• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Saturday, October 16, 2010

Menilai Hiburan dan Muzik Dari Sisi Positif

Posted by Abu Huzaifah On 3:33 AM 1 comment



Assalamualaikum Warahmatullah..

Pagi semalam Abu Huzaifah mengunjungi sebuah kafe siber untuk urusan potostat.Setelah membuat bayaran dikaunter, Abu Huzaifah menegur pekerja perempuan di kafe tersebut: Siapakah penyanyi lagu yang sedang berputar di corong spekear? Sebagaimana telahan dalam hati hamba itulah yang keluar dari mulutnya.MAHER ZAIN!

Ya!.Maher Zain nama artis lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian dalam bahasa Inggeris yang semakin mendapat perhatian peminat di Malaysia. Sebagaimana yang dimaklumi ramai beliau telah dijemput mengadakan persembahan 'Save The Soul'di Malaysia pada malam tadi bertempat di Auditorium Bandar Raya Shah Alam(MBSA). Entah kenapa sama tarikh pula dengan satu lagi konsert yang mendapat tentangan ramai umat Islam dan NGOs iaitu artis Adam Lambert (Tahniah kepada khatib yang membantah secara terangan dalam khutbah jumaat semalam).

Sepuluh tahun dahulu Abu Huzaifah sendiri lansung tidak meminati lagu-lagu dalam bahasa asing (bahasa Arablah bukan b.asing tapi bahasa umat Islam).Mungkin salahsatunya kerana faktor sudah lama tinggalkan bahasa Inggeris.Lagipun semasa menuntut di Universiti Al-Bayt ,Jordan..hamba mengambil Bahasa Sepanyol sebagai pilihan. Namun hari ini hati Abu Huzaifah sudah berubah setelah Ummu Huzaifah membelikan beberapa CD nyanyian Sami Yusuf, Maher Zain dan Mesut(dalam bahasa Turki) sering menjadi halwa telinga Abu Huzaifah ketika memandu sendirian dari Pilah-Senawang ke Bangi.Selain suara lunak Syaikh Sa'id Al-Ghamidi dan Al-Sudaisi melagukan wahyu Ilahi,suara merekalah menjadi teman hamba membelah lebuhraya di kala jam melewati separuh malam menjadi mahasiswa UKM. Lagu-lagu mereka walaupun bukan semua ;banyak memuji kebesaran Allah,mengajak pendengar memuji Rasulullah dan agenda kebaikan.

Berbicara tentang Maher Zain yang terkenal dengan album perdananya Thank You Allah, Abu Huzaifah bukanlah insan yang selayaknya namun hamba percaya beliau ada hasrat untuk mengajak insan lain kembali hidup beragama dan bertuhankan Allah Yang Maha Esa.Dalam satu temuramah dengan salah sebuah akhbar Malaysia minggu lepas, beliau menjelaskan kehidupannya sebelum ini agak leka dan cuai terhadap tuntutan agama,hampir tersasar dari jalan hidup warga muslim. "Kehidupan saya banyak ke arah keseronokan sehingga lupa diri dan arah tujuan dalam hidup.Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya di kelab malam dan asyik berpesta." ujar beliau mengenang masa lalu sebelum berputik kesedaran.

Antara lain, berikut ialah pengakuan beliau kepada seorang wartawan:"Pada tiga tahun yang lalu saya seorang yang ingkar pada Tuhan dan terlalu jauh dengan Allah kerana kehidupan saya sebelum ini sangat terpesong dan menjalani kehidupan sosial yang sangat bebas apabila sering mengunjungi kelab malam dan sebagainya. Bayangkan disebabkan kealpaan saya itu saya telah lupa untuk membaca surah Al-Fatihah. Sehinggalah ketika saya berkunjung ke New York, tiba-tiba saya rasakan hidup saya kosong dan saya mula sedar dan insaf. Saya berpeluang berubah dan mencari rakan baru yang gemar bersembahyang dan pergi ke Masjid. Dalam masa yang sama,saya tetap tidak boleh tinggalkan minat pada muzik dan saya telah gunakan muzik sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej berguna kepada orang lain supaya tidak terpesong seperti mana yang pernah saya alami sebelum ini"

Melalui muzik beliau cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan menginsafi diri dan mengajak manusia lain mengenali Tuhan.Beliau memilih genre seni muzik sebagai jalan mengajak manusia kepada Tuhan.Ramai juga yang tersentuh dengan lirik-lirik lagunya hingga ada yang kembali ke pangkal jalan.Antara lagu-lagu Maher seperti; Always Be There,Open Your Eyes,Insya Allah...berjaya menyentuh emosi dan hati insan yang keras sebelum ini.

Sahabat-sahabat budiman yang prihatin tentu lebih arif lirik-lirik lagu beliau.
Sebagaimana yang Abu Huzaifah sebutkan …apakah bukan satu kebaikan jika anak-anak muda yang longgar pegangan agama dan ‘lagha’ dengan hiburan yang tidak terarah…beralih kepada lagu-lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan?.

Hakikatnya bukan mudah untuk mengubah jiwa anak-anak muda di Malaysia yang terdedah dengan lagu-lagu cinta dan entah apa-apa kepada nasyid atau lagu-lagu Islami. Maka pada Abu Huzaifah yang kurang arif ini ingin mengajak sebahagian umat Islam agar tidak ‘syadid’ atau terlalu keras dalam menilai hiburan sehingga meletakkan segala bentuk hiburan itu HARAM.Sebagaimana diungkapkan seorang murabbi tersohor ; Nahnu Duaat La Qudah!

ISLAM adalah agama yang memberi keluasan rahmat kepada seluruh bani insan dan segala makhlukNYa.Allah Maha Mengetahui jiwa dan naluri manusia…..hiburan yang memberi kerehatan kepada manusia setelah penat bekerja dibenar asalkan tidak bercanggah dengan syariatNYA.

Hassan Al-Basri rahimahullah pernah ditanya: Pernahkah para sahabat Nabi S.A.W berjenaka? Beliau berkata : Ya!Pernah dan mereka menggubah suatu gubahan puisi/syi’r.Nah! Bukankah puisi yang dicipta itu suatu bentuk hiburan.

Manakala dalam kitab al-Aqd al-Farid merakamkan bahawa para sahabat kalangan Khulafa’ al-Rasyidin merupakan tokoh-tokoh yang memiliki kefasihan yang tinggi dalam bahasa Arab.Saiyidina Abu Bakar,Umar dan 'Ali R.A adalah ahli sastera.Mereka semua pernah mendeklamasikan puisi(syi’r) dalam isu-isu tertentu sama ada sedikit atau banyak.

Sebagai khatimah kepada catatan kali ini, Abu Huzaifah memetik tulisan Ustaz Hairun Nizam Mat Hussin tentang dhabawit yang mesti dipatuhi untuk mengharuskan sesuatu hiburan atau nyanyian;

1. Isi nyanyian yang ingin dipersembahkan bertepatan dengan Islam. Segala bentuk lirik yang menyalahi syariat Allah adalah haram.
2. Penyanyi tidak mendedahkan aurat, melakukan gerak badan yang memberahikan, atau lucah serta rangsangan nafsu yang kotor atau menyebabkan fitnah.
3. Suasana majlis hendaklah mengikut syariat( tiada percampuran wanita dan lelaki,atau terdapat minuman keras)Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara.
4. Konsert atau Nyanyian tidak berlebih lebihan sehingga mengabaikan solat,hak mencari nafkah dan menuntut ilmu.

Beliau juga mengingatkan setiap penonton adalah ’mufti’ kepada diri sendiri. Jika mematuhi perkara-perkara tadi,nyanyian atau persembahan itu harus.

Sahabat budiman,
Kita akui kadang-kadang terdapat cacat-cela dalam sesuatu penganjuran.Namun begitu berilah peluang kepada pihak penganjur bermuhasabah dan kita sebagai anggota masyarakat tegurlah secara membina.Setelah puluhan tahun kita ’dilalaikan’dengan hiburan ’lagha’dan menjarakkan diri kita dari Tuhan marilah kita memberi sokongan kepada artis-artis yang masih ada 'jiwa agama'.Abu Huzaifah tidak berpeluang dan berkesempatan hadir ke lokasi persembahan di Shah Alam, namun pada hamba jika berlaku ’sedikit kesilapan’ dalam usaha mengelakkan percampuran lelaki dan wanita kesalahan itu bukan pada artis jemputan.Ambillah yang baik ....perbaiki yang kurang.Nilailah program hiburan dari sisi positif ! Wallahu a’lam.

peringatan: Catatan ini tidak membicarakan secara detil pandangan ulama mazhab, sekadar cetusan untuk berfikir mencari kebaikan.

1 comments:

alhamdulillah...muge bertambah penyanyi seperti MAHER ZAIN