• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Sunday, March 14, 2010

Majlis Kesyukuran sempena Khatam Pengajian Kitab Riadhussolehin

Posted by Abu Huzaifah On 8:19 AM 4 comments

Gambar di atas sekadar hiasan.
Assalamualaikum wa rahmatullah
Alhamdu liLLahi Rabb al-Alamin.wabihi nasta'in.

Segala puji dan puja selayaknya dan selamanya ke hadrat Ilahi;Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Hari ini Abu Huzaifah sekeluarga rasa amat gembira dan ceria kerana hajat ingin mengadakan majlis kesyukuran sempena khatamnya pengajian kitab Hadith Riadhussolehin yang hamba pimpin setiap pagi (seusai solat Subuh di Madrasah al-Amin, Taman Angkasa Jaya,K.Pilah)termakbul.

Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga hamba rasakan..usaha kerdil yang dimulai pada April 2008 hingga ke detik ini tanpa henti setiap pagi di Madrasah (di taman ,kediaman hamba) sudah menamatkan bacaan dan mengambil intinbat hadith-hadith tersebut sehingga jilid II(hadith yang ke 204).

Kitab yang hamba gunakan ialah ;"Terjemahan dan Huraian Riadhussolehin (edisi jawi ) yang diterbitkan oleh JAKIM.Kitab terjemahan ini mengandungi pengajaran hadith yang huraikan oleh para penterjemah dari kalangan ulama' hadith di Malaysia.Pada pandangan hamba ;kitab ini sangat sesuai digunakan oleh para pendakwah dan orang awam yang ingin mempelajari kitab hadith secara bertalaqqi.Abu Huzaifah tidak pasti ,adakah JAKIM juga terbitkan kitab tersebut dalam edisi rumi.

Usaha hamba kecil sahaja ,asalnya hamba mulakan kuliah Subuh hampir setiap pagi selama 10 hingga 20 minit dengan membaca himpunan Hadith dari sebuah buku "187 Pepatah Sabda Nabi SallaLLahu alahi wa sallam ,tulisan al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qari Hj Salleh (AQHAS)seorang murabbi kami semasa di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu .Selepas mengkhatamkan buku tersebut hamba memilih kitab Riadhussolehin hinggalah ke hari ini sebagai silibus kuliah pagi hamba.

Bilangan yang menjadi mustamik kepada kuliah Abu Huzaifah tidaklah ramai ;hanya boleh dibilang dengan jari tangan .Pada bulan Ramadhan ,pendengarnya adalah satu sof,namun hamba tidak pernah jemu sehinggalah pada hujung Februari lalu kami berjaya menamatkan hadith bab akhir dari jilid 2 iaitu Bab: Menziarahi Orang Yang melakukan Amal Kebaikan;Menghadiri Majlis -majlis Mereka dan Bersahabat dan Mengeratkan hubungan Kasih Sayang dengan Mereka (Ulama').

Secara umumnya bab terakhir dari jilid kedua ini menggalakkan Umat Islam Mendampingi para Ulama dan Para Solehin.Tuntasnya masyarakat hari ini berkecamuk denga pelbagai masalah kehidupan kerana manusia muslim sendiri tidak menjadikan ulama sebagai tempat rujukan dan tidak mendampingi ulama.Sebahagian muslim bukan sahaja tidak mengambil ulama sebagai sahabat mereka bahkan bermusuh dengan para ulama dan solehin.Ulama yang menegur kesilapan mereka dianggap jumud , kolot dan pelbagai label.

gambar di atas sekadar hiasan.

Manakala dipihak ulama' pula , mereka perlu mendampingi pelbagai golongan termasuk para artis supaya mereka tidak terus dalam kelalaian.

Alhamdulillah . Sudah ada seorang artis baru-baru ini menyeru supaya ulama menganjurkan program yang melibatkan artis sendiri dan kemungkinan dailog tersebut akan menyedarkan banyak pihak.Sudah tentu dakwah pada hari ini,perlu kepada pelbagai method dan lokasi bukan sahaja mimbar masjid ;kerana ideologi dan pemikiran jahiliyah sudah menerobos masuk ke setiap rumah tanpa mengira rumah pak lebai atau pemandu lori.

Catatan kali ini,sekadar menyatakan kesyukuran tidak terhingga.Moga usaha yang tidak seberapa ini dapat dikongsi bersama penziarah yang budiman.Hari ini, hamba masih setia meneruskan kuliah setiap pagi dengan menghuraikan hadith dari Jilid ke-III.Semoga cebisan perkongsian ilmu yang sedikit ini menjadi saksi pada Hari Pembalasan sepanjang keberadaan hamba di Kuala Pilah NSDK...Inilah yang mampu kuberi..Ya Rabbi!
Teknik penyampaian dakwah hari ini perlu menggunakan pelbagai method sesuai dengan mad'u dan cabaran kontemporari


Selepas tanggal 26 Mac ini,hamba akan tamat tempoh cuti belajar ; Abu Huzaifah tidak pasti adakah masih boleh meneruskan kuliah pagi di madrasah ini? Selepas tarikh keramat itu ,hamba akan di 'posting'baru ke lokasi baru..bertemu mad'u yang baru..cabaranpun mungkin berbeda ...yang belum pasti lagi tetapi dalam ilmu Allah SWT sudah tentu.Selagi ada kudrat dan motivasi Rabbani insya' Allah akan kuteruskan DAKWAH & TARBIYAH UMMAH.Moga taufiq dan hidayah Yang Maha Mendengar akan doa dan munajat hambaNya mengiringi setiap langkah dan denyut nadi diriku selaku seorang hambaMU.Kepada sahabat-sahabat hamba dan teman ziarah doakan hamba terus thabat dan ISTIQAMAH di jalanNYA.

4 comments:

Mabruk ustaz.... akk bangga sangat.

syukran ala wajib.Berdakwah sementara masih ada kudrat.

Assalamualaikum ustaz. Maafkan ana. Ana ada sedikit promosi tentang sebuah kamus yang dinamakan kamus al-farid. mgkn ustaz dh pernah tgk atau dh ada kamus ni. so,kalau ustaz blum ada,ana nak promote sdkt tntg kamus ni. kamus ni ada 3 bahasa iaitu melayu,arab, inggeris. penulisannya agak unik krn berbeza dr kamus arab yg lain sbb kalau dia dh klasifikasikan perkataan ikut pmbahagian isim, fe'el, sifat dll. krts yg digunakan juga dr krts berkualiti tggi yg licin disertakan warna yg menarik. Harga pasaran yg berpatutan hanya rm50. Mungkin ustaz atau ustazah blh syorkan kpd student2 ustazah ttg kamus ni sbb ia sesuai kpd pljr sekolah mngah. Saya fikir agak rugi kalau tidak dikongsi produk ilmiah yang berkualiti ni. Kalau ustaz nak memiliki kamus ni atau ada rakan ustaz nak buat tempahan, ustaz blh hubungi saya. Terima kasih..