• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Wednesday, February 2, 2011

Kedutaan Malaysia lancar pelan perpindahan pelajar di Mesir

Posted by Abu Huzaifah On 6:37 PM No comments

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah melancarkan Pelan Tindakan Pemindahan untuk membawa keluar warga Malaysia, khususnya pelajar dari negara bergolak itu. Berdasarkan kenyataan yang disiarkan di blog Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, operasi pelan akan bermula hari ini (2 Feb), di mana rakyat Malaysia akan dibawa keluar melalui penerbangan ataupun pelayaran.

Berdasarkan modus operandi pelan berkenaan, mereka yang masih berada di negara itu akan dikumpulkan di beberapa tempat sebelum penerbangan keluar dibuat dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Kesemua individu yang diselamatkan melalui penerbangan ehsan akan dikumpulkan di Jeddah.

Individu dari Kaherah akan berkumpul di Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK; dari Iskandariah akan berkumpul di Rumah MARA manakala mereka dari Mansourah pula akan diterbangkan ke Iskandariah sebelum dibawa ke Jeddah dan berkumpul di Hotel New Mansourah.

Para peserta dikehendaki berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang pada masa yang ditetapkan iaitu di Kaherah pada 11 pagi 2 Feb; dan pada 10 pagi 3, 4 dan 5 Feb. Peserta dari Iskandariah pula perlu berkumpul pada 9 pagi 4, 5 dan 6 Februari.

Rakyat Malaysia yang mengikuti pelayaran pula akan melalui Pelabuhan Al-Adabiyah sebelum ke Pelabuhan Jeddah dan berkumpul di Kompleks Haiyyui Ashir."Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.

Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Klang. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah atas tanggungan sendiri.Bagaimanapun perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.Setiap peserta hanya dibenarkan membawa bagasi kecil tidak melebihi tujuh kilogram, selain diingatkan supaya membawa pasport/dokumen perjalanan yang sah.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi menyelamat itu akan terlebih dahulu ditumpukan kepada pelajar wanita, pelajar berkeluarga, pelajar yang uzur dan sakit, berada di zon risiko tinggi, pelajar tahun pertama dan pelajar sekolah rendah/sekolah menengah.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada para pegawai kedutaan iaitu Saharudin Hassan (+2010-5005338), Wan Ahmad Tarmizi  (+2010-1101004), Muhammad Hazam (+2010-8714264) dan Samsul Kahar (+2010-5382715).

sumber : Bernama

0 comments: