• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Perkahwinan Ust Afandi dan peluang bertemu sahabat

Posted by Abu Huzaifah On 3:35 PM 3 comments




Alhamdulillah,wassolatu wassalam 'ala rasulillah..

Alhamdulillah dengan izinNya,Abu Huzaifah sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri kesyukuran Ust Afandi dan pasangannya Wan Norhanani pada hari Ahad ( hari raya ke tiga)di Kg.Telok Kandis, Salor.Tahniah dari hamba sekeluarga dengan iringan doa Barakallahu lakuma wabaaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khayr.

Hamba dan semua sahabat terutama generasi perintis (khirrijin Universiti Al-Bayt),Jordan amat gembira apabila menerima kad jemputan majlis walimah daripada Ust Afandi(UA)..kami dah lama nak dengar khabar gembira ini.Nampaknya sekarang dah menjadi.Mubaarak Ust Afandi..kini sudah bergelar suami,maka tanggungjawab bertambah lagi.Kalau dulu jadi PKKo di sekolah ,sekarang jadi ketua dalam rumahtangga.(Sekadar peringatan buat sahabat hamba yang sentiasa dekaat dihati).

Kesyukuran juga hamba dan Ummu Huzaifah panjatkan kerana majlis di rumah Us Afandi bukan sahaja menjadi lokasi meraikan UA,bahkan tempat kami siswazah Al-Bayt/Jordan dan (yang pernah bermastautin di Miri )melepaskan rindu setelah lama berpisah.Antara sahabat yang hadir Pak Syeikh ,Us.Azlan,Us.Malek,Us.Zamri Rejab,Us.Zamri Halim,Us.Kashfullah dan lain-lain juga menyusul kemudian.Us.Harme dari Bangi juga hadir kemudian.Dalam kesempatan lebih kurang sejam itu macam-macam cerita.Abu Huzaifah juga sempat bersembang dengan Us.Juned dan Us.Razi sahabat karib semasa di Miri , Sarawak.Hamba berada dirumah UA agak lama juga semata-mata nak bertemu mata dan meraikan majlis UA.Seronok,gembira dan puas hati kerana kenduri kesyukuran rumah UA menjadi lokasi liqa' mahabbah walaupun seketika.Terima Kasih UA atas jemputan..Ummu Huzaifah juga gembira kerana dapat bertemu akhawat al-Bayt yang sudah lama berpisah(ada yang sudah 9 tahun).Pada hamba ,satu atau dua jam rasa begitu pantas berlalu.Ukhuwah yang terbina di Mafraq ,Jordan masih lagi hangat.Hamba mendoakan persahabatan ini berterusan sampai ke akhirat.

Kepada UA,ana masih terkenang ketika majlis walimah Abu Huzaifah ,UA bersama Akem dan lain-lain memalu kompang mengiringi hamba masuk ke rumah (Ust Harme)pada hari walimah berlangsung.Foto Us.Uda Kassim,Us.Sofwan,Sabri Zakaria dan lain-lain yang mengiringi hamba dari rumah pengantin lelaki ke Bayt Kanopi masih segar dalam ingatan.Foto kenangan Us.Azhar bersilat dan Sabri Zakaria dan Hasmadi berbalas pantunpun masih tersimpan dalam ingatan.Terima kasih kepada semua yang menabur budi dalam walimah hamba termasuk us.Wan Azlan dan Us Azrul Syam yang menjadi saksi akad nikah.Sekadar mengingati memori 10 tahun dahulu...

Berbicara tentang UA, Abu Huzaifah mengenali Ust Afandi sejak berada di bawah bumbung Maahad Muhammadi Lilbanin.Masa di Maahad ,kami hanya kenal sahaja..belum jadi sahabat.Apabila terpilih ke Jordan pada 1994 maka Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) di IKIP Pahang menjadi tempat erti persahabatan antara kami berpaut dan terjalin.31 OGOS 1994 setelah menjejakkan kaki ke bumi Anbia' Jordan dan ditempatkan di Universiti Aal-Bayt kami tinggal di sakan universiti.Selepas tamat semester pertama hamba ,Us Nazri,Us Zawawi,Us Hakiman dan Us Sabri berpindah dan tinggal di Hayyu Dhubbat,Mafraq.

Pada semester berikutnya hamba dan sahabat berlima pindah ke rumah baru (rumah Abu Yassar).Us.Azamiruddin(allahyarham) , us.Afandi ,us Zamri Rejab dan Us.Ab.Aziz KP pun keluar dari asrama universiti dan kami tinggal berjiran.Bangunan rumah UA berhadapan dengan rumah hamba.Us.Nik Zawawi( Besut) pula menetap di bangunan yang sama dengan rumah hamba.Kerap kali juga rumah UA menjadi tempat majlis ilmu/thaqafah seperti program thaqafah dan kelas -kelas talaqi.

Pendek kata rumah UA menjadi tempat persinggahan hamba dan sahabat yang lain.Bahkan selepas hamba berpindah ke bayt lain,seringkali juga hamba ziarahi terutama allahyarham Azamiruddin.Maka, mungkin kedudukan rumah kami yang hampir dan banyak muhadarah yang kami hadiri sekelas, hubungan Abu Huzaiafah dan UA agak rapat.

Ummu Huzaifah bersama pengantin dan sahabat lamanya

Pada tahun 2002, hamba ke Miri,Sarawak. Tidak disangka kami bertemu sekali lagi.Selain Us.Badrul Hisyam ,UA membawa kami sekeluarga ronda-ronda bandar Miri.Awal-awal hamba memiliki kereta,UA bawa kami ke Canada Hill dan kawasan Lutong.Banyak lagi kenangan bersama UA.Dua tahun lepas, ketika hamba berkira-kira untuk menyambung pengajian di UKM,Bangi UA sudah isi borang biasiswa..dan detik 27 Dis 2007 hamba dan UA sama -sama mendaftar sebagai siswa baru sarjana di FPI, UKM.Sekali lagi seperti di Mafraq, Jordan kami sering bertemu dalam satu muhadarah..Demikianlah adanya persahabatan kami dari tahun 1994 hingga ke hari ini.Kadang-kadang sering bertemu dan beberapa purnama berpisah sementara waktu dek kesibukan masing-masing.

Hamba dan zaujah mendoakan us.Afandi bahagia bersama teman sejati beliau.Semoga ukhuwah kita yang terbina terus subur dan dibajai.Kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH...moga kita istiqamah dan thabat dijalan ALLAH.SELAMAT PENGANTIN BARU!

3 comments:

salam akhi..

cantik gmbar dr lensa kamera anta.. kalau banjir mai jalan rmh ana.. tk bnjir insyaAllah sini.. hehe

wassalam

salam ziarah blog ustaz
apa khabar ustaz dn kluarga?
syukran atas ziarah ustaz di mpi tempoh hari
kalau ada kelapangan silalah ziarah blog ana
http://diaristudent.blogspot.com/

salam aidil adha dr anfal n family

Jazakillah khairan atas ucapan.Insya Allah,murid-murid ustaz sentiasa dihati.Ana ,ummu Huzaifah dan anak -anak sihat.sekarang kami di Tganu,ziarah keluarga .