• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, October 5, 2010

ALLAHU AKBAR ganti DAULAT TUANKU

Posted by Abu Huzaifah On 8:10 AM No comments



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Sejarah baharu terakam lagi dibumi Kelantan apabila Tuanku al-Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V berkenan perkataan 'Daulat Tuanku' ditukar kepada 'ALLAHU AKBAR' sebagai laungan bagi meraikan majlis tuanku.Rakyat hanya perlu menyebut Allahu Akbar pada majlis-majlis rasmi membabitkan al-Sultan Kelantan.

"Arahan ini merupakan titah tuanku" kata Setiausaha Kerajaan(SUK) negeri Dato' Mohd Aiseri Alias dalam himpunan bulanan penjawat awam negeri di Kota Darul Naim awal minggu lalu.Pada bulan lalu juga baginda al-Sultan berkenan menerima pakai gelaran baru dengan nama Sultan Muhammad ke V lapor wartawan Siasah.

Tuanku al-Sultan kerap bertemu rakyat di masjid-masjid seluruh negeri.Pada bulan Ramadhan lalu baginda 'turun'hampir ke setiap jajahan bertemu rakyat.

Abu Huzaifah mengucapkan tahniah kepada tuanku.Bayangkan bukan senang untuk menukar kalimah 'Daulat Tuanku' kepada lafaz yang paling mulia 'ALLAHU AKBAR'..sedangkan kalimah tersebut sudah digunakan mungkin ratusan tahun kerana istana Kesultanan Kelantan sekarang bermula pada tahun 1765 dari keturunan Long Yunus dan baginda Tuanku Muhammad ke V,sultan yang ke 29 bermula 4 Syawal 1432H lalu.Sultan Muhammad ke V dilatik sebagai Tengku Mahkota pewaris takhta pada 6 Oktober 1985 sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei 2009 berikutan ayahanda baginda gering.
Semoga rahmat Allah memayungi pemerintahan tuanku.Insya’Allah, Kebawah Duli YMM al-Sultan Muhammad Ke-V akan berusaha sedaya-upaya baginda untuk melaksanakan amanah sebagi raja memerintah negeri Kelantan Darul Naim sebaik mungkin dengan berdasarkan kepada panduan-panduan wahyu al-Quran al-Karim sebagaimana maksud ayat-ayat berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

2. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. (Surah al-Nahli: Ayat 90)

ALLAHU AKBAR!

al-Sultan Kelantan bersama rakyat jelata pada Iedil Adha yang lalu.

0 comments: