• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Saturday, January 29, 2011

Cukuplah Husni Mubarak ! Pergi Anda!

Posted by Abu Huzaifah On 10:44 PM No comments


Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.
gambar2 rakyat Mesir yang tertindas selama tiga dekad dibawah 
rejim Mubarak..mereka mula bangkit melalui jalan-jalanraya

QAHERAH – Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.

Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir. Di tiga bandar utama negara itu iaitu Qaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.

Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.

Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.

“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Husni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini. Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh. Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Seorang  penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.

Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidin Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.

Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Husni Mubarak.Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.

Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Husni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula. Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur. Sebaliknya, Husni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.

“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed Al-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin.

Manakala sumber lain melaporkan dalam satu tindakan mengejutkan, Husni Mubarak melantik ketua agensi perisikan Mesir, Omar Suleimen sebagai Naib Presiden yang pertama dalam tempoh tiga dekad (30 tahun) pemerintahannya selepas memecat seluruh anggota Kabinet, semalam dan membentuk kerajaan baru tidak sampai 24 jam kemudian.

Namun, Husni  sendiri tetap enggan meletakkan jawatan. Menurut pemerhati politik, ini adalah kali pertama Husni Mubarak terpaksa mengadakan perubahan drastik seperti itu dan merayu kepada rakyatnya supaya bertenang, sesuatu yang dilihat sebagai jelas menggambarkan ketakutan Mubarak.

Di sebalik 'janji' untuk melakukan perubahan, Husni Mubarak tetap mengarahkan tentera memasuki bandar dan mengenakan perintah berkurung untuk menghentikan protes di Mesir, negara berpenduduk paling ramai di Timur Tengah. Kedegilan Mubarak itu membangkitkan lagi kemarahan rakyat apabila puluhan ribu penunjuk perasaan keluar pada hari kelima protes, semalam, bagi menuntut pemimpin yang kerap digelar Firaun terakhir Mesir itu meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.

Revolusi di Mesir yang bermula Selasa lalu dijangka mampu menumbangkan Mubarak, diktator yang memerintah republik itu sejak 1981, jika ia diteruskan sehingga beberapa hari lagi.Protes di Mesir yang digelar Hari Kemarahan kini berlangsung di 11 daripada 28 wilayah di negara dengan 80 juta penduduk itu.
Rakyat Mesir dihimpit kemiskinan, kadar pengangguran tinggi serta rasuah kronik sepanjang pemerintahan Mubarak, yang dianggar mempunyai harta AS$40 bilion (RM120 bilion) sedangkan 22 peratus rakyatnya miskin tegar.

sumber : Kosmo Online

0 comments: