بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, pujian dan kesyukuran kepada Allah Azza wa Jalla Yang Maha Penyayang di atas ni’mat kesihatan dan kelapangan masa.Selawat dan salam kepada Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta para sahabat yang sentiasa istiqamah menjunjung sunnah baginda.
Sengaja Abu Huzaifah letakkan tajuk entri kali ini berkaitan aktiviti anak-anak kita semasa cuti akhir tahun. Cuti akhir tahun bagi murid dan pelajar sekolah sudah bermula selepas hari raya Eidil Adha yang jatuh pada 17 November lalu. Ini bermakna anak-anak kita sudah bercuti lebih 10 hari. Apa+bagaimana+ dimana patut kita berikan pengisian yang bermakna kepada anak-anak dalam tempoh sebulan lebih sebelum bermula sesi persekolahan 2011?
Anda sebagai sang bapa atau ibu sudahkah merancang atau tengah ’berkira-kira’untuk menyediakan pengisian terbaik? Atau anak-anak kita yang masih mentah ’berguru’ dengan TV@ Astro setiap hari dengan rancangan kartun dari pagi hingga petang?...atau jika di kampung anak-anak kecil dan remaja menghabiskan masa begitu sahaja dengan bermain tanpa pulangan apa-apa makna selepas Disember melabuhkan tirai.
Pagi tadi..ketika Abu Huzaifah membasuh kereta di laman rumah, kelihatan sekumpulan anak awal remaja menghabiskan masa mereka dengan bersembang dan mendengar lagu-lagu.Tidak terfikirkah penjaga mereka untuk membuat sesuatu agar masa anak-anak diisi dengan aktiviti yang lebih bermakna?
Abu Huzaifah ingin menyarankan kepada ibubapa dimana sahaja anda berada (di Malaysialah) sebenarnya banyak kursus atau kem remaja yang anjurkan oleh pelbagai pihak sama ada NGOs atau masjid dan surau.Manfaatkanlah masa cuti sebulan lebih ini dengan aktiviti bermanfaat untuk zuriat anda biarpun memerlukan 'pelaburan' sehingga RM300 hingga RM500.Bagi ibubapa yang mampu apalah sangat nilai RM500 setahun(untuk mendalami/menghafaz al-Quran) jika dibandingkan bayaran langganan astro selama setahun atau 30 kotak rokok sebulan..
Zaman dahulu pada era tahun 80-90an, keinginan menghantar anak-anak ke kem motivasi atau kem remaja mungkin hanya kepada golongan ibubapa yang berada dan berpendidikan sahaja.Namun pada hari ini..ibubapa perlu peka dan prihatin bahawa anak-anak remaja jika tidak diberi peluang dan ruang memperoleh ilmu dan pengalaman semasa remaja..masa muda mereka akan habis begitu sahaja...
Dalam kesempatan ini, Abu Huzaifah senaraikan beberapa kursus atau program khas cuti sekolah untuk kanak-kanak dan remaja yang berada di Kelantan. Yuran kursus agak berbeza antara pihak penganjur mungkin disebabkan faktor tempat, aktiviti dan sebagainya.Abu Huzaifah tiada kepentingan dalam pemakluman ini,sekadar berkongsi maklumat bersama sahabat-sahabat ziarah.
- Program Pondok Intensif anjuran Pusat Kefahaman Islam AKI,Pasir Tumbuh. Program bermula dari 27 Nov- 11 Disember 2010 dengan yuran penyertaan RM205.00. Tempat program di Madrasah@ Pondok Tunjuniyyah, Tunjong, Jalan Kuala Krai.Antara pengisian program ialah hafalan al-Quran,tazkirah, hafalan wirid,kursus jenazah dll. Tel: 019-9388 902 (Ust Syairazi).
- Pengajian Intensif Al-Quran anjuran Maahad Tahfiz Darul Quran,Repek Pasir Mas. Program bermula 1-31 Desember 2010.Penginapan dan makan minum disediakan. Hubungi no.tel 019-955 9856.
- Kem Celik dan Hafaz al-Quran anjuran Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri Jalan Kuala Krai.Yuran penyertaan RM150 termasuk bahan-bahan kursus. Program bermula 5-23 Disember 2010.Tiada asrama disediakan.
- Program Intensif al-Quran di Maahad Tahfiz Darussalam,Telipot Kota Bharu.Peserta terbuka kepada pelajar berumur 7-17 tahun.Tarikh program bermula 27 Nov-17 Dis 2010.Hubungi no.tel: 017-3644 037
- Qaryah Anak Soleh 2010 anjuran Syamsul Ma'arif Ex.Student Society bertempat di Lata Hujan, Gual Ipoh Tanah Merah.Program akan diadakan pada 5,6 dan 7 Disember 2010.Yuran hanya RM 70.00, keterangan lanjut sila hubungi Ust.Din di talian 014-5220 622.
aktiviti riadah yang terkawal menyeronokkan anak-anak terutama pada musim cuti sekolah.
Insya Allah, Abu Huzaifah sendirikan sebagaimana tahun lepas akan menghantar 'permata hati' ke salah satu kursus .Hamba juga akan senaraikan kursus-kursus lain lagi jika berkelapangan dalam laman ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat ziarah.
0 comments:
Post a Comment