Assalamu'alaikum warahmatullah.
Selamat pulang ke bumi Kelantan,khususnya kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang yang merantau di Sabah,Sarawak dan seluruh pelusuk tanah air.Semoga saudara-saudari memanfaatkan cuti akhir tahun dengan aktiviti bermanfaat.Tidak lupa juga kepada adik-adik siswa siswi yang sedang bercuti..gunakan masa muda untuk kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawanan.
Kepada anak-anak Kelantan dan para pelancong yang sedang bercuti di Kota Bharu,jangan lepaskan peluang ke Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung antara 21-26 November 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV,Kota Bharu.Banyak aturcara yang diadakan selain dari pameran barangan perniagaan dari negara China dan usahawan tempatan.Pameran juga turut diadakan di Pusat Dagangan Kelantan bersebelahan dengan Medan Selera MARA.
Untuk panduan pengunjung ekspo, kemudahan surau untuk solat terdapat sebuah dikawasan stadium,satu lagi di Masjid al-Mukhlisin di sebelah bangunan Mahkamah dan mungkin juga boleh gunakan surau dalam kawasan kuaters polis Kota Bharu(rasanya tiada masalah untuk orang awam).
Kalau nak cari tempat letak kenderaan memang susah.Sahabat-sahabat boleh cuba letak di parkir sekitar pejabat JUPEM atau bangunan MARA K.Bharu..kalau payah sangat pusing2lah sendiri.Untuk panduan juga sepanjang Jalan Mahmood ditutup sepanjang ekspo kerana menjadi sebahagian daripada tapak perniagaan.
Selamat berkunjung!
2 comments:
salam ustaz..slm ziarah... nk pegi ekspo tu..nampak menarik..tapi jauh.. =]
Waalaikumussalam.Ahlan wasahlan ya Asyraf.
Post a Comment