• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan;Bulan Latihan melaksanakan amalan-amalan sunat

Posted by Abu Huzaifah On 9:23 PM No comments


Masjid adalah tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan jiwa dan mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.Ayuh! Jadikan bulan Ramadhan detik mula sebuah perubahan yang lebih bermakna.

Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur kepada Allah Azza wa Jalla diatas limpah kurniaNya kita masih bernafas dan menghirup udara Allah serta mampu memperhambakan diri kepadaNya.

Dalam kesempatan ini, Abu Huzaifah merakamkan tahniah kepada penghuni di Taman Alam Damai, Cheras dan Taman Melati Indah , Batu Kikir ,Negeri Sembilan kerana mereka berusaha mendapatkan tempat untuk dijadikan surau sementara untuk solat berjamaah .Tahniah juga kepada mereka kerana menjadikan tazkirah selepas solat terawih sebahagian dari amalan mulia pada bulan rahmat ini.

Apa yang ingin Abu Huzaifah kongsi bersama sahabat-sahabat ziarah ialah ; kita memerhatikan dalam bulan Ramadhan ini ramai orang yang seronok, berlumba-lumba datang ke masjid , surau atau madrasah untuk melakukan amalan sunat dengan solat terawih dan witirnya.Namun apa yang malang" budaya berjamaah "ini hanya wujud pada bulan ini sahaja.Apabila berlalu bulan Ramadhan( masuk sahaja 1 Syawal) kita akan dapati masjid lengang semula, yang hadir untuk berjamaah hanya warga emas - yang mungkin sebahagiannya tidak tahu kemana lagi hendak dituju.(Maaf..Bukan semualah!)

Dalam bulan ini juga kita akan dapati , kehadiran ahli jamaah pada masa solat subuh agak ramai berbanding dengan bulan-bulan biasa .Kalau hari-hari biasa selain Ramadhan mungkin sesetengah masjid dan surau ahli jamaahnya boleh dihitung dengan jari , tetapi pada bulan Ramadhan boleh jadi 2 atau tiga saf.


Boleh dikatakan setiap tahun perkara atau ' budaya ' yang sama berlaku.Sudah bertahun-tahun kita menjalani ibadat pada bulan Ramadhan. Tidakkah kita mahu berubah atau hanya berpuashati ditakuk yang sama? Oleh itu hamba ingin mengajak kita semua agar mengamalkan amalan2 -sunat dan berjamaah ini bukan sahaja pada bulan Ramadhan.Kita sepatutnya sentiasa berusaha melaksanakan ibadah sunat pada 11 bulan yang lain sebagai bukti bahawa kesan ibadah Ramadhan yang telah dilalui melimpah sepanjang tahun.Sebagai contoh solat sunat witir, mengkhatam Al-Quran, berjamaah di masjid dan surau, beriktikaf dan bersedekah itu adalah amalan umat Islam yang bukan hanya berlaku secara bermusim. Solat witir dalam masyarakat kita tidak menjadi amalan yang biasa bahkan mungkin ramai yang meninggalkannya dan bertemu kembali sebelas bulan akan datang.

Demikian juga ada sebahagian umat Islam tidak nampak batang hidungnya di masjid/surau pada bulan-bulan yang lain.Bila ada kematian ahli keluarga barulah mencari imam dan 'orang masjid' untuk tahlil dan sebagainya.Barulah rasa perlunya masyarakat membantu mereka.Hal ini berlaku kerana sama ada secara jahil atau merasa selesa dengan kehidupan bersama kelurga tanpa memerlukan orang lain.Tubuh dah penat balik dari bekerja seharian , ambil mudah tak perlulah berjamaah .Solat sahaj di rumah pun sah! Buat apa penat-penat ke masjid apatah lagi harga minyak bukan macam dulu lagi.Lebih-lebih lagilah kalau nak pergi solat subuh di masjid/surau.

Bagi yang malas hamba tak nak kata apa. Tepuk dada tanya iman! Namun bagi yang kurang tahu ketahuilah bahawa amalan kita , kalau mengharapkan yang wajib( yang kita buat, banyak manalah? Itupun solat dan ibadah-ibadah lain yang wajib kita tunaikan belum dinilai pada keikhlasan dan kepatuhan kita yang sebenar.

Oleh itu marilah kita sama -sama meningkatkan amalan sunat , bukan setakat buat yang fardu sahaja .Lagipun dalam yang fardu itu banyak lompangnya.Bak kata seorang pendakwah tanah air ;Buat yang fardu itu adalah modal , buat yang sunat itu adalah untungnya.Rajin-rajinlah lakukan amalan yang sunat dan yang fardu itu pastinya dilakukan dengan penuh ketaatan.


Demikian juga harapnya khusus buat HAMBA sendiri, iltizamlah solat fardu berjamaah setiap waktu terutama solat Subuh.Pastikan kita ( golongan lelaki) solat subuh di masjid/ surau lebih-lebih lagi sesiapa yang mengaku sebagai seorang daie atau ahli organisasi dakwah.Jangan kita berucap bukan main berapi tapi kita kalah dikala subuh hari .Lawanlah nafsu bertitik tolak dari Ramadhan ini, JADIKAN RAMADHAN PELUANG MENTARBIAH DIRI , ISTIQAMAH MELAKUKAN AMALAN SUNAT AGAR SETIAP DETIK KEHIDUPAN TIDAK RUGI.Salam ukhuwah buat sahabat-sahabat ziarah, mohon maaf andai ada bicara tersilap kata.

Akhirnya , renungilah hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan solat berjamaah. Dari Abdullah bin Umar R.A , bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Sembahyang berjamaah lebih utama 27 darjat daripada solat bersendirian "( Muttafaqun 'alaih )

Memo: Catatan ini telah ditulis pada bulan Ramadhan 1429H yang lalu.Abu Huzaifah nukilkan kembali untuk muhasabah diri sendiri dan sahabat ziarah yang bertamu di blog ini.Moga bermanfaat!

0 comments: