Selain itu, kos kehidupan di negara lain (Arab Saudi) sehingga tempoh yang tidak diketahui akan menimbulkan masalah baharu terutama pelajar-pelajar persendirian.
 
Bookmark and Share

0 comments: