• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan 4 Dalam 1 : NGO's dan Orang Ramai Kesal

Posted by Abu Huzaifah On 7:40 AM No comments

Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair dan gula  mendapat bantahan meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara."Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.


Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai malam tadi, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.
Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah. "Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.Rakyat marhaen menderita
.Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.Kata Salahuddin, kenaikan itu sangat mengecewakan. "Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," .


Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.
Menurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalannya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. 

Menurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

P/S Berita ini dipetik dari sumber : malaysiakini.


0 comments: