• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, February 1, 2011

GAMIS gesa rakyat Malaysia di Mesir dibawa pulang

Posted by Abu Huzaifah On 3:07 AM No comments


KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) menuntut pihak kerajaan untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir ke tanah air tanpa bertangguh sehingga keadaan reda bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Menurut Timbalan Presiden GAMIS, Muhammad Zaki Sukery keadaan di Mesir sekarang ini semakin lama semakin tidak terjamin memandangkan ia akan berterusan sehingga Presiden Husni Mubarak dijatuhkan. Katanya, rusuhan yang semakin buruk turut melibatkan pertempuran antara tentera dengan rakyat yang berlaku di merata-rata tempat, memungkinkan keselamatan rakyat negara kita terjejas.

Oleh itu, ujarnya sekadar jaminan keselamatan daripada pihak kerajaan tidak memadai kerana apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan tahap keselamatan mereka terdedah kepada pelbagai ancaman pada bila-bila masa.“Hal ini juga disebabkan oleh rakyat kita di sana berjumlah belasan ribu ramainya, iaitu lebih kurang 11,000 orang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya mahasiswa jurusan agama pula tidak diletakkan di bawah tahap perlindungan sewajarnya bahkan wujud di satu-satu tempat, para mahasiswa terpaksa mengambil inisiatif menjaga keselamatan sesama sendiri disebabkan oleh kekurangan pegawai kedutaan.

“Hal ini diburukkan lagi dengan kekacauan yang semakin berleluasa rentetan daripada beberapa laporan media antarabangsa mengatakan ada pihak yang mengambil kesempatan atas keadaan ini untuk melakukan pelbagai jenayah, diburukkan lagi dengan keadaan beribu-ribu banduan terlepas daripada penjara,” ujarnya lagi.

Naib Presiden Bahagian Korporat dan Pengantarabangsaan, Abdul Razak Omar pula berkata, sekatan kepada medium komunikasi termasuk jaringan sosial Facebook dan Twitter  telah merencatkan terus perhubungan dengan pihak di sana menyebabkan timbulnya keraguan berhubung status sebenar tahap keselamatan mereka.Bahkan, katanya bukan setakat medium perhubungan, soal makan minum turut bakal terjejas kesan daripada penutupan gerai-gerai dan ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia kekurangan sumber makanan berkualiti seterusnya boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis penyakit.“Oleh itu, dalam keadaan sekarang, sewajarnya pihak kerajaan turut sama membantu menyalurkan sumber pemakanan bagi meringankan bebanan rakyat kita di sana,” katanya.

Justeru, tambahnya dengan rasional mengutamakan keselamatan rakyat dan merujuk juga kepada tema ‘Rakyat Didahulukan’, Gamis menggesa kerajaan untuk membawa pulang mereka yang berada di sana tanpa bertangguh sehingga keadaan di sana pulih.

0 comments: