• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, November 2, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Posted by Abu Huzaifah On 5:59 PM 2 comments

program bersama pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah.

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah dengan izin dan inayahNya kita dapat menghirup udara Allah SWT dan masih dikurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk terus bekerja dan belajar mengikut kondisi diri masing-masing.Kepada para pelajar atau mahasiswa sama ada di IPT/IPG yang sedang dan akan mengahadapi peperiksaan semester Abu Huzaifah mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan khususnya:

1. Pelajar-pelajar PPISMP di IPG Kampus Sultan Mizan.
2. Bekas anak-anak didik Abu Huzaifah yang berada di IPG Kampus Batu Lintang, Kampus TAR Kota Samarahan dan Institut Pendidikan Guru lain.
3..Bekas pelajar SMKAM di UKM,APIUM dan UIAM
4. Pelajar-pelajar perubatan (SMKAM)di Kaherah Mesir
5. Uwais al-Qarni di JUST, Jordan.
6. Pelajar-pelajar Kelantan di Jordan kumpulan 2010 yang mengikuti program KURMA 10'
7. Anak-anak saudara dan pelajar-pelajar SMKA Miri yang akan menghadapi SPM dan STPM serta peperiksaan akhir tahun.
8. Semua pelajar SM Sains Tuanku Jaafar,Kuala Pilah yang sempat menadah secebis ilmu dari hamba.

Dan kepada semua sahabat ziarah yang bertamu ke blog hamba dengan iringan doa semoga jihad kalian dalam menuntut ilmu mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah SWT.



Doa merupakan 'senjata'orang mukmin.

Sedikit pesanan Abu Huzaifah kepada kalian, mulakan menjawab peperiksaan dengan membaca ummul kitab dan doa-doa. Hamba melihat suasana di sekolah lebih baik kerana semua pelajar muslim memulakan dengan doa.Sebagai contoh semasa Abu Huzaifah di SMKA Miri dahulu, alhamdulillah setiap kali masuk ke dewan seorang pelajar (ketua/wakil) akan berdoa dan pelajar lain turut sama mengaminkan doa dalam suasana tenang. Sayugia diingat biarpun kita telah membuat persediaan yang rapi dan usaha yang gigih hakikatnya Allah SWT yang memberi kekuatan,kesihatan dan keupayaan berfikir sehingga mampu menjawab dengan baik. Allah yang memberi ilham dan taufiq kepada seseorang hambanya yang dikehendaki.Allah Maha Adil dan Maha Penyayang menilai setiap usaha hambaNya. Semoga segala kepayahan dan keringat yang dicanai kalian yang tidak jemu menuntut ilmu beroleh ganjaran dari Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Al-Faqir ila 'afwi Rabbih,
Abu Huzaifah
Dar alMawaddah-Besut

2 comments:

assalamualaikum..syukran ya ustaz:)..semoga segala urusan ustaz dipermudahkan oleh Allah..sampaikan salam dengan ustzah..

Afwan.Jazakillah khairan khatira