• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, February 8, 2010

Blog;bicara seorang hamba sebagai penghubung silaturrahim

Posted by Abu Huzaifah On 9:13 AM 3 comments

Mei 1994 ;di sini persahabatan bermula.IKIP mempertemukan kami,suka duka berada di bumi Anbia dan pengalaman menimba ilmu mendewasa dan mematangkan khirijin Urdun buat bekalan menghadapi hari muka.Ilmu ditimba ukhuwwah dibina... bersama guru Bahasa Arab ;Puan Maha Mubaidhin dan sahabat sekelas ketika di Markaz Lughah,Universiti Aal-Bayt
bersama sahabat seperjuangan dalam Mukhayyam 1996 di Petra ,Jordan

Bismillah,wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah,wa ba'dh..

Tengahari Jumaat 4 Feb lalu Abu Huzaifah menerima sms daripada seorang sahabat lama semasa belajar di Jordan dan KPLI (MPI,Bangi) ; “..terkejut juga dapat mesej dari anta.Camne dapat nombor ana? Ana baru buka blog anta…bergenang air mata tengok muka sahabat-sahabat yang dah bertahun terpisah.Moga Allah menemukan kita…

Alhamdulillah ! Tak sia-sia Abu Huzaifah mempunyai blog peribadi.Sedikit masa lalu ada sahabat hamba tak bersetuju menyibukkan diri dengan blog atau laman sesawang, alasannya masa kita akan terbuang di hadapan komputer..Namun pada hamba tak salah jika kita melapangkan masa menulis dalam blog asalkan jangan jadikan hidup dan aktiviti kita tergendala kerana ber'blog'.Apatah lagi jika bahan yang dihidangkan dalam entri atau catatan bloggers berkenaan bertujuan untuk dakwah dan islah,tentu tulisan tersebut membuahkan pahala kepada penulis dan pembacanya.

Kenangan ;jalan-jalan ke Ajloun menikmati suasana musim sejuk di Jordan lewat 1994

Sebagaimana yang hamba hajati, laman blog "http://bicara-hamba.blogspot.com ” menjadi penghubung dan penyambung silaturrahmi antara Abu Huzaifah dan sahabat-sahabat seperjuangan ketika di bumi Anbia; Jordan dan sahabat-sahabat yang hamba kenali sesudah menempuh alam kerjaya sebagai murabbi.Demikian juga anak-anak didik Abu Huzaifah yang berada di IPT dan dunia mahasiswa ,jika berkelapangan sudi-sudilah berbicara di alam maya ini.

Sesungguhnya sahabat adalah individu penting dalam kehidupan seseorang muslim .Sahabat dan nilai persahabatan memberi kesan kepada kematangan individu kerana melalui persahabatan itu akan mencorak pemikiran; tindakan dan sikap seseorang.Pendek kata seseorang boleh menjadi insan yang baik ,soleh dan muslih kerana faktor pergaulan seharian .Manusia juga boleh menjadi jahat dan perosak dalam masyarakat kerana salah memilih sahabat.Tuntasnya memiliki sahabat yang soleh bukan setakat membahagiakan kita di dunia tetapi biarlah persahabatan setiap kita membawa ke SYURGA ALLAH.

Dalam membicara maudhuk persahabatan marilah sama-sama kita mengambil pengajaran dari dua hadith Nabi SAW. Daripada Abu Said al-Khudri R.A ,daripada Nabi SAW: sabdanya : Jangan kamu bersahabat rapat dengan seseorang melainkan dengan orang yang beriman dan tidak boleh makan makanan engkau melainkan orang yang bertaqwa (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Sabda Nabi SAW dalam hadith yang lain: Seseorang itu(kebiasaannya terpengaruh)dengan agama kawannya.Oleh itu hendaklah setiap orang melihat (meneliti)akan orang yang hendak dijadikan kawan.(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam kesempatan ini selaut penghargaan terima kasih kepada sahabat-sahabat ziarah yang sering mengunjungi blog yang seadanya .Jazakumullahu khairan kepada pelajar-pelajar ustaz yang masih setia bertanya khabar melalui sms seperti Norhafaizah,Syauki , Hasyimah dan tak lupa Aqmal Khan (KUIS) yang kerap merujuk kemusykilan maddah Bahasa Arab kepada guru kalian.BaarakALLAHU fiikum…
dalam satu majlis idul Fitri para khirrijin Jordan 2005 di Ansar Garden KB.

Us.Harme,Ust Malek dan Us.Wazi dalam liqa' Idul adha di rumah Abu Huzaifah pada 2008 yang lalu.Gracias!..kepada sahabat Al-Bayt.

Buat tatapan sahabat2 seuniversiti semasa di bumi Isra’ (Jami’ah Al-Bayt), Mafraq…hamba hidangkan beberapa potret kehidupan ketika kita bermukim di tanah gersang yang menjadi medan membina kematangan diri..Moga ukhuwah yang terjalin akan terus disiram dan dibajai biarpun usia kita semakin meninggalkan zikrayaat yang hari ini sudah mencecah lebih sedekad lalu.

Ya Allah!Satukan hati-hati kami dalam usaha-usaha menegakkan agamaMu di watan Malaysia ini. Tautkan qalbu kami dengan benang-benang ukhuwah Islamiyah .Kami bertemu dan berpisah keranaMu.Kami menyayangi dan mencintai sahabat-sahabat kami semata-mata mengejar REDAMU.Amiin Ya Rabb al-'Alamiin.

Akhir kalam ,terima kasih Ustaz Bukhari….andai berkesempatan hamba seusrah akan ziarahi akhi di Temerloh,Pahang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu nanti.Doakan pertemuan ….

3 comments:

syukran juga ustaz, Anah n anak2 yang comel2 kerana sudi bertamu ke rumah k icah tempohari.Fursah Saiedah jiddan Singgahlah lagi bila kelapangan. Nak pergi mana-manapun di pantai timur pasti lalu gombak.

Alhamdulillah.Terima kasih kepada Kak Icah sekeluarga kerana sudi menerima kami sbg tetamu.Jom datang pula ke K.Pilah.
Pasal balik Kelantan ,kami lalu ikut Bera-Temerloh..agaknya itu lebih dekat.Syukran diatas kesudian ziarah blog Abu Huzaifah

ya salaam,,,

akhina allazi yalbasu thaubul azraq jamilun jiddan wa cute