• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, March 2, 2010

KERJAYA SEBAGAI DOKTOR DAN JURUTERA SERTA PELUANG UNTUK BERDAKWAH

Posted by Abu Huzaifah On 8:21 PM No comments


Anak-anak remaja perlu dibimbing agar tidak tersasar arahtuju hidup sebagai 
khalifah Allah (gambar sekadar hiasan)

Hujung minggu terakhir bulan Februari adalah tiga hari yang amat sibuk bagi Abu Huzaifah dengan tugas sebagai daie .Dalam tempoh seminggu juga ketiga-tiga anakanda hamba demam. Seawal pagi, hari cuti Maulidurrasul SAW 12 Rabiul Awwal 1431H , Jumaat yang penuh berkat hamba keluar dari bayt al-Mawaddah ke SM Sains Tuanku Jaafar memenuhi jemputan sebagi panelis forum sempena Maulidurrasul berganding dengan Ust.Azrul Azlan dengan menghuraikan topik “ Kekasih Awal dan Akhir ”. Pada hari yang sama ,seorang sahabat memohon hamba ke Gemencheh untuk majlis solat hajat (selepas solat maghrib) dalam usaha untuk ‘memulihkan’ sebuah pusat pengajian yang menghadapi ‘gangguan’ sejak akhir-akhir ini. Abu Huzaifah terpaksa menolak jemputan kerana perlu membuat sedikit persediaan untuk dua program di Seremban pada pagi hari Sabtu.

Pihak penganjur yang merupakan seorang sahabat , melamar Abu Huzaifah untuk berkongsi ilmu dalam kuliah subuh di Kolej Mara Seremban.Maudhuk yang diberi ialah Fiqh Musafir. Penggunaan istilah Fiqh Musafir @ Fiqh Travel jarang digunakan dalam percakapan biasa…apa lagi Abu Huzaifah  menggunakan kemudahan ruang maya lalu terbitlah dihujung jari beberapa entri yang dikendaki…mudah sahaja tetapi kurang masa pula untuk bersengkang mata menelaah sebelum memberi . Sebahagian isi berkait dengan musafir ialah tentang solat jamak dan qasar …namun anggapan hamba pelajar –pelajar hari ini sebahagiannya sudah mengetahui perkara-perkara yang biasa ; bagaimana hendak mengaplikasi solat jamak dan qasar.

Masa yang diperuntukkan pihak penganjur kurang dari sejam untuk hamba menghidangkan menu pagi itu...apalah sangat yang boleh diberi dalam ruang waktu yang terhad.Namun hamba berusaha untuk menyampaikan sesuatu yang lebih penting dari persolan jamak dan qasar semata-mata .Solat adalah tiang agama..tidak ada kompromi untuk meninggalkannya, tuntutan paling asas dalam hal beribadah yang merupakan wasilah utama komunikasi hamba dengan Tuhan Maha Pencipta. Bukankah Allah Azza wa Jalla telah berfirman: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya.(surah al-Nisa'; 103)

Peluang kuliah pagi itu Abu Huzaifah  lontarkan dengan mengupas tujuan para pendengar di hadapan hamba bahawa niat musafir itu perlu diluruskan sebelum anda berangkat ke luar negara. Di hadapan hamba pada dinihari itu adalah kumpulan anak-anak remaja yang akan melanjutkan pengajian mereka ke luar negara beberapa bulan akan datang. Sebahagian pelajar mungkin nawaitu mereka , apabila mendapat tawaran tersebut semata-mata untuk belajar dan belajar..pulang dengan segulung ijazah dan memperolehi gelar tertentu. Kembali ke tanah air untuk bekerja dalam profesion tertentu dengan pendapatan empat atau lima angka. Bila sudah berkerjaya , ingin pula berumahtangga dan mempunyai zuriat, rumah dan kereta. Hidup dalam suasana masing-masing sibuk untuk memenuhi tuntutan duniawi..hari minggu jika berpeluang bersama isteri dan anak-anak bersiar-siar atau mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya dengan ‘on call’ dan 'over time'nya..

Persoalannya adakah itu pengisian hidup kita sebagai seorang HAMBA.?? ? Alangkah ruginya usia muda seseorang jika tidak diisi dengan gerak bakti , amal kebajikan apatah lagi menggerakkan dakwah ke seluruh alam jagat tanpa mengira warna kulit dan sempadan sebagai mad’u kita.

Maka, hamba cuba luruskan niat adik-adik audien pada pagi tersebut ; bahawa kalian perlu lebarkan matlamat belajar , apatah lagi peluang menimba ilmu di luar negara bukan diperolehi oleh semua anak Malaysia . Kita jangan menyempitkan tujuan musafir menunut ilmu semata-mata hasilnya nanti beroleh kerjaya dan habuan dunia.Sebagai daie’,  hamba mengingatkan bahawa alangkah besarnya jiwa siswa –siswi Muslim jika niat belajar itu adalah suatu kefahaman tuntutan fardu kifayah dan melalui displin ilmu yang saudara pelajari sebenarnya peluang untuk berbakti, berdakwah dan merawat hati manusia yang bukan sahaja sakit fizikalnya bahkan sebahagiannya jiwa mereka juga sakit , lemah dan memerlukan perhatian .

Hal ini hamba bangkitkan hal ini  kerana dunia hari ini sudah melalui banyak kemusnahan. Sama ada kemusnhan yang berlaku kepada penghuni dunia sendiri dengan berbagai penyakit sosial dan perbalahan sesama bani insan . Berita pembunuhan berlaku di mana-mana sahaja sama ada di kota atau di desa.Jenayah zina bukan sahaja berlaku dikalangan anak-anak orang yang jahil agama bahkan hampir setiap kampung dan taman perumahan ada sahaja anak luar nikah.

Maka , semasa minda mustamik masih segar seusai solat Subuh dan Qiamullail dinihari tadi ; Abu Huzaifah lontarkan pandangan kepada bakal doktor dan engineer yang ada didepan mata ; sebenarnya kalian berpeluang meraih pahala sebesar yang anda usaha . Bagaimana jalan dan metodenya?

Dunia hari ini banyak ditimpa bencana; gempa bumi, thunami ,tanah runtuh ,kebakaran hutan ,banjir dan berbagai malapetaka yang puncanya kerana kerakusan manusia .Firman Allah swt : Telah zahir berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia;timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan yang buruk yang mereka telah lakukan...(surah al-Rum:41)

Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini menuntut kesedaran sukarelawan muslim prihatin untuk membantu mangsa-mangsa trauma ,cedera parah dan sebagainya. Pada masa tersebut , rasionalnya pasukan perubatan lebih diperlukan untuk membantu pesakit dari seorang agamawan yang mahir berpidato atau berhujjah.Sang jurutera berkemampuan untuk memikirkan bagaimana memulihkan bekalan air yang diperlukan untuk kegunaan pada waktu terdesak termasuk untuk berwudhuk.

Menziarahi pesakit bukan sekadar bertanya khabar;malah ia peluang untuk mengajak manusia 
mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Nah! Bukankah ini peluang untuk para doktor berbakti,menyantuni mangsa dan pada masa tersebut dalam keadaan kelam kabut iman seseorang mangsa mungkin tergugat dek kehilangan orang tersayang atau rumah kediaman mereka lenyap sekelip mata .Sewaktu itu ,tentunya para doktor bukan sahaja perlu merawat sakit mereka ,bahkan hati dan jiwa mereka yang lemah wajar dibisikkan dengan kesediaan mereka menerima qada’dan qadar Allah.Aqidah tauhid perlu diperkukuhkan .Mangsa perlu yakin bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku mengandungi hikmah yang tersembunyi..REDHA dengan ketetapan Ilahi..Disinilah peluang kalian untuk berdakwah ,menyantuni golongan muslim dan non muslim .Tuntutan dakwah menuntut kepada persediaan diri sebagai muslim mukmin yang bertaqwa.

Pelikkah jika doktor atau jurutera terlibat dalam berdakwah? Cukuplah kita mengambil pengajaran dari kes yang berlaku di Afganistan.Bukankah beberapa tahun dahulu pihak Taliban telah menangkap beberapa orang paderi dari Korea yang datang untuk membantu mangsa bencana..kadang-kadang mereka datang memang di atas label pasukan kemanusiaan, namun adakah kita tidak curiga ada hadaf  lain untuk memurtadkan umat Islam ketika mereka dalam kesusahan dan kesulitan.Fikir-fikirkan apakah ada udang di sebalik mee ?

Catatan ini bukan untuk menidakkan peranan para asatizah dalam dakwah. Apa yang perlu ditazkirahkan ialah dakwah adalah tugas semua muslim . Rebutlah peluang kerana kerjaya sebagai daie sungguh mulia sebagaiman firman Yang Maha Esa: Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menyeru ke jalan Allah . (surah Fussilat : 33).

Dua puluh minit lagi berbaki,hamba meneruskan kuliah pagi tersebut dengan menyentuh hal-hal berkaitan dengan kefarduan solat, bagaimana menunaikan solat dalam waktu yang terdesak kerana menghadapi peperiksaan terutama di negara-negara yang mengalami musim sejuk ;waktu siangnya pendek; bagaimana menunaikan solat bagi seorang doctor yang sedang membuat pembedahan yang memerlukan masa antara 6-8 jam , sedangkan keselamatan pesakit perlu diberi keutamaan..semua itu memerlukan pandangan fiqh yang tidak terikat dengan satu mazhab..

Alhamdulillah,dalam masa yang singkat…hamba merasakan mesej yang hendak diberi terungkap.Kalian adalah insan-insan pelajar terpilih untuk menimba ilmu di rantauan sebagaimana hamba mengalaminya enam belas tahun lalu.Manfaatkan peluang dan nikmat yang Allah dikurniakan.

Abu Huzaifah memandu bersendirian kembali menuju ke rumah sahabatku ; Ust Wan Rozuha di Taman Sri Penaga ,Sikamat dan minda ligat berfikir apa pula yang hendak kubicarakan pukul 10 pagi nanti dengan topik “Bait Muslim dari Persektif Islam” juga di Seremban.

Ahh! Pandai-pandailah bukan payah sangatpun…dah lama jadi suami,abi dan….Kusinggah beli nasi lemak sebentar untuk zaujati ,anak-anak dan tuan rumah kubertamu .Terima kasih Ust Wan Rozuha kerana menyediakan bilik tetamu untuk hamba sekeluarga bermalam menunggu terbit fajar. Jazakumullahu khairal jaza’ kepada habibati dan anak-anak yang terpaksa mengikut abinya ke hulu ke hilir . Apa boleh buat abi dan ummi menjadi panelis bersama program pagi itu…undangan perlu dipenuhi . Kesian Huzaifah masih demam tetapi setia mendengar pengalaman hidup abinya…tentunya dia tidak mengerti apa yang kubicarakan..Doaku ..wahai cahayamata abi dan ummi; Aisyah, Asmaa’,Huzaifah , Imaan dan Ilham Sumayyah ;Moga kalian menjadi ilmuan ‘Amilin meneruskan tugas Dakwah Islamiyah …sesungguhnya tugas dakwah amat mulia; ia kerja para anbia alaihimussalam.

dar al-Mawaddah
Kuala Pilah

0 comments: