• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Saturday, March 3, 2012

Kenapa Bahasa Arab?

Posted by Abu Huzaifah On 2:46 AM 3 comments

 

Assalamu 'alaikum. Apa khabar sahabat dan rakan ziarah?

Ada yang bertanyakan saya, kenapa saya memilih jurusan bahasa Arab? (sebahagian orang menganggap B.Arab..sukar untuk dikuasai) Kenapa ya ?

Masih ada yang sangsi dengan keupayaan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan peradaban, atau sekurang2nya mampukah ia menjadi bahasa zaman yang dikagumi penutur dan pendengarnya. Banggakah kita kalau mampu berbahasa arab sebenarnya?Mampukah kita berdiri sama tinggi bersama graduan lain mencorak negara ke arah kemajuan terbaik buat ketamadunan bangsa? Terserlahkah para penutur bahasa ini dikalangan anak bangsa peribumi ini sekarang yang mampu memberi impak luarbiasa dan terbaik pada masyarakat, atau insan pemulia bahasa agama ini hanya mampu menggoncang minbar tanpa mampu membentuk kekuatan menggoncang negara apatah lagi dunia.

Atau kita sebenarnya hanya melukut ditepi gantang pendidikan negara, menyalak bukit yang tak pernah takut, apatah lagi mengimpikannya runtuh. Mungkin kita hanya bermandikan izzah agama yang mencurah dipundak kita, berbangga dengan bahasa syurgawi atau hanya sekadar pakar rujuk jika ada pasangan muda yang ingin bertanya tentang makna dan nama anak yang mereka pilih.

Aku juga tidak pasti kawan ...., Tapi aku amat setuju dengan entry sahabatku ini, Ustaz Azhari Hamzah diblognya.Moga kita mampu merealisasikannya.

ANDA DARI GOLONGAN MANA?


Terjemahan:

Mereka berkata : " Kasihan.... sesiapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris, mungkin dia akan menghadapi kesusahan untuk memahami percakapan orang lain"

Dan aku pula berkata : " Kasihan... sesiapa yang yang tidak tahu Bahasa Arab, mungkin dia akan menghadapi kesusahan untuk memahami percakapan Tuhan..."

3 comments:

assalamualaikum ustaz..
sedih sebab da lama tinggal lughah..dan byk sudah lupa..

wa alaikumussalam warahmatullah..ahlan wasahlan ya Nuranys

salah satu cara untuk mpelajari bahasa Arab ialah dengan belajar tafsir al-Quran, mgkin Nuranys boleh ikuti kuliah2 di masjid..secara tak langsung kita mpelajari bahasa Arab melalui kitab Allah.Allahu 'alam