• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Thursday, September 2, 2010

Terima kasih isteriku!

Posted by Abu Huzaifah On 12:02 AM 3 comments

Perarakan membawa pengantin lelaki ke Bayt Dzilal pada hari walimah.Ust Uda dan Ust Harme
pembawa bunga manggar mengiringi Abu Huzaifah.
bersama cahayamata pertama :anakanda Aisyah alhumaira.Foto ini diambil
selepas majis konvokesyen pada Jun 2000

Alhamdu LiLLahi Rabb al-'Alamin, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillihi al-Amin.
Segala pujian hamba persembahkan kepada Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya.Selaut kesyukuran dirafakkan kepadaNya di atas rezeki yang sentiasa datang biarpun kadang-kadang kita alpa dan cuai dari mensyukuri ni'matNya.

Alhamdulillah, semalam (Rabu)1 September 2010 genaplah sebelas tahun perkahwinan hamba dan Ummu Huzaifah setelah diijabkabulkan pada pagi Rabu, 1 September 1999 di Mafraq, Jordan bumi Anbia A.S. Setiap kali hamba dan Ummu Huzaifah mengingati tarikh bersejarah ini pastinya orang yang tidak kami lupakan ialah kekanda ust.Hasnol dan Kak Huda, di Bukit Jalil(sekarang) yang memulakan segalanya.

Siapa sangka Ust.Hasnol yang transit di Mafraq Jordan sebelum terbang ke kota Kaherah Mesir selepas pulang bercuti musim soifi di tanah air, bertemu hamba di Maktabah Hasyimiyyah,Universiti Al-Bayt...dalam nada bertanya khabar ; beliau menjemput hamba ke Bayt Dzilal pagi esoknya.Pagi itulah bidayah kepada jodoh kami dibincangkan. Asalnya hamba tidak kenal langsung bakal pasangan kerana Ummu Huzaifah memakai purdah. Biarpun pernah bermesyuarat bersama dalam Biro Kebajikan PRISMA...namun masing-masing tidak kisah.
Dari kanan; Bahauddin,Allahyarham Hafiz Kamil,Sabri,Asri,Ust.Che Saufi,Ust.Itqan dan Ust.Kamal Nazmi.
Gambar pada majlis kesyukuran sempena pernikahan Abu Huzaifah tanggal 1.9.99

Sahabat lain yang tidak hamba lupakan juga tentunya Ust Che Saufi dan isteri dan Ust.Khairuddin Aman Razali al-Takiri kerana membantu kami dalam mempertemukan jodoh.Terima kasih juga kepada Ust.Dr.Wan Mat Sulaiman (sekarang mungkin di Brunei) kerana menjadi orang tengah dalam perundingan bersama pihak keluarga hamba di Kelantan.Nasihat dan pandangan Ust.Uda Kassim sangat berharga kepada hamba sebelum mengambil keputusan mendirikan 'masjid'...pengalaman beliau sebagai 'mutazawwij' ketika masih bergelar pelajar sangat bermakna bagi hamba dan sahabat-sahabat lain.

Pilihan mendirikan rumahtangga semasa belajar bukan suatu keputusan yang diambil mudah melainkan setelah mengambil kira faktor positif dan negatif. Namun demi melaksanakan 'sunnah Nabi’ dalam kehidupan dunia yang semakin bobrok, tentunya keputusan nekad itu mengimpikan natijah yang hasanah di dunia dan akhirat.

Hari ini setelah 11 tahun berlalu, syukur kepada Ilahi kami dikurniakan anak-anak yang senang mengatur dan melayani feel mereka.Kami dianugerahkan seorang putera dan empat orang puteri. Anak pertama ’Aisyah alhumaira’ ; kedua Asmaa’ Sofiyyah ketiga Ahmad Huzaifah ; keempat Iman Nusaibah al-Hannan dan kelima Ilham Sumayyah.Alhamdulillah setiap kali kelahiran Allah permudahkan banyak urusan dan tidak banyak kerenah Ummu Huzaifah semasa mengandung. Anak sulong kami 'Aisyah dilahirkan di Hospital Ibnu al-Nafis , Irbid Jordan pada 12 Jun 2000 (hari hamba munaqashah masyru’ takharruj).Alhamdulillah dalam penantian selama hampir 9 bulan lebih zuriat pertama lahir ke dunia dengan selamat.

Insan yang sangat kami terhutang budi juga ialah usth. Zuriyati ( Terengganu)dan Usth Masroha Duki (Selangor) yang banyak membantu saat hamba pasrah menanti rezeki dari Allah. Ketika menunggu di hospital Ibnu al-Nafis di Irbid tiada tempat untuk hamba menumpang..terima kasih kepada sahabat-sahabat Ummu Huzaifah kerana menyediakan makan malam(walaupun dah tengah malam) untuk hamba dan Ummu Huzaifah.Saat-saat sebegitu pasti tak dilupakan hingga ke akhir hayat.

Rakaman penghargaan juga kepada sahabat hamba Ust.Hazman Hasyim yang menjadi pengarah majlis walimah serta sahabat-sahabat lain yang terlibat dalam memeriahkan majlis.Jika hendak disebutkan memang ramai ...apapun memori majlis walimah termasuk para penasyidnya(diketuai Ust.Sabri Zakaria)acara berpantun (Ust.Hasmadi)dan Ust.Azhar yang mempersembahkan silat secara solo pastinya tetap dalam memori indah yang tersemat diminda.
Rehlah ke Teluk Aqabah, Jordan dalam program akhawat PRISMA selepas dua 
minggu perkahwinan Abu Huzaifah.

Insan istimewa yang paling dihargai tentunya Ummu Huzaifah yang telah bersama melayari bahtera kehidupan sebagai pasangan yang halal.Terima kasih tidak terhingga kerana menjadi isteri kepada hamba dan ummi kepada anak-anak yang bakal menjadi pewaris agama.Semoga 'istana kasih' kita sentiasa subur dengan mawaddah dan rahmatNya...dan terima kasih jua kami sebarkan kepada semua sahabat dan kenalan yang mendoakan kebahagiaan dan sakinah dalam mengharungi kehidupan sepanjang bermukim di bumi fana’ ini.Jazakumullahu khairan khatira.

Tidak dilupakan juga kepada penghuni Bayt Dzilal & Bayt Kanopi kerana menyediakan rumah mereka sebagai tempat walimah kepada majlis hamba dan sahabat-sahabat yang sewaktu.Barakallahu fikum.Selamat menjalani ibadah pada 10 akhir Ramadhan.Taqabballlaha tho'atakum.

3 comments:

Barakallahulakuma,wajama'a 'alaikuma fi khoir..Amin.

Allahu yubarik fik.Alhamdulillahi 'ala kulli haal.Selamat menjalani ibadah di 10 akhir Ramadhan..moga kita terus istiqamah merebut Piala Taqwa.

syahdu mengetahuinya permulaan sebuah zawaj menuju dakapan Ilahi dan redhanya-min jabal jalil