saat ketibaan di bumi Medan, sore 2.00pm waktu Sumatera Utara
makan tengahari bersama ahli rombongan..mendapat layanan yang baik.Menu makanan
lebihkurang citarasa Malaysia
bermalam di Danau Toba menikmati keindahan alam ciptaan Allah,mengikut cerita
Tasik Toba terbentuk rentetan ledakan gunung berapi hampir 5000 tahun lampau
Masjid Maimon di kota Medan dibina pada zaman Kesultanan Deli,
masih utuh hingga sekarang
Kebebasan politik terpapar selepas era Suharto, dimana2 terdapat
papan tanda parti politik tanpa contengan atau unsur sabotaj
Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah tuhan sekalian alam yang mengizinkan hambaNya mengecapi berbagai ni'mat yang tak terhingga.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia PesuruhNya nabi Muhammad saw. dan ahlu al-Bayt serta para sahabat baginda yang setia.
Tanggal 18-21 Dis lalu, abu Huzaifah bersama rakan-rakan sekerja berlepas ke Medan Indonesia untuk lawatan ke negara jiran, Indonesia yang terkenal dgn bumi pelancongan hari ini. Suatu ketika dahulu, Indonesia telah berjaya melahirkan dua tokoh besar Nusantara iaitu Buya Hamka dan Pak Nastir yang terkenal dgn buah fikiran berbaur dakwah dan pengislahan umat. Hari ini Indonesia terkenal sebagai negara yg mempunyai umat Islam teramai dengan kepadatan penduduk yang sukar bagi mana-mana pemimpin mentadbir negara sebegitu rupa.
Insya Allah jika kelapangan Abu Huzaifah akan merakamkan sedikit sebanyak catatan minda yang terakam sepanjang kembara 4 hari 3 malam. Selamat menatapi foto-foto yang menjadi sejarah perjalanan seorang hamba di dunia fana sebagai sebahagian proses pencarian ilmu melalui pemerhatian melihat pelbagai budaya hidup, adat, perkembangan siasah dan tradisi masyarakat muslim dan non Muslim di bumi yang memiliki ratusan pulau ini.
0 comments:
Post a Comment