• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Thursday, January 6, 2011

Cadangan bunuh pengkritik raja, cadangan yang hina...

Posted by Abu Huzaifah On 3:20 PM No comments

KUALA LUMPUR – Sikap yang menyatakan bahawa haram untuk mengkritik dan punyai pendapat berbeza dengan Raja-Raja Melayu adalah satu pandangan yang hina, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Tindakan ini tambahnya seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.“Sedang para al-Khulafa ' al-Rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Asri menerangkan, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas  Saiyyidina Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah, namun Nabi SAW tidak membunuh beliau.

Justeru katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-Raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya.“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar daripada dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Beliau melabel pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.Tambahnya, jika dia Muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.“Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, dua pertubuhan bukan kerajaan – Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan ‘peperangan ke atas Raja-raja Melayu’.Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis – jawatan SUK Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

sumber : SelangorKini.online

0 comments: