KUALA LUMPUR –
Selepas dua bulan mencanang propaganda untuk menarik penyertaan ribuan orang, perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berlangsung di ibu negara semalam menemui kegagalan apabila sekadar menarik 6,000 orang menyertainya.
Lebih mengecewakan, perhimpunan haram itu menyaksikan para pemimpin kanan pembangkang yang selama ini berselindung di sebalik nama BERSIH turut gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara sebagaimana dijanjikan.
Kegagalan Bersih yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu jelas berpunca daripada tindakan proaktif polis mengadakan kawalan keselamatan sejak kelmarin.Tindakan tegas polis bermula dengan sekatan jalan raya di kesemua laluan masuk ke Kuala Lumpur serta penutupan 58 batang jalan dan kawasan tumpuan di pusat bandar sejak pukul 12.01 tengah malam semalam (laporan akhbar KOSMO)
Nota : Demikian pandangan wartawan akhbar KOSMO...anda sebagai pembaca rakyat Malaysia sama ada dalam negara atau di perantauan boleh menilai sendiri kredibiliti dan integriti akhbar ini! Tepuk dada tanya
hati..
0 comments:
Post a Comment