• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Sunday, December 13, 2009

USTAZ ARMAN RUSOFF (BEKAS PELAJAR JAMI'AH URDUNIYAH )KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted by Abu Huzaifah On 7:35 AM 5 comments


Abu Huzaifah bersama sahabat-sahabat senior semasa menghadiri majlis berbuka puasa alumni Jordan ,tahun 1429H di Sekolah Menengah ILMI Ampang.

Bersama sahabat2 lepasan Universiti al-Bayt ,Jordan - Ukhuwah yang terbina selama lebih lima tahun di Dataran Syam tetap utuh,biarpun medan perjuangan kita terpisah dek sempadan negeri dan daerah.Hadaf perjuangan kita masih kukuh memasak bumi Malaysia.Bergerak dalam medan tarbiyah...

Segala puji dan puja hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW Junjungan mulia, ahli keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Sesungguhnya saat kelahiran,jodoh , ajal dan rezeki manusia adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.Manusia sehebat manapun ilmu dan pengalamannya hanya mampu merancang, tetapi sesuatu ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Dua hari lepas,tentunya mengejutkan ramai sahabat para khirrijin dan khirrijat Jordan era 90-an dengan berita kematian Ust Arman Rusoff yang bertugas di Jabatan Penuntut Malaysia,Amman Jordan.Abu Huzaifah sendiri telah menerima berita saat beliau sakit tenat (dan dikatakan koma)dari Ust Hazman Hasyim (khirrij U.al-Bayt )yang pernah sama-sama menuntut di SMUA Syamsul Maarif ,Pulai Condong dengan Allahyarham ) yang kini bertugas sebagai imam masjid di Kuala Lumpur.Hamba menerima berita Allahyarham sakit pada malam 9 Dis melalui sms dari Ust.Hazman.Walaupun masa itu baru pukul 9.35 malam ,hamba telah terlelap dek keletihan pada siang hari tadi.

Pada detik itu,hamba merasakan sesuatu yang ...apabila mengingatkan sudah ramai sahabat sepengajian di Jordan/Mafraq telah menemui Rabbnya dalam usia yang muda.Berita-berita sedemikian seringkali hamba mengingat ummu Huzaifah dan diri sendiri bahawa 'ramainya' orang-orang yang baik dijemput Allah Taala ke alam barzakh dalam usia mereka sedang giat berdakwah dan mentarbiyah manusia mengikut waqi' dan lokasi masing-masing.

Dan ,saat dinihari jam 5.00 pagi dua hari berikutnya,sekali lagi hamba menerima sms dari Ust Fazdi Haarun memaklumkan bahawa Ust Arman telah menemui ajal pada 8.30 malam tadi.Oh..begitu cepat masa berlalu ..seorang lagi graduan Jordan meninggalkan alam fana ini dalam usia perjuangan seorang syabab berbekalkan tarbiyah di Bumi Syam bertuah.

Sekadar memaklumkan kepada para sahabat ziarah dan sahabat2 se Jordan ,antara khirrijin dari Jordan yang telah mendahului kita semua menemui Rabbul Jalil ialah:
Ust Jamnul Azmin Mulkan(J.Mu'tah)Ust.Karim Muhamad(J.Mu'tah)Ust Hasfalaili (J.al-Bayt) Ust Fauzi al-Hafiz(J.al-Bayt) Ust Azamiruddin Awang (J.Al-Bayt)Ust Hafiz Kamil(al-Bayt).

Sekadar menyebut beberapa nama, hakikatnya terdapat lagi sahabat -sahabat hamba yang kembali ke rahmatullah dalam usia yang muda dengan meninggalkan anak-anak yang masih kecil.Namun demikianlah ajal dan pertemuan adalah kuasa Tuhan Yang Maha Bijaksana.Darinya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali apabila tiba saat dan detiknya.

Bagi Abu Huzaifah ,kali terakhir hamba bertemu Ust Arman ketika hamba ke Putrajaya lewat Oktober 2007 .Hamba bersama seorang sahabat (Ust Bukhari)sahabat sekerja di SMKA Miri ke JAPIM Putrajaya atas urusan mendapatkan keputusan mohon pindah.Tanpa dirancang kami sempat bertemu Allahyarham dihadapan kaunter JAPIM, hamba dan ust Bukhari berbual-bual seketika tentang hal-hal pindah sekolah.Perbualan kami hampir mengambil masa setengah jam ,pada masa tersebut Ust Arman masih bertugas sebagai pegawai yang bertanggungjawab terhadap progran J-QAF di peringkat pusat.

Tanpa mendapat sesuatu yang positif dari perbualan tadi,hamba dan ust Bukhari menemui pegawai lain yang berkaitan urusan perpindahan guru.Itulah kali terakhir Abu Huzaifah bertemu mata dan berbicara dengan Ust .Arman .Beliau adalah senior hamba di Jordan.Jarak yang jauh antara Amman dan Mafraq (kawasan terletaknya Jami'ah al-Bayt) tidak merapatkan hubungan Abu Huzaifah dengan beliau.Lagipun ketika penempatan awal kami di Jordan,hamba ditauzikkan di Suwaileh di rumah Ust Azhar Yaakob(dikenali sebagai JKR 10).Sedangkan Allahyarham Ust Arman tinggal di Abu Nusair..dan Abu Nusair jarang sangat hamba ziarahi,seingat hamba rumah yang pernah dikunjungi; rumah ust Zaini Sulaiman .

Namun pada tahun 2001 ,Abu Huzaifah bersama Ust Wan Muhammad ( mantan YDP KPKM Mesir)Ust Ainon Wazir,Ust Kartini dihantar oleh MPI Bangi ke Maahad Hamidiah Kajang untuk latihan praktikum.Disitulah saya mengenali hati budi beliau dalam tempoh 12 minggu.Allahyarham sentiasa memberi kepercayaan kepada kami berempat untuk melaksanakan program bahasa Arab, aktiviti BADAR dan sebagainya.Antara kenangan manis di Maahad Hamidiah yang masih terpahat ,kami sempat mengadakan Ayyam al-Arabiyyah dan Kem Remaja Muslim (KRIS).Sijil penghargaan dari pihak sekolah masih terselit dalam fail hamba ,tanda kenangan bermakna sepanjang di Maahad Hamidiah.

Musyrif kami, Ust Zawadi Che Seman boleh dikatakan sentiasa ceria apabila bertemu Ust Arman biarpun kadang-kadang kerja(buku Rancangan P&P) yang perlu hamba lunaskan ...Telahan hamba mungkin hubungan Allahyarham dengan ust Zawadi sudah lama terjalin melalui program usrah & tarbiyah dan sebagainya semasa dibumi Jordan .Inilah catatan yang boleh hamba kongsi bersama dalam memori ringkas yang masih segar dalam minda ingatan.Terima kasih kepada zaujah ust Arman kerana menerima hamba dan sahabat praktikal 2001 yang pernah menikmati hidangan tengahari sebagai tetamu baru.Takziah kepada keluarga Allahyarham ,zaujahnya dan anak-anak beliau .Bersabar dan redhalah di atas ketentuan Ilahi.Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu anhu..Semoga Allahyarham ditempatkan di SyurgaNYA..Amiin

5 comments:

moga roh allahyarham sentiasa dirahmatiNya. Amin. kita bila lgi ? bersedialah untk hari esoknya...

Semoga kita diambil nyawa dalam keadaan berjihad menegakkan agamaNya.Allahumma ahyiina bil imaan wa amitna bil imaan...

innalillah..kita akn kembali pd NYA jua
slm maal hijrah
doakn ana utk berubah
moga2 kt mati disaat merasai manisnya iman
doakn anak didikmu ya ustaz

akum akh... jumpa di arena maya ini.. ceria nampak enta nie.. anak brp org dah? yusry tawau- al bayt

Alhamdulillah.Ana bikhair ya akhi.Anak dah lima orang ,empat puteri seorang putera .Terima kasih kerana ziarahi blog hamba yang tak seberapa ini.