• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Thursday, July 7, 2011

Kesyukuran 3 Dalam 1

Posted by Abu Huzaifah On 7:52 AM No comments

Rumah baru Abu Huzaifah di Besut, Terengganu

Ruang tamu ...bersedia menerima 'dhuyufuna' andai sahabat2 datang
ke Kelantan @Terengganu

Alhamdulillah, segala puji dan puja selayaknya kepada Allah Azza wa Jalla.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, ahlul Bayt baginda, para sahabat dan pejuang Islam yang sentiasa mendahulukan agenda dakwah Islam sepanjang masa.

Syukur tidak terhingga limpah rahmat dan kasih sayangNYA sentiasa menjelma, biarpun kita sebagai hamba sering leka dan alpa dengan seribu ni’mat yang Allah berikan dengan sifat Rahman dan RahimNYA.  Syukur Ya Allah! Sejuta kesyukuran...tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata ...tentunya jiwa dan perasaan kehambaan wajar dijelmakan dalam bentuk meningkatkan ketaqwaan melalui ibadah harian agar iman bertambah kukuh dan kejap. Sungguh banyak ni’mat Allah yang dikurnia...betapa kerdilnya diri bila dikenang  kadang-kadang kita lupa membuktikan kesyukuran kepadaNYA dalam ertikata diriku hanya seorang HAMBA... Ya Allah ! Ampunilah daku atas segala kesalahan dan kealpaan ... lemahnya diri dalam memperhambakan segala urat nadi dan anggota jasad  yang semuanya milikMU...kadang-kadang diri lupa segala kudrat yang ada ...ilmu yang bagai setitis air dari lautan pengetahuan semuanya dari Allah Azza wa Jalla..semua yang kita miliki termasuk isteri dan anak-anak adalah pinjaman belaka. Kerdilnya diri, bila dimuhasabah sang hati dan jasad yang hina ini.
********************************
 tetamu ; pelajar IPGKSM yang datang . Tetamu lain dah pulang

khemah tempat jamuan

Alhamdulillah, dengan izinNya sebagaimana yang dirancang Abu Huzaifah sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran  ; 3 dalam 1 pada Jumaat 1 Julai lalu. Kenduri sempena kesyukuran lahirnya cahayamata ke 6 kami ( Ahmad Ayyash ), keduanya kerana Ummu Huzaifah dapat berpindah stesen kerja ke Terengganu dan ketiga sempena ’ masuk rumah baru’. Terima kasih banyak kepada ahli keluarga, jiran dan sahabat handai yang datang berkunjung dari jauh dan dekat termasuk anak-anak didik Abu Huzaifah yang banyak membantu. Kepada sahabat-sahabat yang jauh di Miri Sarawak dan di N.9 terima kasih banyak atas ucapan dan doa kalian. Semoga ukhuwah yang telah terbina kekal sepanjang zaman. Jazakumullah khayral jaza’ atas segala pertolongan dan bantuan selama ini.

Dalam entri kali ini, Abu Huzaifah ingin berkongsi sedikit gambar sempena kenduri kesyukuran kami di rumah Dar al-Mawaddah. Syukran jazilan kepada sdr.Abrar yang merakamkan gambar-gambar kenangan kali ini.




0 comments: