• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Monday, August 3, 2009

Penantian seorang suami dan kesabaran seorang isteri

Posted by Abu Huzaifah On 4:52 AM No comments















Melancong bersama isteri dan anak-anak menambahkan pengetahuan
dan kemesraan

Bismillah , wassolatu wassalamu 'ala rasulillah .

Hari demi hari ana dan ummu huzaifah menunggu kedatangan orang kelima dalam usrah kami.Ikutkan tarikh jangkaan pihak doktor ialah pada tanggal 8/8/2009 ..namun ummu huzaifah merasakan lebih awal dari tanda-tanda yang ada. Kelahiran anak -anak kami biasanya beberapa hari awal atau lewat dengan tarikh yang dijangka .

Anak sulong kami ; 'Aisyah alhumaira' lahir lewat tiga hari dari tarikh jangkaan.Manakala anak kedua Asmaa' Sofiyyah awal seminggu (lahir 25 Ramadhan) , anak ketiga Ahmad Huzaifah lewat seminggu dan anakanda keempat Imaan pula awal seminggu. Pendek kata tidak seorangpun tepat dengan tarikh 'due' yang diberi .Perkara ini tidak pelik pun kerana sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Azza wajalla, bahawa manusia tidak dapat mengetahui bilakah mereka akan lahir(tarikh dan masa yang tepat); dimana mereka akan mati dan dikuburkan. Firman Allah bermaksud :

"Sesungguhnya disisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari Qiamat. Dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim( ibu yang mengandung ) .Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi (negeri) manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Amat Meliputi pengetahuannya." ( surah Luqman : ayat 34)


Apa yang ingin ana kongsi bersama ialah bagaimana sabarnya seorang isteri menanggung kandungannya selama 9 bulan lebih . Seorang isteri/ibu akan membawa ke mana sahaja anak dalam kandungan. Cuba kita bayangkan jika isteri terpaksa bekerja sehingga ke saat-saat akhir melahirkan anak.Ke hulu ke hilir bersama , seperti ke pasar : ke tempat kerja ; hantar anak ke sekolah; bahkan sebulan sekali mesti ke klinik ibu dan anak untuk pemeriksaan kesihatan.Bayangkan kesulitan yang terpaksa di hadapi , jika si suami berjauhan kerana bekerja di luar negeri atau jarak yang tidak memungkinkan suami tinggal bersama (pulang pada hari minggu sahaja).

Bayangkan pula jika si isteri pula menjaga tiga atau empat orang anak bersama .Suami biasanya kalau bekerja berjauhan dari tempat tinggal isteri - maka anak-anak lebih selesa bersama ibunya. Jika hal ini berlaku dengan kerelaan isteri ..betapa hebatnya peranan seorang isteri, ibu dan wanita dalam menerima amanah Allah berkorban untuk suami dan zuriat yang dilahirkan.

Pada pandangan ana , kalaulah kita golongan suami mahu pun sebagai anak , maka amat wajarlah kita bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada isteri di atas pengorbanan dan kesabaran isteri ( yang solehah) menghadapi situasi yang sebenarnya bukan semua wanita boleh hadapi dengan sabar ,tabah dan reda akan ketentuan Ilahi.

Menyedari hakikat ini , maka si suami yang bertanggung jawab pasti akan menghargai pengorbanan isteri yang dikasihi , membantu semampu yang boleh dan menenangkan hati isteri semasa mengandung; semasa melahirkan anak dan ketika tempoh berpantang ( mengikut budaya Melayu). Kepada si anak ,termasuk penulis sayugialah kita menghargai segala penat lelah ,jerih payah abi dan ummi kita yang begitu berjasa kepada kita .Bayangkan mereka menjaga dan memberi kasih sayang sehinggalah kita boleh berdikari dan membawa haluan sendiri.Maka hargailah ibu dan ayah masing-masing ; tanpa mereka siapalah kita.

Jika semua anak berfikir dengan matang dengan kesedaran IMAN ..pasti tidak akan terjadi kes derhaka kepada ibu bapa ..menjadi anak yang tak mengenang budi ,bahkan ada yang tidak pulang menziarahi ibu bapa dek lupa diri apabila sudah ada pangkat dan kedudukan dalam masyarakat.Ingatlah setinggi mana kedudukan kita , sekaya manapun kita ..asal manusia adalah dari setitis air dan akan kembali kepada tanah .Firman Allah taala bermaksud :

Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan dengan sebanyak-banyaknya ( hartabenda ,anak pinak ,pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk ke kubur. (surah al-Takaathur: ayat 1-2)
Akhir bicara untuk kali ini ,apa yang dapat dikongsi hargailah pengorbanan si isteri, sebab itu jika isteri kita telah beberapa kali mengandungkan zuriat kita ...ketahuilah akan rasa susah payah mereka.Jika ada isteri kita pernah melakukan kesilapan fikir-fikirkan akan sumbangan dan kasih sayang mereka selama ini .Kesilapan isteri yang telah berlaku mungkin berpunca dari kelemahan kita mentarbiyah diri sendiri atau renggangnya hubungan kita dengan Allah Azza wajalla . Insya' Allah andai kita sentiasa mendampingiNya , sentiasa mengharapkan kasih sayang dan rahmatNya maka kasih sayang sesama suami dan isteri dapat dibina.

Kepada si isteri pula jika si suami nampak berubah tingkah laku , tutur bicara maka koreksi dan muhasabah diri mengapa semasa belum memiliki cahaya mata hubungan suami isteri mesra , bersama ke mana-mana tetapi hari ini kadang-kadang payah hendak berbicara ...apakah kerna jauhnya dengan Tuhan Maha Yang Maha Esa. Renung-renungkan sebelum melelapkan mata

Buat isteriku...Jutaan terima kasih di atas pengorbananmu yang tidak boleh dibalas dengan kata-kata mahupun harta benda .Ya Allah ! Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah .Tabahkan aku dan isteri tercinta mengharungi kehidupan dunia.Moga-moga anak-anak kami menjadi pewaris agamaMu sehingga yaumiddin . Wallahu Taala a'lam.walhamdu liLLah rabbil 'alamin .

p/s Kepada semua sahabat hamba , doakan keselamatan dan kerahmatan kepada kami sekeluarga.

0 comments: