• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, March 23, 2010

Bayangkanlah seandainya Nabi Muhammad SAW berkunjung...

Posted by Abu Huzaifah On 12:19 AM 1 comment



Assalamu 'alaikum warahmatulloh
Alhamdulillah ,segala pujian kupanjatkan ke hadrat Ilahi.Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia dan ahli keluarga baginda.

Sahabat-sahabat ziarah yang budiman,
Kita baharu sahaja melepasi bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran insan mulia baginda Rasulullah SAW.Sesungguhnya ingatan dan kecintaan kita kepada baginda tentunya bukan bermusim.Sebagai seorang muslim mukmin kita dituntut mengasihi dan mencintai baginda lebih daripada ibubapa sendiri atau insan-insan lain.

Dalam entri kali ini,ingin Abu Huzaifah menukilkan satu catatan dari blog milik fadhilat al-ustazah Siti Fatimah Ahmad melalui laman ilmu beliau http://websitifatimah.wordpress.com dari maudhuk "BAYANGKANLAH SEANDAINYA NABI MUHAMMAD SAW BERKUNJUNG (1)..bacalah dengan tenang catatan berikut:

Saat kesunyian malam yang hening kira-kira jam 10.00 malam, sambil santai duduk berehat, aku tiba-tiba teringat buku Syamail Muhammad saw : Keperibadian Rasulullah yang sering menyentuh tangkai jantung hatiku dengan rasa kerinduan yang dalam kepada kekasihku Muhammad bin Abdullah.

Tangisanku mulai mengocak air dari kelopak mataku seperti mata air yang mengalir (‘ainun jariah) ketika membaca halaman pilihan iaitu 140, yang membicarakan tentang hadith berkaitan dengan “Cara Rasulullah Tertawa” dan halaman 203 berhubung dengan “Tangisan Rasulullah”. Cukup menyentuh hati kerana keinginanku yang sangat besar untuk bertemu dengan Rasulullah saw, melihat wajahnya dalam ketawa yang menyenangkan dan menyaksikan tangisannya saat dilanda kesedihan.


Tajuk: SYAMAIL MUHAMMAD SAW:KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW (Kulit Tebal) Pengarang : Imam al-Tirmizi Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd (Kuala Lumpur, Malaysia)

Ahhh…. aku seakan menggambarkan dalam kesukaan yang membahagiakan dan sepertinya melalui kepedihan yang panjang seandainya aku membayangkan Nabi Muhammad saw berkunjung ke rumah-rumah umatnya masa kini. Lalu memberi salam dan bertanya khabar sambil berbicara di anjung tamu dengan menyapa cara hidup yang telah kita lalui sepanjang peninggalan Baginda saw lebih kurang 1500 tahun yang lalu.
Memikirkan hal tersebut, tiba-tiba ingatanku singgah kepada buletin yang kujumpa dalam sebuah laci di bilik kuliah Masjid UKM ketika sedang mengendalikan PROGRAM MENJENTIK MINDA (P+P BERASASKAN MASJID) yang dijalankan selama tiga hari dua malam (10 -12 November 2008 –Isnin –Rabu) di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia.
Artikel bertajuk “BAYANGKANLAH SEANDAINYA…” telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis (Kolej Universiti Islam Selangor – KUIS) untuk kegunaan jemaah Masjid UKM, Bangi, Selangor bertarikh Mac 2009/ Rabi’ul Awwal 1430H. Pendapat dan buah fikiran yang bernas ini berasal dari sebuah gubahan syair bertajuk “IF THE PROPHET VISITED YOU” yang kemudiannya pula ditranslisasikan ke dalam Bahasa Arab dengan tajuk “TAKHAYYAL LAU” karangan Abdul Karim Khatib.

Membaca artikel tersebut, saya mendapat idea untuk menulis dan membahaskan isiannya dengan lebih mendalam melalui beberapa siri perbincangan yang tentunya amat menarik untuk kita baca dan ketahui apa yang bakal kita lakukan SEANDAINYA RASULULLAH SAW berkunjung ke rumah kita.

Sahabatku….. Cubalah bayangkan, seandainya kita sebentar lagi akan dikunjungi oleh Nabi Muhammad saw dalam satu kunjungan yang belum kita persiapkan. Tiba-tiba sahaja terdengar ketukan dan salam dari luar pintu rumah kita tanpa kita ketahui siapakah tetamu yang sedang berkunjung itu. Lalu kita menyahut salam dan membuka pintu untuk mengenal pasti dan menyambut tetamu yang hadir.
Apakah gerangan yang akan kita lakukan, setelah membuka pintu dan mendapati Baginda Rasul saw sedang berhadapan dengan kita sambil wajahnya memberi senyuman yang menyegarkan ?
Beruntungkah kita kerana dikunjungi oleh seorang manusia yang dimuliakan Allah swt di muka bumi ini?
Bagaimanakah perasaan kita ketika itu ?
Bahagia, suka, gementar, sedih atau berpura-pura ?
Nabi Muhammad saw adalah sebaik-baik hamba Allah yang berjalan dipermukaan bumi. Lebih baik dan lebih mulia dari semua kepala negara dan para pemimpinya. Lebih baik dari para barisan pemikir dan golongan genius. Baginda Rasul adalah Khalilur Rahman (kekasih dan kesayangan Allah swt yang bersifat al- Rahman).
Menurut Afzalur Rahman dalam bukunya Muhammad saw Encyclopedia of Seerah Volume VIII : Sunnah, Da’wah and Islam, bahawa Rasulullah saw sangat mengambil berat tentang kebajikan pengikutnya sehingga baginda sering berdukacita memikirkan keadaan mereka. Hal ini disebutkan oleh Allah swt melalui firman-Nya dalam surah al-Kahfi, ayat 6:
Yang bermaksud:“Maka jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan al-Quran ini.”
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang kecintaan baginda Rasul saw yang begitu tinggi dan mendalam kepada umat manusia dan kebimbangan baginda terhadap kesejahteraan mereka. Keperihatinan baginda dinyatakan melalui Kalamullah dalam surah al-Taubah, ayat 128:
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.”

SUBHANALLAH… bayangkanlah sahabatku… seandainya kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad saw, Kekasih Allah itu bakal berkunjung ke rumah kita sendiri. CUBALAH FIKIRKAN SEKARANG. Apakah yang akan kita lakukan? Apakah kita akan berlari menuju ke pintu dalam keadaan genangan airmata sambil memberi senyuman dalam suasana yang tidak mungkin akan kita lupakan seraya berkata:
“Rasulullah saw sedang berada di rumahku dan hari ini adalah hari paling bahagia dalam kehidupanku”
ATAUKAH tulang-tulang sendi kita akan bergetaran dan menggeletar kerana ketakutan, lalu kita segera berlari menuju ke bilik kita untuk menyimpan kaset, CD atau DVD yang mengandungi lagu-lagu Melayu, Inggeris, Hindustan yang berentak pop, rock, jazz, hip hop. Lantas segera menukarkannya dengan kaset, CD atau DVD yang berirama nasyid, zikir, alunan ayat al-Quran atau ceramah agama? Apakah kita yakin dapat melakukan pertukaran itu sebaik sahaja Rasulullah saw bertanya tentang hiburan yang boleh mendekatkan kita kepada mengingat Allah swt dan baginda Rasul sendiri ?
ATAUKAH kita akan menyembunyikan pelbagai CD, DVD atau VCD murahan berbentuk porno ? Dan apakah kita akan membuang segala gambar artis masa kini, baik artis Barat, Timur, Selatan, Utara dan seumpamanya yang menjadi pujaan dan idola yang digantungkan di dinding dan memenuhi ruang meja dan almari di mana Rasulullah saw memang tidak menyukainya

APAKAH kita akan MEMBOHONGI Rasulullah saw dengan memberi jawaban yang ternyata bercanggah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini sebagai insan yang mengakui dirinya MUSLIM dan MUKMIN.
BERSEGERA DAN CEPATLAH BERTAUBAT DENGAN MELAKUKAN AMAL KEBAJIKAN SEBAGAI BEKAL DI HARI KEMUDIAN SEBELUM MASANYA TERLAMBAT. Allah swt telah memberi jaminan kepada hamba-Nya yang berusaha untuk melakukan amalan baik dalam hidupnya melalui surah Yunus, ayat 26:

Yang bermaksud:
“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.”
“YA RABB… LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA SESUATU YANG MEMUDHARATKAN KAMI. HANYA PADAMU KAMI BERSERAH DIRI DAN MEMOHON SEGALA PERTOLONGAN. AMPUNILAH KAMI YA RAHMAN YA RAHIM.”


Demikianlah catatan beliau..sama-sama kita mengambil manfaat.Syukran jazilan kepada ustazah atas keizinan beliau untuk Abu Huzaifah rakamkan dalam blog hamba ini.Wasollallahu 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbih wasallam.

1 comments:

Salam,

Pernah tgk video utube berkenaan seandainya nabi s.a.w di sisi kita.saya mencari lagu arab tersebut.boleh bantu saya?