dalam suhu bawah 10 darjah c
Wednesday, November 24, 2010
Nostalgia 10 tahun kutinggalkan Urdun
Pemandangan di "Duwar Dabbabah"Mafraq.Setiap pagi pelajar2 Malaysia yang tinggal di luar Universiti Al-Bayt akan melalui bulatan ini yang meninggalkan nostalgia tersendiri.Foto dari facebook sdr.Aris Fazhilah
Asssalamualaikum warahmatullah.
27 Nov 2010 genaplah sepuluh tahun dua bulan atau 122 bulan Abu Huzaifah meninggalkan bumi Isra' ; Urdun setelah bermastautin disana sejak 31 Ogos 1994.Terlalu banyak pengalaman dan kenangan sepanjang bermusafir sebagai talib al-'ilm.Hari ini Abu Huzaifah rakamkan foto-foto nostalgia yang masih segar dalam minda sedar.Ada 'orang' tidak suka bernostalgik..menyebut yang muluk2 dari lipatan harian yang sudah berlalu.Tapi bagi Abu Huzaifah sejarah yang tercatat dalam minda tetap menjadi sejarah.
Sejarah sama ada yang tercatat di kertas atau terpahat dalam memori seseorang tetap menjadi 'ibrah',jika kita ingin belajar dari pengalaman.Pahit atau manis tetap menjadi ingatan. Sebab itu bagi hamba, sejarah yang kita lalui biarpun pahit bagai hempedu, ia bukan musuh kita atau ada orang kata buang jauh-jauh ke Laut China Selatan. Kenapa perlu dibuang? Sedangkan sejarah liku-liku perjalanan, jatuh-bangun kita, sebenarnya mematang dan mendewasakan kita.
Apa yang perlu, kita menguruskan segala ujian;cabaran; yang pahit;kelat;masam dan hitam itu dengan redha terhadap ketentuan Yang Maha Bijaksana lagi Yang Maha Adil.Sesuatu yang kita tidak dapat bukan bererti gagal..hajat yang tidak tercapai bukan bererti kita kalah...impian yang tidak terlaksana bukan bererti kehidupan sudah musnah...Ingatlah betapa payah,susah dan perit menghadapi setiap ujian,usah gundah dan resah.Kita masih ada TUHAN.
Musim Syita' adalah ujian buat pejuang...mampukah berdiri bersama imam di kala dinihari
dalam suhu bawah 10 darjah c
dalam suhu bawah 10 darjah c
Hakikatnya mudah sahaja penyelesaiannya...tawakkal 'ala Allah selepas kita berusaha dan mencuba.Kita selalu merancang;namun hakikatnya Allah telah tentukan yang terbaik buat hambaNya.
Apa kaitan dengan kereta kebal diatas??? Abu Huzaifah tak pasti adakah dabbabah@kereta kebal tersebut masih ada disana(Mafraq,Jordan)? Jika masih ada; signifikannya kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa bersedia.Perlu merancang dan berbincang..berfikir dalam zikir. .melaksanakan apa yang boleh dimana sahaja kita berada dengan penuh hikmah.DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU ISLAM KUJUNJUNG.Hidup biar berbudi...berkelana untuk menabur bakti.
3 comments:
salam..
1. sekarang ustaz dah boleh besarkan gambar kalau ustaz nk post tulisan ustaz..
2. tapi yang nak buat tag pilihan tu saya tak berapa fhm.. :-)
3. Harap ustaz suka dengan wajah baru blog.. sebab saya rasa yang baru ni lebih cantik dan senang nk baca tulisan ustaz berbanding warna hitam.. hitam terlalu kontra jasi susah nk baca.. :-)
4. yang ruangan koleksi artikel tu.. ustaz kena senaraikan beberapa ruangan yang ustaz nk... lepas tu mane artikel ustaz nk letak bawah ruangan.. ustaz senaraikan.. dalam word.. nanti saya akan buat.. contohnya kt ruangan artikel saya..
http://irvineislam.blogspot.com/2009/11/koleksi-artikel.html
Syukran ya akhi.ada masa nanti ust hubungi anta.
Post a Comment