• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Sunday, December 20, 2009

Kunjungilah Masjid Beijing di Rantau Panjang sebagai destinasi rehlah anda

Posted by Abu Huzaifah On 6:18 PM 1 comment


Gambar ini dirakam seusai solat Zohor ,30 Nov 2009.Pemandangan masjid dari arah kiri kiblat.



Assalamu 'alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah dengan izin dan inayahNya pada penghujung November lalu,Abu Huzaifah telah mengiringi satu rombongan lawatan dari Kuala Pilah,Negeri Sembilan ke Rantau Panjang .Rombongan tersebut sebahagian besarnya disertai oleh ahli-ahli jamaah Madrasah Yam Tuan Beringin, Seri Menanti Kuala Pilah NSDK.(tempat kuliah dwi mingguan hamba ) Di antara destinasi yang kami lawati ialah Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan.Untuk tatapan para sahabat ziarah, Abu Huzaifah sempat singgah solat zohor di Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Kepada warga Darulnaim yang belum lagi menziarahi masjid ini..haa silalah ziarah dan ambil peluang untuk beriktikaf kalau sahabat pergi ke Pasir Mas atau Rantau Panjang.Demikian juga kepada para pelancong yang berkunjung ke Kelantan..jangan lupa untuk ke sana.Lokasinya sangat hampir dengan Pekan Rantau Panjang…

sekiranya sahabat melalui Jalan Kuala Krai,singgahlah di Masjid Kampung Laut;terletak berhadapan dengan Akademi Islam Univ.Malaya,cawangan Nilam Puri.Masjid ini mempunyai sejarah tersendiri ; dibina pada awalnya tanpa menggunakan paku.Binaan masjid ini ,sama dengan Masjid Demak di Indonesia.


Sesiapa sahaja yang melihat sendiri binaan masjid ini , mereka akan teruja dan pastinya Masjid Beijing atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ini lain dari yang lain.Masjid ini dibina mengikut seni bina budaya Cina …Sila lihat foto-foto yang sempat hamba rakamkan.

Jika kita mengamati senibina masjid-masjid di dunia kita akan meyakini bahawa Islam bukannya milik orang Melayu, Arab atau Parsi tetapi Islam adalah agama dan anutan untuk semua umat manusia tanpa menghadkan bangsa,bahasa dan warna kulit.Inilah kehebatan Allah swt yang menjadikan ajaran Islam rahmat untuk semua.Fikir-fikirkan...

1 comments:

laman separuh rasmi (dibuatnya sendiri oleh anak rantau panjang)untuk masjid ialah http://masjidbeijingjubliperak.blogspot.com sila ustaz klik masuk,disini ada aktiviti masjid disiarkan
terima kasih diatas keperihatinan ustaz
salam