• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, April 26, 2011

Tidak tergamak beri ruang anak-anak menatap akhbar 'arus perdana'

Posted by Abu Huzaifah On 8:32 PM 4 comments

Sudah beberapa tahun saya hilang minat untuk membeli akhbar-akhbar yang dikatakan ‘akhbar arus perdana’ pada sesetengah orang . Menurut laporan oleh National Union of Journalists Malaysia (NUJ MALAYSIA) pada tahun 2009, kesatuan itu  merasa bimbang dengan kejatuhan edaran-edaran akhbar arus perdana  terutama akhbar Utusan Malaysia  dan beberapa  akhbar yang sering dibeli dan ditatap  oleh rakyat Malaysia.

Saya sendiri sudah lama tidak membeli akhbar-akhbar ‘arus perdana’ kerana beranggapan nilai berita yang kurang kredibiliti, kebenaran yang boleh dipertikai, ruang hiburan yang lebih kepada sensasi dan gambar artis yang seksi. Selain itu terdapat  akhbar yang seolah-olah sengaja meletakkan gambar artis berpakaian seksi dimuka hadapan sebagai daya penarik kepada pembeli dan pembaca.

Sebagai seorang bapa yang ingin melihat anak-anak membesar dalam acuan Islami ; berbudi bahasa (sebagaimana kempen kerajaan Malaysia) dan  luhur pekertinya maka seboleh-bolehnya  kita tidak mahu anak-anak disogokkan dengan perkataan seperti seks bebas, seks or**, liwat , ma**, ‘foto bogel goda suami orang’, siswi terlampau, parti siswi seksi (dihalaman depan akhbar)  dan lain-lain perkataan yang sangat nadir bagi anak-anak kita seusia 6 hingga 12 tahun. 

Satu ketika dahulu, anak-anak remaja belasan tahun mungkin tidak tahu apa makna liwat. Bahkan satu cerita di Besut Terengganu pada ketika kes pemecatan  DSAI sedang hangat ; seorang makcik kehairanan apabila DSAI dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana perbuatan ‘lewat’  ke tempat kerja. Ini mungkin satu lawak jenaka tetapi jika betulpun bermakna makcik itu tidak tahu kalimah liwat mungkin kerana terlalu jarang digunakan dalam perbualan harian.

Namun hari ini, saya sebagai rakyat Malaysia yang menerima baik ‘kempen budi bahasa budaya kita’ dukacita dan sangat kecewa apabila perkataan-perkataan lucah kerap kali memenuhi tajuk depan akhbar. Akhir-akhir ini pula, bukan setakat perkataan bahkan gambar-gambar porno berkait dengan tokoh pembangkang terpampang didada-dada akhbar (sama ada dengan apa niat sekalipun). Apakah itu cara untuk menghukum seseorang yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah? Saya bukan ahli keluarga DSAI atau ahli parti beliau, namun apa yang lebih penting adakah wajar (kiranya ketua  pengarang masih waras)  gambar-gambar aksi lucah itu dipaparkan di akhbar yang dibaca oleh pelbagai khalayak tanpa mengira usia dan ‘akhbar arus perdana’ tersebut dilanggan oleh perpustakaan sekolah dan institusi-institusi pendidikan.

Sekali sekala ketika singgah di restoran dan kedai makan, sementara menunggu hidangan saya menjamah akhbar-akhbar yang ada diatas meja. Apa yang mengejutkan saya apabila melihat akhbar-akhbar arus perdana termasuk KOSMO dan METRO tanpa segan silu memaparkan gambar-gambar porno, apatah lagi diberi ruang pada halaman-halaman awal. Atas apa nawaitu sekalipun adakah wajar gambar-gambar demikian ditatap oleh hampir kebanyakan rakyat termasuk kanak-kanak dan remaja?

Semasa itu secara spontan, dengan rasa kesal terhadap  kandungan akhbar tersebut, saya tidak tergamak untuk membenarkan anak-anak membelek dan membacanya. Dalam minda saya hanya satu, tidak mahu anak-anak yang baru ingin mengenal alam pendidikan dan masih bertatih di sekolah rendah dihidang dan disuapkan dengan berita dan gambar-gambar lucah yang mengkelabukan akal dan otak mereka dengan unsur-unsur kelucahan yang disengajakan.

Akhirnya saya mengajak para ulama, pendidik, sasterawan  dan  cendekiawan Malaysia  menyeru rakyat agar kembali kepada nilai-nilai hidup mengikut acuan Islam dan tatasusila kesopanan. Kepada para mufti di ketiga-tiga belas negeri bangunlah bangkit menegur sikap sesetengah wartawan dan pihak editorial yang semakin hilang punca dan hanyut dalam sungai fitnah akhir zaman.

4 comments:

Benar ustaz ..ana pun tak bawa paper masuk rumah dah lama..semalam sempat bermesyuarat bersama dr razak pres Abim dan Puan Siti fatimah IKIM dalam wacana kolokium Tokoh Belia Islam ...kini media cteak dah hancuss yang ada peranan media baru ..jom semarak dunia media baru..

jazakallahu khairaljaza' ya akhi..atas pandangan.Ya..Dr.Yusof al-Qardawi menyatakan mggunakan media internet sbg medium dakwah penulisan adalah termasuk salahsatu cara JIHAD

skrg ni akhbar perdana mahupun tv dah kena letak utk 18sx. zaman kita kecik2 dulu x terlintas lgsg perkataan2 mcm tu. hurmm...

Ahlan wasahlan ke blog hamba.Syukran atas komen..