• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, June 14, 2011

Di sebalik keriuhan masih ada hamba yang mengingati TUHAN

Posted by Abu Huzaifah On 9:22 AM No comments

kelihatan dua orang peminat pasukan Pahlawan Merah solat
berjemaah di Stadium tempat berlangsung final Piala FA.


11 Jun lalu, Abu Huzaifah bersama anak-anak ke bandar Jerteh, usai solat Maghrib di Masjid Gong Kepas kerana ada keperluan tertentu. Pada malam tersebut hampir semua peminat bola (rakyat Kelantan dan Terengganu) tertumpu kepada  perlawanan bola sepak final Piala FA.  Saya  sendiripun memang berhajat untuk menonton perlawanan selepas pulang ke rumah...

Sementara menunggu Ummu Huzaifah ke tempat beliau selesai berurusan dan waktu solat Isyak sudah hampir, saya bersama dua anak hamba meluru ke surau berdekatan dengan tapak Medan Malam Jerteh.untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA. Rasanya sesiapa sahaja yang biasa ke Jerteh tahu bahawa tidak sampai 1KM dari situ terdapat Masjid Hadhari yang dibina zaman MB dahulu.

Alangkah terperanjatnya saya pada ketika azan berkumandang di Masjid Hadhari Jerteh dan surau dalam bandar Jerteh; pihak penganjur yang menayangkan skrin besar sempena perlawanan di sebelah surau itu memasang siaran acara  perlawanan( yang belum bermula di ASTRO) dengan bunyi yang begitu kuat sehingga menenggelamkan suara imam dari masjid dan surau berdekatan. 

Saya menjangkakan suara bising itu bukan sahaja datang dari pengulas di stadium..tetapi pihak pengulas di situ(penganjur). Dari awal solat sehingga rakaat yang akhir suara tersebut terus menganggu para makmun.Usai solat ..bangun seorang makmun terus membuka tingkap surau dan melaungkan amarahnya ke arah penganjur...saya pun dengan hati yang kecewa dan resah mengeluarkan kata-kata sepontan 'betapa jahilnya' pihak penganjur yang  tidak menghormati langsung orang sedang solat...tak sempat berdoa Abu Huzaifah dan 'abang' tadi cuba mencari pihak penganjur.. oleh kerana hujan saya membiarkan abang itu sahaja ke sana..saya terpaksa ambil zaujah dan anak kecil kami...Saya pulang dengan jiwa yang resah..rasa amarah masih lagi membuak-buak dikalbu..

Seingat hamba sudah lebih 2 tahun bekas MB Terengganu umumkan Besut sebagai bumi 'Ulul  Albab' ...tapi layakkah memakai gelaran itu jika masih ada umat Islam tidak menghormati agama sendiri. Akhir kalam, saya mengajak umat Melayu Islam berfikir dengan ilmu dan otak...jangan sampai Ah Chong tauke getah pula  mengajar kita  untuk  hormati agama sendiri.

Gambar diatas untuk renungan bersama; dicelah kelalaian dan kealpaan kebanyakan manusia masih ada hamba-hambaNya yang berusaha melunaskan kewajipan utama dimana sahaja berada.Tepuk dada tanya iman! Kredit dari Abu Huzaifah kepada jurugambar yang merakamkan foto diatas.

0 comments: