• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, February 22, 2010

Ketika Cinta Bertasbih II temui peminat di Balai Islam,Kota Bharu

Posted by Abu Huzaifah On 9:16 AM 2 comments


Alhamdulillah,wassolatu wassalam 'ala Rasulillah.

Filem yang diadaptasi dari novel 'Ketika Cinta Bertasbih 2' akan menemui peminat sekali lagi di Balai Islam ,Lundang Kota Bharu tanggal 28 Feb nanti.Setelah tayangan yang dihadiri sendiri oleh novelis terkenal 'Ayat-ayat Cinta' Ust Habiburrahman al-Syirazy dua minggu lepas pihak Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi bersama MPKB-BRI ,Yayasan Amal dan Nisa' Kelantan tampil mengelola program hiburan tersebut.Abu Huzaifah mengalu-alukan sesuatu yang baik.Di tengah-tengah kelalaian manusia terutama anak muda dengan menghadiri program -program hiburan sama ada di pesta-pesta 'sure maksiat'dan hiburan melampau dalam realiti TV,hamba mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang berusaha menghidangkan menu hiburan yang halal.

Mungkin sebahagian kandungan filem boleh dikritik dan dikomen oleh para penonton dan pengamat filem ,namun sekurang-kurangnya novelis tersebut dan pengarah filemnya telah meneroka dan kemukakan suatu alternatif hiburan Islami.

Abu Huzaifah bersama pelakon teater Sabri Yunus usai teater MDKT ,lakonan beliau sebagai Kaab bin Malik menguja peminat seni Islami.

Abu Huzaifah tak berkesempatan menonton 'Ketika Cinta Bertasbih 'pada tayangan di bangunan Pusat Dagangan Kelantan (KTC) tempohari dan pada 28 Feb nanti..Apapun kepada peminat-peminat filem hadirilah dan berikan sokongan apatah lagi tayangan tersebut dibuat secara percuma.Jika anda tidak mampu memberi sesuatu ..berilah sokongan moral.

2 comments:

salam ustaz. Khaifa haluka? arju annaka wa usrataka fi sihhatin wa 'afiyatin mubarakatin. hehe.. saja nak buat promosi sikit. kalau ustaz berminat nak tambah koleksi bacaan agama ustaz blh lah hubungi saya. saya ada jual sedikit buku2 agama telaga biru sdn bhd spt krgn ustaz ismail kamus,ustaz zahazan,ustzh siti norbahyah dan sbgnya. kalau ust berminat,ust hubungi sy. skrg ni sy tgh jd ejen/wakil penjual stormreaders,saja nak tambah sedikit pendapatan untuk membiayai pelajaran.

Syukran jazilan kerana ziarah blog abu huzaifah.Insya Allah bila ust ke UKM,ust akan hubungi anta untuk dapatkan buku tersebut.Ila liqa'