• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Friday, December 10, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Posted by Abu Huzaifah On 1:16 AM No comments



Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, segala puji dan puja selayaknya kepada Allah Azza Wajalla Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan rahmat dan anugerahNya kita masih bernafas dan menghirup udara Allah, memasuki gerbang tahun baru hijri 1432. Dengan melangkah ke tahun baru bererti  usia kita bermukim di dunia fana ini makin bertambah dan dalam masa yang sama jarak masa untuk kita mengadap Rabbul Jalil semakin dekat. Beruntunglah kepada setiap hamba yang sedar akan kesempatan yang Allah beri untuk menambahkan amal bakti, dan kerugian pula kepada golongan manusia yang semakin dimamah usia amalan dan akhlaknya
makin jauh dari petunjuk Ilahi.

Pada kesempatan ini Abu Huzaifah mengucapkan salam tahun baru kepada semua sahabat dan kenalan, semoga Allah memberkati setiap amalan, gerak kerja dan tindakan kita agar sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah.Amin Ya Rabb al-’Alamin.

Kuliah di Masjid Muhammadi Kota Bharu

Dengan kehendakNya, tanpa disangka detik 1 Muharram 1432H adalah hari bersejarah buat Abu Huzaifah. Apa tidaknya, pada petang tersebut hamba mendapat jemputan untuk menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Muhammadi Kota Bharu (masjid negeri) bagi menggantikan seorang ustaz yang tidak dapat hadir. Bagaikan tidak percaya ....setengah jam sebelum Maghrib, Abu Huzaifah meluncur laju dalam hujan renyai-renyai  menuju masjid yang penuh dengan catatan sejarah ulama’ tersohor bumi Serambi Makah iaitu Tok Kenali. Maka pada malam itu, dihadapan hampir 100 orang jemaah dibahagian muslimin Abu Huzaifah  mengupas maudhuk ; ”Mengingati Mati Sebagai Motivasi Diri” ... tepat jam 8.15 minit malam hamba menutup bicara. Sejarah diri tercatat bagi Abu Huzaifah memulakan hari pertama 1432H dengan berkongsi isi kuliah bersama jemaah setia Masjid Muhammadi...moga ianya muqaddimah yang baik. Sesungguhnya tazkirah dan tazkiyah itu  telinga yang paling hampir  mendengar butir bicaranya  adalah diriku yang hina ini. Semoga malaikat yang ada di rumah Allah itu menjadi saksi pada hari hisab nanti.. bahawa hambaMu ini pernah menyampaikan suatu peringatan dari Nabi Muhammad SAW.

Cukuplah mengingati MATI sebagai MOTIVASI! Kafaa bilmaut wa’izho ...
      

0 comments: