• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, October 27, 2009

Kiamat makin dekat bila ramai tinggalkan solat

Posted by Abu Huzaifah On 9:44 PM 2 comments


Gambar atas : anakanda Huzaifah dan Iman bersedia untuk solat
Gambar bawah: anak-anak di Pasti diasuh dengan unifom yang menutup
aurat seawal persekolahan

Pada tahun ini ,dua kali saya diundang ke sekolah rendah yang berlainan untuk menyampaikan satunya ceramah motivasi dan satu lagi kuliah subuh. Dalam ceramah motivasi kepada murid-murid tahun enam ;calon UPSR saya memulakan ceramah dengan menyuruh seorang murid melaungkan azan.Mengapa mulakan dengan azan?Apa ada pada azan ?

Saya ajukan kepada murid-murid apakah perkataan pertama yang didengari oleh seorang bayi apabila lahir ke dunia.Maka ramailah murid yang menjawab azan dan iqamah.Benarkah begitu?Jika dibuat kajian sudah tentu bukan semua ibubapa melakukan azan dan iqamah bahkan mungkin ibubapa yang mereka sendiri tidak sembahyang..tak kenal sejadah, aspek tersebut diabaikan.Maka membesarlah anak-anak yang lahir asalnya putih bersih dalam keadaan mereka tidak diberikan didikan asas Islam.Anak-anak tidak diajar berwuduk, solat,puasa dan lain-lain.

Tidak dinafikan bahawa sekarang sudah ada guru-guru JQAF di kebanyakan sekolah rendah dan ada Kem Bestari Solat..namun belum tentu berpada tanpa pendidikan solat atau pengawasan ibu bapa ketika anak-anak berada di rumah.

Dalam ruang ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat ziarah; tahukah sahabat-sahabat apabila saya bertanya kepada murid tahun enam dalam ceramah motivasi tersebut hanya 6 daripada 30 orang murid yang mengaku mereka mendirikan solat lima waktu sehari semalam.Yang selebihnya sudah tentu mereka cuai padahal mereka sudah mencapai umur 12 tahun.
Guru-guru Pasti sentiasa mencurahkan ilmu dan tenaga yang terbaik biarpun
imbuhannya mengharapkan pahala dan kemuliaan dari Allah


Program kali kedua ; kuliah subuh di sebuah sekolah rendah dalam satu kem ibadah. Alangkah kecewanya saya apabila bertanyakan murid yang rata-ratanya tahun 6 (hanya beberapa murid tahun 5 dan 4 yang hadir ) dari 70 orang peserta yang terdiri dari lelaki dan perempuan hanya kurang 2 atau 3 orang sahaja yang patuh menunaikan solat lima waktu .Astaghfirullah al-Azim ..! Saya rasakan jawapan dari murid-murid tadi adalah ikhlas ..itulah realitinya.Apa yang mampu terkeluar dari mulut saya..betapa manusia yang bergelar ibubapa hari ini amat cuai dalam mendisiplinkan anak-anak mereka untuk sujud kepada Allah 5 kali sehari semalam.
Maka saya katakan kepada murid-murid tadi...jika anda gagal melaksanakan solat bererti QIAMAT makin hampir...mungkin bunyinya agak kasar namun bukankah bila ramai manusia tidak solat ...juga bererti mereka telah melakukan maksiat ...Bila maksiat berleluasa tunggulah saat-saat qiamat .Dalam hati rasanya begitu berat tugas pendakwah hari ini untuk menyedarkan masyarakat agar kembali taat kepada Penciptanya Allah SWT.

Jika soalan tadi diajukan kepada murid-murid 12 tahun ke bawah..bagaimana pula pelajar /remaja disekolah menengah.Mungkinkah ada jawapan yang lebih mengecewakan. ??Pada saya , saya menganggap guru-guru agama di sekolah telah berusaha menanamkan rasa tanggungjawab kepada murid/pelajar untuk mendirikan solat lima waktu namun ibubapa lah yang lebih perlu memastikan anak-anak mereka melaksanakan tuntutan fardu ain tersebut.

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam mendidik anak-anak yang berusia dalam lingkungan 4-10 tahun. Alhamdulillah , saya dan isteri dididik dalam keluarga yang beragama..separuh dari adik beradik saya dan adik beradik isteri bersekolah agama.Biarpun ayahanda saya tidak berkesempatan sekolah rendah atau belajar dipondok ( kerana ayah kepada ayah saya mati ketika masih muda) ,namun ayah saya mempunyai kesedaran beragama yang tinggi.Anak-anak digalakkan belajar sehingga peringkat universiti biarpun beliau hanya bergaji RM 450 sebulan.

Alhamdulillah ,saya menghantar anak -anak ke TASKI Abim ketika mereka mencecah umur seawal 4 tahun.Memang menyusahkan kerana untuk menghantar mereka ke sekolah Taski tersebut mengambil masa 30 minit semasa pergi dan 30 hingga 40 minit ketika pulang dari sekolah. Setiap hari terpaksa berkejar dan bila anak saya masuk tahun satu sekolah agama kebangsaan ; anakanda 'Aisyah terpaksa keluar dari rumah seawal pukul 6.15 pagi ( waktu Sarawak)untuk pergi ke sekolah .Demikian secebis kisah untuk memberikan anak-anak pendidikan Islam yang terbaik buat mereka .

Hasilnya anak-anak saya yang berusia 6,8 dan 9 tahun ,alhamdulillah mereka patuh mendirikan solat lima waktu.Sememanng anak-anak kita kadang-kadang lupa ..tetapi bukan ingkar .Ketiga tiga anakanda kami sudah tahu tanggungjawab mereka setiap hari .Lima waktu sehari semalam patuh untuk rukuk dan sujud kepada Tuhan Maha Esa.

Anak kami yang berusia 6 tahun ; Ahmad Huzaifah walaupun berumur 6 tahun , sudah tahu kewajipan solat 5 waktu.Saya merasa teruja dengan pendidikan PASTI (anak saya di PASTI Imtiyaz Kuala Pilah) kerana guru-guru di Pasti akan memastikan anak-anak yang belajar/transit ( antara jam 12.00 tgh- 5.00) pada waktu petang akan dibimbing guru mereka setiap hari untuk solat Zohor Dan Asar. Kadang-kadang ketika saya ambil anak di Pasti lewat jam 5.00 petang anak kami Huzaifah sudahpun solat Asar .Oh! Gembiranya hati seorang ibu dan ayah yang anak mereka seusia 5,6 tahun dahpun pandai dan tahu mensyukuri Tuhannya setiap hari .

Mungkin inilah kelebihan anak-anak yang belajar di Pasti/Taski.Ilmu dunia mereka dapat..Akhiratpun mereka ingat! Tentang anak kami 'Aisyah ..alhamdulillah natijah dari pendidikan Taski ABIM ( di Sarawak) dan penat lelah guru-guru Pen.Islam di SKA Miri ,anakanda saya sudah mampu membaca Al-Quran dengan baik ; dalam tahun 3 dia sudah sampai juzuk 16.

Syukur kepada Allah atas nikmatNya yang tidak terkira.Apapun penghujung catatan ini , kesimpulan dari saya ialah sekalipun kita mengharapkan guru-guru di sekolah mendidik anak-anak kita , namun jangan lupa bahawa kitalah guru pertama mereka.Ajarlah mereka solat dan patuhilah solat 5 waktu tanda kita hambanya yang BERSYUKUR setiap masa dan ketika.Kejutlah mereka seawal fajar ,bangun menyembah Tuhan yang Esa ..Rotan atau hukumlah mereka bila cuai dari menunaikan hak kepada Tuhannya.Melentur buluh biarlah dari rebungnya....Ingatlah , kalau kita tidak makan dan minum kita akan lapar dan dahaga atau pengsan seketika tetapi jika kita tidak solat balasannya Neraka Jahanam.

Akhir kalam ,hamba percaya jika anak-anak kita diajar dan diasuh menunaikan kewajipan solat dan ibubapa sendiri memberikan contoh teladan yang baik anak-anak mampu menjadi hamba Allah yang bersyukur...Bukankah kita telah diseru dengan " Hayya alalfalah " pada hari pertama kelahiran.

Ila liqa'

2 comments:

ya sememangnya benar dan ana setuju tentang pendidikan PASTI. Hasilnya kedua-dua anak ana dah dapat hafal 8-9 hadis. alhamdulillah.

Syukran ..sama-samalah kita didik anak-anak dengan akhlak Islam.Semoga mereka menjadi generasi yang lebih baik dari kita.Gracias!