• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Hari Lahir ILHAMku

Posted by Abu Huzaifah On 5:50 PM No comments




Ketika berusia empat bulan

Alhamdulillah ,segala pujian bagi Allah ; Pemilik sekelian makhlukNya.Selawat dan Salam kepada Junjungan mulia yang sentiasa kasih akan kita umat baginda, terima kasih tidak terhingga kepada para sahabat Rasulullah ,imam-imam Mujtahidin yang gigih mempertahankan aqidah suci sehingga dakwah Islam mampu kita rasai hingga saat ini.

Alhamdulillah tidak terkira, dengan izin Allah jua hari Jumaat tanggal 06082010 genaplah setahun usia cahayamata kami ILHAM SUMAYYAH .Syukur kepadaMu Ya Allah! Anak ke lima Abu dan Ummu Huzaifah ini lahir di Kuala Pilah NSDK.Lahir dengan cara yang normal dan tidak menghadapi sebarang masalah seawal menjengah alam dunia .Pada hari kedua dak celik tiada kesan ‘kuning’ yang ketara berbanding anak kami yang keempat Iman Nusaibah .

Sebagai seorang insan yang sering berkelana kelahiran anak-anak kami tidak sama lokalitinya .Anak sulong ; Aisyah alHumaira’ lahir di Irbid Jordan ,anak kedua Asmaa’ Sofiyyah di Kota Bharu Kelantan ; Ahmad Huzaifah dan Iman Nusaibah di Miri bumi Kenyalang dan rezeki Abu Huzaifah yang ke lima lahir di Kuala Pilah Negeri Sembilan.Hakikatnya Abu Huzaifah amat bersyukur apabila hamba dan zaujah berpindah ke Semenanjung pada hujung 2008 tiga perkara yang kami perolehi. Pertama Abu Huzaifah dapat sambung belajar ; kedua Ummu Huzaifah mengandung anak kelima kami dan ketiga hamba bakal memiliki sebuah rumah baharu di Kok Lanas. Ya Allah ! Sesungguhnya terlalu banyak nikmat kurniaanMu.Semoga kami sentiasa menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa taat dan menerima rezeki yang halal dan penuh keberkatan.

Detik Jumaat yang telah berlabuh 6 Ogos 2010 berlalu.Biarpun Ilham,Iman dan Kak Asmaa pulang ke Kota Bharu untuk menyambut hari lahir yang pertama bersama ‘Abi’, namun kerana tugas Abu Huzaifah bertolak ke Pulau Perhentian dek kerana harapan untuk memberi sedikit sentuhan dalam kursus Kepimpianan Pelajar. Kali ini hamba akur kerana sudah beberapa kali hamba menolak lamaran pihak yang berkenaan. Jumaat lalu itulah kali kedua solat Jumaat di sebuah pulau yang sudah diwarnai identiti kuning-kebaratan yang berupaya melemahkan iman umat yang sememangnya tak kuatpun.

Hari Sabtu keesokannya pula ,Abi tak dapat juga bersama menyambut hari lahir Ilham.Seawal 8 pagi hamba menaiki bot dengan kelajuan yang menggila membelah lautan ; entah berapa ratus kali hentakan .Kasihan kepada wanita-wanita Sepanyol dan Itali yang usia mereka lewat 40-an yang sekali sekala terkejut dengan sikap dan gelagat pemandu bot yang mungkin lesennya boleh diragui.Ketika bertandang ke pulau ini,Khamis lepas hamba rasa bot yang dinaiki dah laju.Rupa-rupanya pagi Sabtu itu pemandu bot ”laju gilak’ kata orang Sarawak.

Tiba di jeti pukul 9 pagi singgah sebentar di warong.Dikiri kanan ramai juga pelancong asing .Seperti biasa menu pagi di Besut sungguh lumayan dengan pelbagai lauk-pauk yang tidak baik kepada kesihatan rakyat Malaysia. Hamba makan nasi bekalan dari Pulau Perhentian yang dihulurkan oleh peserta kursus sebelum menaiki bot tadi. Ahh..rasa tulang belakang bagai nak patah dek naik bot tadi. Sambil menghirup minuman, kepala hamba memikirkan apa yang bakal Abu Huzaifah luah dan lontarkan dihadapan para pelajar persediaan yang akan ke Jordan September nanti . Jam 11.30 pagi hamba perlu berada diMachang untuk mengisi slot Kursus Persediaan Pelajar ke Jordan 2010.Tanpa melengahkan masa Abu Huzaifah bergegas balik ke Mulong , singgah sebentar ambil Ummu Huzaifah, Huzaifah dan Ilham.
Ilham Sumayyah pada hari ketiga selepas kelahiran

Nampaknya masa untuk ’abi’ meraikan hari lahir ILHAM perlu ditangguh...Insya Allah dalam masa terdekat. Sayang anak abi; ILHAMku!

Ya Allah kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah,penyejuk mata penghibur jiwa.Semoga kami suami isteri dan zuriat kami menjadi hambaMu yang taat dan patuh serta beroleh keredaanMu didunia dan kebahagiaan di akhirat nanti.Amin

0 comments: