• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Sunday, August 29, 2010

Fasa Kedua Ramadhan: Sejauhmana peningkatan ibadah?

Posted by Abu Huzaifah On 8:03 PM No comments

Menziarahi pesakit,membantu golongan yang berada dalam kesusahan dan mendoakan kesejahteraan mereka suatu medium dakwah kepada muslim dan non muslim yang wajar diambil perhatian.Dakyah Kristian banyak menggunakan pendekatan'kebajikan'

Alhamdulillah, dengan izinNya kita dapat melangkah hari ke 17 bulan Ramadhan. Rasanya begitu pantas masa berlalu bagaikan tidak disedari. Alhamdulillah dalam bulan ini, saya sempat menyampaikan tazkirah Ramadhan dibeberapa buah surau dan madrasah . Entah mengapa, bukan kering idea saya hanya memfokuskan beberapa ayat dari suraf As-Saf bermula pada ayat 10 dan 11 yang bermaksud ; Wahai orang-orang yang beriman tahukah kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab siksa yang pedih ?Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu ingin mengetahui.

Sahabat pembaca yang budiman,
Mengapa saya fokuskan kepada ayat tersebut? Diantara perkara penting yang dinyatakan Allah swt ialah tawaran kepada hamba-hambaNya yang ingin berjihad menegakkan deen Allah dengan harta dan nyawa. Maka salah satu kesempatan yang amat sesuai umat Islam lakukan pada bulan Ramadhan ini ialah menginfakkan sebahagian harta kita pada jalan fisabilillah .Sesungguhnya , pada hari dan detik ini masih ramai masyarakat Islam dan organisasi dakwah yang memerlukan dana sama ada bagi menggerakkan aktiviti dakwah, kebajikan , pendidikan dan pembiayaan kehidupan anak-anak yatim.

Kita tidak sepatutnya terikat dengan pemberian zakat harta dan zakat fitrah sahaja.Umat Islam sepatutnya sentiasa menjadi golongan yang suka MEMBERI bukan sebagai penerima .Nabi SAW pernah menyatakan bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima .Maka dalam bulan yang mulia dan berkat ini ,ayuh sama –samalah berusaha menginfakkan wang ringgit dan harta kita kepada jalan-jalan Allah.

Aktiviti ziarah menyantuni para pesakit mendekatkan diri daie kepada mad'u.Dakwah boleh dilaksanakan dimana sahaja jika ada kemahuan.

Disini sukalah , saya menyarankan agar kita boleh membantu pihak -pihak berikut, khususnya institusi kebajikan dan dakwah yang terdekat dengan anda.

1- Sekolah-sekolah agama rakyat dan persendirian atau organisasi pendidikan tempatan
2-Surau-surau kampung dan sekolah.
3-Pusat-pusat pendidikan Islam
4-Badan-badan dakwah dan kebajikan
5-Warga emas yang tiada waris / waris juga hidup dalam keadaan susah
6-Ibu-ibu (Armalah ) yang tida suami dan mempunyai anak yang ramai
7-Golongan yang fakir dan miskin

Pendek kata , disekeliling kita masih ramai insan -insan yang memerlukan bantuan harta dan sokongan moral .Di celah-celah kesibukan kita bersama anak-anak dan isteri memikirkan persediaan hari lebaran ... ingatlah ada insan lain yang berbuka puasa ala kadar sahaja.

Oleh itu, saya mengajak diri sendiri dan sahabat-sahabat ziarah mengambil peluang bukan sahaja melakukan ibadat khusus seperti solat, puasa dan tilawah al-Quran sahaja, bahkan jadikan INFAK pada jalan Allah juga suatu ibadah dan saham AKHIRAT kita.

*** Catatan ini telah diterbitkan kali pertama pada Ramadhan 1429H dan kali kedua dalam Warta Jabatan Pengajian Melayu Ogos 2010.

0 comments: