• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Wednesday, September 29, 2010

DARUL SYIFA' cawangan Besut mula beroperasi

Posted by Abu Huzaifah On 7:24 PM 1 comment

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Penduduk daerah Besut dan sekitarnya yang berhajat kepada rawatan kaedah "al-Ruqyah al-Syariyyah", khususnya pengubatan Darus Syifa, kini tidak perlu lagi memandu jauh ke daerah lain.Dengan beroperasinya Pusat Rawatan Darus Syifa Cawangan Besut di Kampung Renek, dekat sini, ia membuka peluang lebih selesa kepada masyarakat mendapatkan khidmat rawatan untuk berbagai permasalahan yang mereka hadapi.

“Memang tujuan utama operasi Pusat Rawatan Darus Syifa ini ialah untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat supaya setiap mereka ada jalan merawat penyakit yang dihadapi, walaupun miskin dan tidak berkemampuan,” ujar Pengerusi Persatuan Perubatan Darus Syifa’ Cawangan Besut, Ustaz Omar Sidek.

Menurutnya, rawatan diberikan pihaknya adalah secara sukarela dan para pengunjung tidak perlu risaukan tentang sebarang caj tertentu untuk setiap rawatan. Sebaliknya mereka sekadar digalakkan menghulurkan sumbangan secara sukarela dan ikhlas.

Sebab itu, beliau mempelawa anggota masyarakat yang menghadapi sebarang penyakit, terutama berkaitan dengan gangguan makhluk halus, agar mencuba rawatan yang disediakan pihaknya.

“Di sini kita merawat semua jenis penyakit, kecuali dua, tua dan mati. Selain dua itu insya' Allah kita ikhtiar, sama ada rawatan secara fizikal mahupun kerohanian,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Idulfitri di pusat berkenaan.
Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 100 tetamu undangan. Antara mereka ialah Pengerusi Darus Syifa’ Cawangan Kota Bharu, Ustaz Zaki Ya, dan Pengurus Darus Syifa’ Cawangan Jeli, Ustaz Zakaria Abdul Ghani.

Pusat yang terletak di tepi jalan utama menghubungkan Jerteh-Kuala Terengganu ini dibuka pada setiap Sabtu antara jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Di situ Omar dibantu lapan perawat diketuai Ustaz Abdul Ghani Md Hassan.Pasukan perawatnya terdiri daripada Ustaz Mohd Hafizan Alias, Ustaz Mohd Azman Ismail, Ustaz Ibrahim Mohd, Ustaz Zainodin Ismail, Ustaz Usoff Zakaria, Ustaz Omer Abdullah dan Ustaz Azhar.Pengubatan Darus Syifa' adalah kaedah rawatan alternatif kepada perubatan moden yang semakin mendapat tempat di dalam masyarakat.

Jaringan khidmatnya ada di hampir seluruh negara dan berpusat di BB Bangi, Selangor di bawah kendalian dan pengawasan ulama terkenal, Tuan Guru Datuk Dr.Haron Din.
Pusat rawatan di Besut ini adalah cawangan ketiga di Terengganu selepas Kuala Ibai (Kuala Terengganu) dan Permaisuri (Setiu). Sejak mula beroperasi pada 26 Jun lalu, pusat itu menerima kunjungan antara 15 hingga 20 pesakit setiap minggu.Anggota masyarakat yang berminat mendapatkan khidmat pusat itu boleh menghubungi Ustaz Omar(012-9880355) atau Ustaz Mohd Hafizan (017-9429527).(sumber berita:Mohd Nasir Awang)

1 comments:

Assalamualaikum ustaz...saya nak tanya...pusat ini masih beroperasi lagi ke??.