• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Biodata:Mengenali siapakah Abu Huzaifah dan kembara beliau dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah.
  • Galeri:Memaparkan setiap detik dalam triologi kehidupan sebagai pendakwah.
  • Video:Siri video kuliyah turut dimuat naik untuk tontonan umum dalam perkongsian ilmu di ruang maya.
  • Perubatan:Kaedah dalam memperaktikkan perubatan islam bagi menyediakan alternatif lain disamping perubatan moden.
  • Jadual aktiviti:Memaparkan jadual aktiviti dalam siri kuliyah bulanan.
  • Artikel Di Blog

    Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung bicara-hamba.blogspot.com. InsyaAllah sedikit buah pandangan saya dalam artikel di blog ini diharap dapat membantu membina dan meluaskan pandangan terhadap apa jua isu islam yang dipaparkan secara santai untuk bacaan bersama.

  • Kembaraku Dibumi Allah

    Dalam ruangan ini saya paparkan sedikit catatan perjalanan saya sepanjang berkelana dibumi bertuah. Pengalaman darinya saya tuliskan untuk tatapan pembaca.

  • Ruangan 'Ilmiah

    Ruangan ini dibangunkan khusus bagi mereka yang bersedia dalam siri penulisan yang agak berat dan berkualiti. Khususnya yang melibatkan isu-isu semasa berkaitan Fiqh, Aqidah, Muslimah, dan lain-lain. Sesuai dijadikan rujukan khusus bagi mereka yang ingin mengkaji secara kritikal.

  • Ruangan Zikrullah

    Ruangan ini dikhususkan bagi zikir-zikir pemantapan jiwa. ia juga mengandungi wasiat-wasiat daripada mereka-mereka yang terkenal sebagai orang-orang soleh. Ia membolehkan pembaca blog menelusuri kisah-kisah mereka dan menjadikan mereka contoh tauladan yang baik.

Tuesday, January 11, 2011

Satu Penantian...

Posted by Abu Huzaifah On 5:49 AM 5 comments

Assalamualaikum Warahmatullah

Dengan nama Allah kumulakan bicara.Segala puji dan puja selayaknya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat kekasihNya Nabi Muhammad saw, para sahabat yang setia memperjuangkan kebenaran dan ahli keluarga baginda yang mulia.

Petang tadi ketika pulang dari kerja selepas mengambil kedua anakanda di sekolah dalam jasad yang keletihan, entah mengapa hati merasa sepi, semangatpun terasa lemah dibaluti sedikit perasaan kecewa…menanti dan menunggu jawapan yang belum diterima..

Berapa lama hamba-Ummu Huzaifah  dan anak-anak akan berjauhan begini? Berapa banyak wang yang akan mengalir semata-mata untuk hamba berulang alik sejauh lebih 500km setiap hujung minggu dari Besut  ke Kuala Pilah..? Berapa jam pula masa Abu Huzaifah dihabiskan dalam bas? 

Soalan ’cepumas’ hampir  setiap kali bertemu rakan-rakan dan sahabat handai ...zaujah anta dah pindah ke? Anta tak cuba ke guna kabel2 yang power sikit? Kadang-kadang rasa dah malas nak jawab persoalan tadi...
Memang Abu Huzaifah  dah cuba ke Putrajaya dan Cyberjaya membuat rayuan sampai bawa kesemua lima orang anak kami, (nak tunjuk payahnya bila suami-isteri berjauhan) anak-anak kamipun terpisah dah hampir setahun. 

'Aisyah dan Huzaifah semasa pulang dari sekolah. Walaupun baru berumur 11 tahun, 
Aisyah sudah menuntut di 3 buah sekolah berlainan daerah. Dari Miri-Kuala Pilah ke Besut

Malam tadi selepas  menghantar Ummu Huzaifah, Asmaa’, Iman dan Ilham ke stesen bas Jerteh..dalam samar-samar cahaya anak sulong kami ’Aisyah menitiskan airmata..menahan tangisan seorang anak yang kian meningkat usia . Ya!Anakanda Aisyah sekarang dah berumur sebelas tahun makin mengerti erti perpisahan, kasih sayang akan ummi dan abinya. Walaupun abi dan ummi berusaha memberi pendidikan yang terbaik namun dalam mengharungi kehidupan sudah dua kali Kak ’Aisyah jauh terpisah dari ummi. Dahulu (2004) ketika Ummu Huzaifah musafir ke Jitra Kedah untuk meraih Diploma Pendidikan, Aisyah dan Asmaa’ bersama abi di Miri kini sekali lagi hatinya teruji. Putera tunggal kami, Huzaifah pula payah menitiskan 'hujan',  mungkin atas jiwa lelakinya.Hamba sering berpesan;"Huzaifah berdoalah mohon Allah makbulkan doa kita semua supaya ummi dapat pindah" itulah ungkapan yang sering hamba pesankan penyedap telinganya.

Sekadar memaparkan kesulitan sementara yang terpaksa kami hadapi...namun jalan mesti terus ke hadapan...kehidupan dunia yang fana mesti diteruskan. Apapun sebagaimana sering diungkap : penantian suatu penyeksaan batin..kami akan terus menanti bilakah pihak KPM akan  meluluskan perpindahan ummu Huzaifah ke lokasi penempatan yang munasabah dengan daerah yang dipohon. Kami akan terus menunggu dan menunggu surat rayuan yang belum diutusi...hmm entah bila?

Hamba sedar. Hakikatnya tidak wajar kami kecewa kerana mungkin ini sebahagian dari ujian hidup di dunia yang sementara cuma. Namun kepada anak-anak kami seusia dua dan lima tahun tentu keliru mengapa sang ayah di timur dan siibunya di selatan tanah air. Takdir Allah adalah urusanNya, tetapi soal-soal pentadbiran dan pengurusan hidup seharian kita ada budi bicara manusia. Apakah sudah tiada budi bicara ....??? atau saya akan menerima jawapan dari pegawai yang berkata : Apa boleh buat, dah tangan saya nak letakkan nama encik di Sarawak”. Jawapan yang Abu Huzaifah terima 10 tahun lalu semasa penempatan pertama ketika meraih simpati untuk berada dekat dengan bapa yang sering uzur.

Apa jua situasipun..moga lapan ayat dari surah al-Syarh menjadi ubat mujarab pengubat hati dicelah-celah kehidupan dunia yang semakin meragut kebahagiaan insan. Semoga ada sinar bahagia di hadapan.Wallahu a’lam bissowab.
 

5 comments:

salam akhi,,,
moga terus bersabar. kalau susah2 gak nak hidup berdekatan...carilah kata sepakat samada utk isteri bekerja @ tak. Gaji hang pun dah mahal...insyaallah mmapu sara anak bini wlpun seorang bekerja!

Bg ana, kalau berjauhan isteri suami & anak, ana rela isteri ana berhenti kerja (selpas usaha+ikhtiar dibuat). ana jenis org yg tak sanggup melihat penderitaan anak2.
Memetik kata2 ayah ana yg ngaji tak tinggi mano pun: "apa sangat yg mahu dikejar bila mana anak2 terabai kasih sayang ibu bapa"...
maaf ana bukan nak menghasut suruh zaujah enta berenti kijo...sekadar perkongsian...

salam ....

berat hati ana membaca luahan hati dan rintihan anta walaupun ianya dijelmakan dalam sendu tangisan seorang anak.namun pastinya lebih berat bebanan dan pengorbanan yang anta tanggung selama ini.

dari kejauhan, terpanggil ana untuk sama berkongsi rasa duka dan kesedihan ini, dan tiada lain yang mampu ana dan mungkin para sahabat lain untuk ucapkan kecuali bersabarlah, ada hikmah tuhan disebalik ujian perpisahan ini.

mungkin perkongsian dan doa dari sahabat yang jauh sebegini mampu merungkai kusut duka dan mendamaikan hati sedih anta sekeluarga.

Allahul Mustaaan.

Jazakallahu khairan kathira diatas pandangan sahabat2ku.Terasa juga nak bagi Ummu Huzaifah cuti tanpa gaji, namun buat masa ini kami bertahan dahulu(2011)dgn situasi skrg.Jika pertukran Jun 2011 pun KPM tak lulus,mgkn itulah pilihan yg ada.

Mengakir air mata membaca berbaris luahan sahabat.

.marilah dengan berkat doa sahabat buat sahabat..kita bangkit bertahjud mendoakan hasratnya menjadi kenyataan..

Ameen Ya rabbal alamin..

Syukran, kekanda ust.Hasnol..doa dari sahabat2 amat dialu-alukan selain dari usaha dan doa kami seusrah.Barakallah fikum