ِAlhamdulillah, puji-pujian selayaknya kepada Allah swt.Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad saw, para sahabat baginda dan seluruh para pejuang Islam yang sentiasa ikhlas dan istiqamah pada jalanNya.
Alhamdulillah hari ini genaplah 15 hari Ahmad Ayyash Al-Saa'dy lahir ke alam dunia. Putera kedua kami, cahayamata ke enam usrah Abu Huzaifah. Kesyukuran tidak terhingga kami rafakkan kepada Ilahi diatas ni'matNya yang tidak putus-putus..Alhamdulillah selepas dua minggu Ummu Huzaifah dapat bertukar ke Terengganu ... kami mendapat ahli usrah baru...segala-galanya berlaku dengan selamat. Kelahiran cahayamata yang baharu ini mudah-mudahan menambahkan seri usrah 'Dar al-Mawaddah'.
Jazakumullah khayra kathira kepada semua sahabat dan anak-anak murid kami yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan. Moga Allah melebarkan rahmat dan maghfirahNya kepada seluruh umat Islam.
Kepada anakanda Ahmad Ayyash puteraku ... semoga namamu harum semerbak seharum nama Yahya Ayyash ; mujahid Palestin yang nyawanya diwakafkan untuk perjuangan agama Allah. Semoga Ayyash membesar dengan tarbiyyah Islamiyyah dan bakal pewaris ulama masa hadapan. Amin Ya Rabb al-'Alamiin.
0 comments:
Post a Comment