• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN; BULAN BERPUASA , BUKAN BULAN BERPUAS

Posted by Abu Huzaifah On 1:47 AM No comments


Abu Huzaifah seusrah mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH dalam bulan yang penuh rahmat dan maghfirah dari Allah Azza wa Jalla kepada semua tetamu blog 'BICARA SEORANG HAMBA'. Semoga Ramadhan kali ini kita semua dapat meningkatkan lagi amalan-amalan terpuji dan jauhi amalan dan perbuatan sia-sia.

Marilah kita sama-sama  BERPUASA, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi turut sama mengajak mata,telinga, tangan dan kaki kita berpuasa dari melakukan perkara mungkar dan maksiat. Ingat! Syaitan sudah dibelenggu...tetapi nafsu masih gagah  jika tidak ditarbiyah dengan mujahadah kita sendiri.JANGAN JADIKAN  bulan yang mulia ini untuk kita berpuas-puas dengan makanan yang mewah ketika berbuka. Bulan ini sewajarnya masa untuk melunturkan nafsu makan dan minum.Bukannya bulan bajet kita bertambah-tambah dengan pelbagai menu makanan dan minuman. Jauh sekali dari bulan pembaziran.

Ramadhan Kareem untuk semua. Abu Huzaifah memohon maaf kepada sahabat-sahabat dan anak didik yang saya tidak sempat membalas ucapan saudara-saudari dari pesanan ringkas (sms) tuan/puan.

0 comments: