• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Saturday, January 1, 2011

Saiz Isi Rumah Paling Tinggi, Paling Subur

Posted by Abu Huzaifah On 5:39 PM No comments

Sumber dari  isma daud (http://ustazroslidhoby.blogspot.com)

 
PUTRAJAYA: Dis 2010- Masyarakat Kelantan,Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPP) 2010 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BPP 2010 menunjukkan trend purata isi rumah makin mengecil iaitu 4.31 peratus berbanding 4.62 peratus pada BPP 2000. Bagaimanapun, katanya, Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus."

Peningkatan kadar saiz isi rumah itu menunjukkan tahap kesuburan masyarakat di negeri berkenaan meningkat.(Kenyataan Akhbar :Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop).
_______________________________________________________________

Kelantan, Terengganu Dan Sabah ; 3 negeri miskin di Malaysia tetapi paling subur warganya. Dahulu pernah saya siarkan kajian JAKIM bahawa Kelantan negeri paling banyak mengamalkan hidup berpologami dan kini ia di antara tiga negeri yang subur dengan pertumbuhan penduduknya.

Selain isu penerimaan kepada poligami, saya berpendapat bahawa mungkin beberapa faktor ini  menjadi sebab utama kepada pertambahan penduduk di negeri-negeri tersebut;

1.  Kahwin Awal Usia ; ramai yang kahwin awal  seawal umur 19 tahun. Berbanding di negeri-negeri tertentu ramai yang mengejar kerjaya, di sini mereka lebih kepada mengukuhkan institusi keluarga. Bapa suka anak gadis mereka berkahwin pada awal usia dan persepsi buruk masyarakat juga tinggi jika anak dara mereka kahwin lewat. Ini  kerana tugas bapa yang tidak mampu menampung keperluan keluarga akan diserahkan kepada sang suami. Beban yang ditanggung oleh bapa telah berpindah ke tangan suami.   Bukan bapa tidak mahu bertanggungjawab tetapi ingin menjaga kesejahteraan anak perempuan mereka. Perkahwinan diusia muda membolehkan sesebuah rumahtangga mendapat zuriat dan tempohnya  agak lama. Tahap kesuburan juga amat tinggi kerana mereka boleh merancang dengan baik masa yang sesuai mendapatkan anak. Masa sesuai mendapatkan zuriat adalah pada usia muda .

2. Kos Hidup Murah ; Boleh jadi masyarakat di ketiga-tiga negeri ini banyak masa untuk bersama keluarga kerana kebanyakan pekerjaan mereka adalah nelayan dan petani. Walaupun ramai yang kerja makan gaji baik dengan kerajaan atau swasta, saya berpendapat penduduk di negeri-negeri ini lebih ramai yang minat berniaga dan bekerja sendiri. Keluangan masa dengan keluarga dengan corak hidup masyarakat yang sederhana mereka mampu memiliki ramai anak. Berbanding mereka yang tinggal di bandar besar yang sentiasa dilanda kesibukan dan tekanan pelbagai menjadikan mereka berfikir banyak untuk beranak ramai atau memiliki keluarga besar. Di tiga negeri tersebut  kos kehidupan masih murah, dengan pendapatan rendah mereka masih mampu mengharungi kehidupan dengan sederhana. Kalau hidup di bandar besar dan negeri tertentu dengan pendapatan bersih RM3 ribu pun masih dianggap  cukup makan sahaja.

3. Kesedaran beragama yang tinggi yang menggalakkan orang suka beranak pinak. Dorongan dan pegangan agama menjadikan mereka tidak takut memiliki anak ramai kerana anak mendatangkan rezeki mereka. Namun tidak dinafikan mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah, tahap ilmu mereka pun rendah jadi mereka jahil dan tidak tahu tentang perancangan keluarga menyebabkan walaupun mereka miskin dan tidak mampu masih ada ramai anak.... ada yang tidak mampu menanggung terpaksa memberinya kepada orang lain.

Di sini tidaklah bertujuan untuk menafikan orang di negeri-negeri lain tidak beranak ramai. Tulisan  ini kita berbicara tentang puratanya anak-anak mereka ramai.  Sebab orang mahu beranak ramai ini tidak mengira siapa dan datang dari negeri mana. Cuma dalam bancian yang dibuat purata  masyrakat yang isi rumah mereka besar datangnya dari tiga negeri tersebut.

Secara umumnya saya berpendapat bahawa ramai orang suka mempunyai keluarga yang besar... cuma faktor kemampuan ekonomi menjadi penghalang kerana buat apa berkeluarga besar jika tidak mampu membina kualiti keluarga ke tahap maksimum. Kekadang kita lihat orang mahu anak ramai ini ada beberapa sebab contohnya bagi  meneruskan kesinambungan keturunan, menjadi sumber kedamaian dan hiburan jiwa, menjadi pengukuh kasih sayang suami isteri ; keceriaan rumahtangga dan akhirnya sebagai pelaburan dunia dan akhirat..... di dunia apabila kita sudah tua nanti... di akhirat apabila anak-anak yang soleh  ini mendoakan kedua ibubapanya .

Oleh sebab itu, orang yang melihat kepada kualiti keluarga yang dibina tidak meletakkan angka besar untuk sesebuah rumahtangga. Jadi matlamat mereka adalah berpaksikan kepada 4 faktor tadi. Dengan tinggal di bandar-bandar besar dan negeri yang sudah jauh maju, keperluan hidup harian menjadi tinggi disebabkan permintaan sentiasa tinggi jadi mereka akan berfikir panjang untuk memiliki keluarga besar kecuali benar-benar mampu. Yang penting anak yang mereka miliki walau bersaiz kecil, kualiti mesti dititikberatkan kerana segala kos membesarkan anak-anak sekarang ini terlalu tinggi.

Saiz keluarga kecil ini mungkin ahlinya terhad kepada 3 atau 4 orang anak sahaja. Rata-ratanya 2 atau 3 anak. Tetapi di Kelantan, Terengganu dan Sabah saya bersetuju bahawa mereka ada ramai anak. Memiliki 5 hingga 6 orang anak adalah biasa. Ramai yang ada anak sampai 9 hingga 12 orang  dari satu ibubapa. Akhirnya faktor geografilah yang membantu rakyat di 3 negeri ini memiliki isi rumah yang lebih besar berbanding negeri-negeri lain yang mencorak cara berfikir,  perhubungan dan kekeluargaan , tahap kehidupan , capaian ekonomi dan paling penting kesedaran beragama.
Wallahu A'lam.

0 comments: