• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, August 11, 2009

Terkenang SMKAM & sahabat-sahabat di Miri

Posted by Abu Huzaifah On 10:23 PM 3 comments


Mengiringi peserta acara HIWAR di Ihtifal SMKA peringkat kebangsaan
di SMKA TAHAP ,Pahang .Turut hadir pengetua SMKAM Pn.Hajah Zabidah

bersama guru-guru BA dalam program pelajar tingkatan tiga



Bersama anak didikku Mohd Najib (bekas pelajar SMKAM) ketika bertemu di
Kaherah , 12 Mei 2009 . Kini beliau sedang menuntut di Univ.Kaherah .

Alhamdulillah wassyukru liLLAH.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan ..masa berlalu begitu pantas .Sudah lebih setahun tujuh bulan ana meninggalkan SMKA Miri dan bandaraya Miri , Sarawak. Tidak disangka juga selepas ana meninggalkan Miri , ramai pula sahabat-sahabat hamba yang mengikut jejakku sama ada dari SMKAM atau sahabat-sahabat lain.Yang terawal mengikut jejakku ialah akhi Shahir ( berkhidmat di Shell Miri ) .Beberapa bulan kemudian Ust.Juneed juga meninggalkan Miri diikuti oleh Ust Bukhari , Ust Muzammir dan lain-lain.Semoga ketiadaan ana dan beberapa orang lagi tidak mematahkan semangat sahabat-sahabat dalam menabur budi dan bakti kepada generasi remaja hari ini.


Hakikatnya ana sekeluarga meninggalkan Miri bukan kerana merajuk...bukan ada apa-apa masalahpun,hanya satu sebab sahaja iaitu untuk melanjutkan pelajaranku di UKM Bangi . Alhamdulillah kini ana masih dalam cuti belajar.Harapanku semoga sahabat -sahabat di sana mendoakan kejayaanku dan dapat kembali berbakti dan mendidik ummah di mana jua berada.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ketiga-tiga bekas pengetua , GPK 1 GPK HEM ,GKMP serta semua warga pendidik , staf sokongan dan pelajar-pelajarku dari tahun 2002- sekarang . Alhamdulillah sepanjang 6 tahun di Miri , ana sempat mengajar silibus Bahasa Arab dari tingkatan satu hingga tingkatan enam ( STPM).Demikian juga berkesempatan mengajar subjek Pendidikan Islam, Pend.Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah. Semua ini memberi nilai tambah kepada diri ana dalam berhadapan dengan masyarakat.Pada ana guru-guru bahasa Arab perlu memantapkan diri dengan disiplin ilmu-ilmu lain kerana golongan agamawan biasanya akan ditanya pelbagai perkara berkaitan kehidupan seorang muslim apabila kita terjun dalam masyarakat.

Antara kenangan manis berada di Miri ialah penglibatan ana dalam beberapa aktiviti warga pendidik ; antaranya pernah memenangi pidato Kenegaraan pada tahun 2002 anjuran Jabatan Penerangan.Ketika itulah ana bertandang ke Marudi menaiki feri yang mengambil masa tiga jam untuk sampai ke sana . Sebenarnya dalam hidup ana ,tidak pernahpun menyertai pertandingan pidato.Nak jadikan cerita , ketua panitia B.Melayu SMKAM ketika itu ( Cikgu Azizah) telah menunjukkan surat makluman dari Jabatan Pelajaran , ana sebagai "orang baru" tanpa alasan-terima sahaja pelawaan tersebut.

Tanpa diduga juga pada tahun 2006 , sekali lagi ana terpilih mewakili Miri dalam bahas ala parlimen .Bahas tersebut diadakan di SMK Riam. Tanpa pengalaman apapun ana sertai pertandingan tersebut untuk mencari pengalaman baru. Sebenarnya kalau hendak kira kemahiran berucap memang sudah ada ..orang kata setakat 2 jam memang bolehlah... tetapi dalam pertandingan kita mempunyai disiplin disegi masa , kemahiran mematahkan hujah lawan; penggunaan laras bahasa ; gaya dan intonasi dan satu lagi kemahiran dalam menggulung perbahasan dan meyakinkan hakim dengan hujah yang jitu.

Berbekalkan pengalaman 2006, pada tahun 2007 sekali lagi ana mewakili bahagian Miri ke pertandingan bahas ala Parlimen di Kuching. Dalam pertandingan saringan menentang pasukan Sri Aman ( kalau tak silap) pasukan dari Miri menang dan ana terpilih sebagai pembahas terbaik. Terima kasih kepada rakan-rakan pembahas , antaranya Cikgu Rahmah, cikgu Wira dan cikgu Paul.Apa yang mengkagumkan, ana , cikgu Rahmah dan cikgu Paul bukan guru Bahasa Melayu tetapi keberanian dan kesungguhan kami tidak pernah padam untuk memenangkan bahagian Miri.

Hakikatnya , banyak kenangan manis semasa berada di SMKAM dan bandar raya Miri.Pengalaman sebagai wardenpun banyak suka duka. Pengalaman bekerja di bawah tiga orang pengetua tentunya membuahkan pengalaman yang berharga. Keseronokan bekerja bersama guru-guru warden , Kelab Kebajikan Guru ( cikgu Armie Ruhaiza di UK sekarang mengikut suami ) , Panitia B.Arab , JK Hal Ehwal Agama, koperasi, PIBG dan pelbagai lagi. Pendek kata banyak memori yang menjadi kenangan...sesuatu yang payah dilupakan ialah terlibat sebagai warden .Kita berhadapan dengan bermacam ragam pelajar dan penjaga .Pengalaman tersebut hanya dirasai oleh guru -guru yang siang malam bersama pelajar... solat subuh perlu dikejutkan hinggalah cara berjalanpun kadang-kadang kena tegur.Itulah peranan seorang guru....( bak kata bekas YDP PIBG kami , pelajar yang selekeh hari ini akan selekeh juga bila dewasa nanti )


Kepada pelajar-pelajar yang pernah mendapat tarbiyah dariku semasa di SMKAM , moga kalian berjaya di dunia dan akhirat .Segala bimbingan ..tunjuk ajar , marah , sergah atau apa jua tindakanku adalah untuk kebaikan kalian. Moga menjadi seorang manusia sebagaimana dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Taala .

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada guru-guru TASKI al-Hidayah di Piasau kerana telah membimbing tiga orang anakku sehingga mereka boleh mengenal huruf dan hari ini mampu membaca dalam tiga bahasa.Alhamdulillah 'ala kulli haal.

P/s Gambar bersama guru-guru tiada dalam simpanan ..tak dapatlah nak paparkan dalam entri ini.

Ummu Huzaifah bersama bekas pelajar SMKAM pada penghujung Ramadhan tahun lepas sebelum
berbuka puasa di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV, bandar Kota Bharu




3 comments:

Salam....

Sahabat, Bila nak buat perjumpaan ex pelajar-pelajar SMKA Miri di UKM.
Baru-baru ni ana jumpa Qari SMKAM, Sawaliah, Nazrol Dadie. Depa kata ramai lagi. Yang terkehadapannya Nurul yang buat MA sama dengan anta, dah semester akhir.

Mudah-mudahan berjaya sebelum anta keluar UKM.

Syukran jazilan atas komen sahabat.Cadangan yang baik...jom kita rancang bersama .Qari tu..siapa lokman sahram ke??boleh jemput yang belajar di Usim dan IPIS (maktab)Bangi.Kalau sempat lepas raya idul fitri nanti.

Ya, Luqman, siapa lagi.

Insyaallah, mudah-mudahan berjaya..